Monday, April 05, 2010

Kalau Hentam Laju Terpecah Dua, Boleh Jadi Kembar. Kalau Hentam Perlahan Jadi Apa Cikgu?


Salam semua.
Bertemu lagi dalam edisi hari Isnin.
Disebabkan guru yang bertugas dengan aku (harfiahnya dia tidak bertugas sepenuhnya) minggu lepas datang lewat disebabkan keadaan isteri yang kurang sihat akibat mengandung, aku yang terpaksa memikul mandatt untuk berucap di dalam perhimpunan pagi. Sudahlah minggu kedua dalam bulan April, aku berucap di dalam Bahasa Inggeris dengan jayanya. Oh, percayalah, tiada bahasa kasar atau sumpahan dalam Bahasa Inggeris yang selalu digunakan (sambil jeling-jeling kalau bekas rakan sekelas atau sekampus yang baca).

Dan hari ini juga, aku mengajar kelas Sains Tingkatan 4.
Tajuk Penentuan Jantina (baca : Sex Determination) dan Kembar (baca : Twins)

Baru aku menulis tajuk Sex Determination, kelas yang dihuni oleh 17 lelaki sudah bising.
Kebetulan tiada perempuan di dalam kelas. Perempuan hanya 2 orang ( seorang tidak hadir, dan seorang lagi menemui guru sukan). Maka, hanya aku seorang sahaja wanita di dalam kelas itu.
Bunyinya agak seram bukan?
Percayalah, berada di dalam situasi itu lebih mendebarkan.
Ketawa.

Pelajar : Hari ini belajar tentang seks ya cikgu?
Aku : Bukanlah. Maksud ayat itu adalah jantina.
Pelajar : Oh, jantina ke? Ingat tu...(gelak)
Aku : Ingat apa? Nak kena lempang?

Pengajaran aku teruskan dan ya, memang perlu banyak bersabar serta beristighfar lebih dari biasa kalau mengajar anak-anak ini. Sungguh, tekanan darah harus aku ambil bila pulang ke rumah nanti.

Aku : Eh, awak semua ni. Saya mengajar elok-elok di depan, awak cakap benda lain pula ya?
Pelajar : Eh, senang nanti kalau dah kahwin cikgu.
Aku : Amboi, ini teori sahaja.
Pelajar : Tiada eksperimen ke cikgu?
Aku : Apa nak kena penampar nak buat eksperimen bagai?
Pelajar : Boleh uji kemahiran (baca : skill)
Aku : Tu nanti kalau dah kahwin, sila uruskan sendiri tahu? Jangan bagi darah saya naik ke otak!
Pelajar : Kalau tak naik ke otak, nak naik pergi mana lagi cikgu?
Aku : Bab menjawab pandai betul ya?

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/7/7e/Identical-fraternal-sperm-egg.png
[Gambar penghargaan di sini]

Dan bila aku masuk bahagian kembar, kelas makin meriah dengan pelbagai soalan. Ya, pelajar memang suka tajuk begini kan? Sesungguhnya aku hampir lemas dan sesak nafas dengan soalan yang tiada penghujung serta menaikkan darah aku ke kepala.

Pelajar : Cikgu, saya ada adik kembar, saya boleh dapat anak kembar tak?
Aku : Kalau ada dalam baka, insyaALLAH boleh.
Pelajar : Cikgu, nak tanya.
Aku : Apa dia?
Pelajar : Kalau sperma tu hentam laju-laju, ovum pecah dua, dapat anak kembar kan?
Aku : Teorinya begitu.
Pelajar : Kalau hentam perlahan pula jadi apa cikgu?
Aku : Jadi awak.

Sabar Zara.
Sabar.
Jangan biar kepala pusing dengan gelagat nakal pelajar ini.
Aduhai, sungguh amat perlu banyak bersabar dengan mereka-mereka ini.
Ada sahaja yang bakal ditanya dan sesungguhnya, pasti ada yang menyimpang entah ke mana.

Nota Kaki :
1. Sudah mulakan jadual baru.
2. Jadual semakin ada ruang bernafas sedikit, tidak seperti dua jadual terdahulu.
3. Mesyuarat Majlis Ilmu akan bermula jam 1 petang.
4. Kepala memerlukan ruang untuk mencari bahan kelas tambahan.
5. Eh, bila masa untuk menyiapkan Bab 10 Legasi Cinta Alisia?

Zara : Maaf aku pohon pada mereka yang mengikuti aku di Twitter semalam. Maaf kalau kamu benci dengan aku yang mengemaskini status dengan rancangan hiburan Anugerah Bintang Popular Bintang Harian 2009. Terima kasih atas teguran kalian, aku terima dengan hati terbuka. Maaf kalau ada yang tersinggung, aku mohon maaf sekali lagi.

29 comments:

s h a f i q h a s h i m _____ said...

dasyat anak murid cikgu .

