Wednesday, April 14, 2010

Kalau Mahu Menegur Sesuatu, Sila Tegur Dengan Berhemah, Tidak Perlu Bermulut Longkang.


Salam semua.
Untuk pengetahuan semua, aku belum ada kesempatan menulis bab baru novel lagi.
Ketawa semua, aku memang kepenatan.

http://gyantunplugged.com/wp-content/uploads/2009/06/464px-Removed.svg.png
Muka penat dan rasa diri cukup bangang.

Aku jujurnya menyukai dan menghormati manusia-manusia yang menegur dengan niat yang baik. Penuh hemah ayat disusun sehingga yang mendengar boleh menjadi lebut hati dan ketawa senang dengan teguran yang diberikan. Niat lebih kepada mendidik, bukan mahu memalukan.

Manusia yang cuba memakai topeng kebaikan tapi bermulut tidak berhemah memang akan buat aku rasa mual yang teramat sangat. Sungguh, itu memang buat aku bosan. Kalau kamu mahu mengajak ke arah kebaikan, masih banyak cara yang boleh digunakan. Bukan dengan menghinakan kejadian.

Contoh : 
A : Awak nak saya belikan awak tudung?
B : Kenapa kata begitu?
A : Sebab menutup aurat itu wajib, awak togel kepala macm ni, mati awak masuk neraka terus.
B : (diam)

Aku rasa A boleh gunakan cara yang lebih berhemah untuk menegur. Bukan apa, kalaulah B ada niat untuk memakai tudung, mungkin niat dia akan terkubur begitu sahaja bila mendengarkan teguran yang begitu.

Contoh :
C : Nanti lepas ini saya bagi awak duit.
D : Kenapa?
C : Seluar awak ketat, melekat, macam tiada duit beli seluar yang longgar sedikit.
D : (diam)

Memang, boleh sarkastik, tetapi perlu tengok keadaan dan kesesuaian. Kalau kamu sudah rapat dengan orang itu, terserah mahu menyatakan sedemikian. Tetapi bila kamu baru berjumpa sekali, dua, tegurlah dengan berhemah. Kenal dahulu hati budi sebelum menerjah bagai kamu sudah kekal begitu lama.

Nota kaki:
Kepenatan sehingga tidak mampu mencerna apa lagi. Aku rindukan seseorang. Tidak, aku rindukan ramai manusia dalam hidup aku. Mereka yang mempunyai nilai signifikan dalam hidup aku.

Zara : Akan menulis mengenai pengalaman aku di kem perkhemahan. Mungkin.

15 comments:

kasih said...

persetankan mereka yang bermulut logkang itu.
jaga diri, kak.

suffyan razzaq said...

ku suka pernyataanmu. tepat, jitu!

kenwooi said...

i agree with you.. people are surely capable of expressing their thoughts in a better manner... but i wonder why many cant.. =/

acap2405(1169) said...

saya pernah kena..
dengan ustazah..
sungguh pedas ayatnya..
T_T

adoiyai..
kenapa harus wujud perkataan mungkin..??
kak zara update arr pasal perkhemahan tuh..
saya nak tahu pasal perkhemahan itu..

Miss ... said...

btol kalau nk tegur biar cara yg btol hmmm

Adziim said...

Lidah memang senjata paling tajam. Boleh guna untuk berdakwah,kalau silap boleh tertutup hati orang untuk berubah.
Jaga-jaga dengan tutur kata.

sI tEDI said...

saya ingin menegur secara berhemah.

Gambar menjelirkan lidah yang kamu letak di facebook dan di sini tidak berapa saya suka dan gemar. Ianya boleh mendatangkan umpatan dan kejiaan dr mereka yang berperasaan sama seperti saya.


Kamu banyak gambar yang sopan yang kamu ambil secara ceria dan gembira.

Itu lebih comel di mata saya..

Oh! Ini hanya pendapat peribadi saya. Hak kamu seterusnya...

Maaf dan terima kasih.

** Tiba-tiba aku rasa diriku ini begitu skema sekali!

sI tEDI said...

Opss! saya ingin tambah sedikit

.... ini adalah teguran dari seorang kakak buat adiknya.. :)

azieazah said...

Salam ZARA..

Sebelum Kak Azie membaca komen orang lain, biasanya (memang itu lah selalunya) Kak Azie akan taip komen sendiri dulu. Jika baca pun, komen yang terbawah/terbaru sekali.

Sbb itu kadang2 komen Kak Azie ada yang kebetulan hampir sama dgn komen2 terdahulu.. (selepas tu baru baca semua yg ada).

So, memang komen Kak Azie sama mcm blogger sItEDi..

Kak Azie sendiri kurang gemar dgn pic ZARA kuarkan lidah sebegitu.

Ya, terpulang bagi setengah orang melihat dan menerima. Persepsi masing2.

Tapi pandangan mata kali pertama Kak Azie, ya, tidak suka. Kerana dilakukan oleh seorang anak gadis semanis ZARA.. Apatah lagi bergelar pendidik..

Bukankah kita jika boleh ingin menjadi contoh? Kalupun tidak menjadi terlalu sempurna atau hebat, setidak2nya tidak pula berlaku sebaliknya...

Ya, blog peribadi ZARA, tapi blog ini tidak private, seluruh isi alam maya ini melihatnya... termasuk anak murid (lelaki juga) pastinya.

Maaf Kak Azie komen agak panjang dari biasa..
Terimakasih jika ZARA boleh menerima ini tanpa prasangka...

Bak kata orang, menerimanya sebagai lucah, lucah lah ia. Melihat sebagai jenaka, jenaka lah ia...

Azrul Hisham said...

Shesungguhnya (dialek ajai)..

Mereka yang bermulut longkang itu memang shuwey...hehe

Anonymous said...

erk, kenapa kena jelir lidah eh?
tak cantik dan tak elok laa..

Chef Az said...

anonymous... sebab tu, az cadangkan kat kak zara... potong.....tapi die nak pang saya plak...saya x bersalah kan disitu? XD

MuNsYi SaMa said...

=(

p i j a h said...

tiapa. bagi aku gambar itu takde pape dan xmemberi mksud pape.

rehat bebanyak!. ;)

hans said...

hahaha