Hizami Li said...

ahha.
suka dgn jwpn last cik zara.
hohO~

izzati fuad said...

uh oh. cikgu, nak tanya!

cikgu lagi suka kalau mereka senyap tak berkutik atau bising tak membawa makna? hihi.

neway, zara, best kan jadi cikgu? :D

and and, kalau saya turun jb, ada peluang nak jumpa anda tak? :)

cInTa aDrIaNa said...

hikhikhik...adoi la...rasa nak ketawa berguling2.

haha...best kak zara.

lawak di minggu exam..

enyheartsdiamond said...

hahahahaha.. best je jd cikgu :D

mimi said...

hahaha.. penatnyer nak layan kerenah budak2 yg lagi advance dr cikgu neh..

deli said...

nak jadi cikgu gak la, mcm best, x de la tension kene OT

Puteri Aina said...

LOL!

Zara, kamu memang hebat!
Budak2 nak buat eksperimen?
Zara ada darah keturunan baka kembar tak? Saya ada. Saya Aina, kembar saya Aini. =)

Kay Azhar said...

Zara, kalau berminat silalah rakam perlakuan buruk pelajar2 kamu itu jika berlaku lagi.
Rakam suara je pun boleh.
Adukan kepada pentadbiran sekolah,ppd,jpn,pihak kementerian atau kepada media pun boleh jika tiada tindakan dibuat.
Jika tak dibendung, perlakuan seperti mereka akhirnya pada masa depan nanti dianggap sebagai keadaan normal bagi remaja yang sedang membesar dan belajar.
Walaupun belajar sains, mereka harus beradab dan bersopan supaya mereka perolehi manfaat, faedah dan keberkatannya.
Bukan keburukan dan penyalah gunaannya.

Sememangnya tugas guru semakin zaman maju semakin mencabar.

Mr feckry said...

kelakar la bebudak ni..tringat gua time skjola dulu

shiya said...

kt mtrix lagi dahsyat kot..
bdk fizik sggup hadir k kuliah bio smata2 mau belajar topik ni..
time topik ni, mata sorg2 celik jer..

giler sengal.. :P

Azrul Hisham said...

fuhh...terbaik!!!!!!!!!

haha...budak2 sekarang terlebih advance...bahaya tul

Othman Juliana said...

hahaha~ zara love the two last questions: hentam kuat-kuat vs hentam perlahan :D

kenapa time sekolah dulu-takde pun bab hentam kuat perlahan ni~ errr... ke sudah hilang ingatan?? haha~

Bro Framestone said...

he...23x

[bagu bro gelak seround dua dulu leh huhhuhu]

BroFramestone Blog

Captain said...

hahaha.. tingat zmn sek dlu2.. dlu time test bio,, tuk chapter tu mmg score habis.. tp yg pelikN aku tak study pun chapter tu.. just blajo lam class je tp trus ingat.. hahaha..

puteri katak said...

hahaha
dasat gila anak murid.
naseb baek jwpn cikgu zara kewl.
kikiki

mar said...

giler. dasyat.. bdak sek men skrang. t'over2.. lak sy tgalkan sek bru je 3 thun. mse f4 n f5 science class gak.. stdy gak cpter ni.. tp x ler mcm nie. smoga ckgu makin kuat n tabah lor.. ish3.. (geleng kepala)

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro said...

haha kalau lah cikgu aku dulu mcm kau,pasti aku skor A++ dalam semua subjek haha

teringat masa kelas dahulu,memebr gua tanya soalan yg sama

"ckgu xd expt ke bab ni?"

cikgu gua jawab:

"xd tp kalu awk xsyg awk nya n xtahu malu,next week kt wat expt ok"

terus member gua senyap

satu kelas senyap

tapi aku terkekeh gelak

hahahahaha

*aik pesal semua org senyap ni,xlawak ke?*

*pitam*

Adry said...

hahahhahhaa... terkenang plak zaman sekolah dulu.. hahahaha

Adry @ http://www.adrysabry.com

MrRollies said...

AHAHAHAHA.. lawak la entri2 kat sini..
Saya pon budak form 4 tapi x selucas budak2 tu..hoho
Btw ajar science ke biology?

BuDakHutaN said...

saya nak anak kembar... ada tips tak cikgu? hehehe

syarifah radiah ibrahim said...

alahai budak-budak.
huhu~

tetiba rindu belajar biologi masa sekolah menengah dulu.
kalau dapat cikgu zara, mesti best.
huhu.

Emora Valeria said...

masa zaman sekolah dulu,subtopik ni lah yang menjadi kegilaan budak kelas.tak tidur kut dalam kelas.

hans said...

relax la zara
itu biasa2 lagi
waktu aku dulu belajar benda nih
ramai juga budak laki
dan yg ajar aku juga seorang wanita
tapi dia bagitahu jer apa kami tanya..
sangat slumber

nursarah said...

haha, sabau jelahhhh

hBz said...

hhaha..patut cikgu sains semua femes skrg. anak murid sayang

jijie said...

hehe...
topik yang paling membuka mata zaman-zaman sekolah dulu..dari mengantuk terus buka mata besar-besar...

[z@ck] said...

hahahaha..
ko rasa mengajar budak menengah ke rendah yang lagi biol pala otak ko?

ONN said...

*ketawa gulung2 baca*
adeh!! Sabar sajalah cikgu...