Friday, April 30, 2010

Kekasih Perlu Ke Sentiasa Memuji Pasangannya Cantik Dan Bergaya? - Dari Hati Teman Wanita


Salam sejahtera semua.
Apa khabar kalian semua?
Ada yang kata ada unsur lucah, aku pun terfikir di mana.
Pelik pula.
Abaikan.

Petang tadi ada seorang teman yang menghubungi aku. Sudah lama tidak berbual dan tidak bersua muka. Terima kasih kerana sudi untuk berbual dengan aku ini. Adakah kamu tahu yang aku sedang kesepian mengira entah sudah berapa hari bateri telefon genggam tidak perlu dicas akibat bilangan pesanan ringkas atau telefon yang masuk boleh dikira? Ketawa.

Teman : Apa khabar Shafaza?

Aku : Baik sahaja. Kau?

Teman : Fizikal baik, emosi kurang.

Aku : Kenapa?

Teman : Aku tak mengerti kenapa teman lelaki aku begini.

Aku : Kenapa dengan teman lelaki kau? Baik sahaja aku tengok.

Teman : Dia tak pernah cakap aku cantik ke, comel ke, langsung tak pernah. Kalau ada pun, masa mula-mula kami kenal dahulu.

Aku : Mungkin dia bukan jenis meluahkan dengan kata-kata.

Teman : Tapi bila nampak perempuan lain, boleh sahaja dia cakap cantik, seksi segala.

Aku : Itu tanda dia masih normal, apa salahnya.

Teman : Habis tu, dengan aku tak normal?

Aku : Kalau dengan kau tak normal, apa guna dia bercinta dengan kau?

Teman : Mari aku tanya kau semula. Teman lelaki kau ada kata kau cantik?

Aku : (diam sambil mengukir senyuman)

Teman : Tiada atau ada?

Aku : Dia meluahkan dengan cara lain. Pada aku, tidak penting ucapan cantik atau bergaya itu.

Teman : Kenapa?

Aku : Sebab kecantikan akan pudar, bergaya itu akan hilang. Benda yang tidak akan kekal.

Teman : Jadi, kau boleh terima kalau teman lelaki kau tidak puji kau cantik?

Aku : Kalau dia menerima aku seadanya, itu sudah lebih dari mencukupi. Dan aku jujurnya merasakan dia lebih cantik dari aku. *ketawa*

Teman : Pasti dia pernah puji kau cantik walaupun sekali. Nak kata aku tak cantik, ada juga rupa. Nak kata tidak bergaya, aku johan di dalam kelas dan fakulti. Apa masalah dia?

Aku : Kalau begitu, adakah kau mahu berpisah dengan dia?

Teman : Kenapa pula?

Aku : Hanya sebab dia tidak memuji kau cantik, tidak bermakna dia tidak cintakan kau. Aku dapat rasakan yang kau sudah cukup cantik di hati dia, kalau tidak, masakan boleh bertahan begini lama cinta kalian.

Teman : Tapi, kan indah kalau dia memuji walaupun sekali sekali.

Aku : Kalau dia mula memuji, aku takut kau akan hilang diri.

*******

http://www.designink.us/images/BeautyPoster.png

Aku sejujurnya mengerti kerisauan teman itu walaupun aku berada di tengah-tengah dalam memberikan pendapat. Kecantikan dan gaya itu penting, tetapi mungkin ia tidak perlu diluahkan selalu. Kalau Empunya Marga tidak menyatakan aku kelihatan cantik sekalipun, aku tidak berkira. Malahan, dia lebih cantik daripada aku dari pelbagai aspek tentunya. Lagipun, kalau asyik memuji cantik, sesiapa pun akan berasa mual atau bosan agaknya. Pasti mahu dengar sesuatu yang lain.

Pernah aku menyatakan hal berkaitan pada seorang teman baik pada aku.

Dia : Kamu comel.
Aku : Tidak, kamu lebih comel. Aku mana ada comel.
Dia : Wajah yang comel tidak penting, akhlak yang comel itu lebih baik.
Aku : Mudah-mudahan.
Dia : Sentiasa berdoa pada Allah agar wajah dan akhlak seiring kecantikannya.

Memuji sekali sekala itu perlu juga. Bukan apa, dengan tujuan menggembirakan hati si dia. Tidak kira lelaki atau perempuan, masing-masing mendambakan yang terbaik diucapkan oleh mereka yang disayang dan dicintai khususnya. Tetapi, janganlah menjadikan alasan untuk memulakan persengketaan kalau si dia tidak pernah memuji kamu, kerana ingat semula, apa tujuan kamu bersama. Kalau hanya disebabkan paras rupa, ianya akan pudar ditelan usia. Moga-moga ianya kerana tujuan yang mulia wahai sidang pembaca yang dikasihi sekalian.

Ah, aku tidak selayaknya mengupas perkara sebegini. Aku cuma insan yang bersyukur atas kurniaan yang diberikan oleh Allah kepada aku. Alhamdulillah, aku masih mempunyai sifat yang sempurna. Disebabkan itu, aku ketawa bila ada orang yang mengirimkan aku soalan begini di Borang Spring.

"Zara, macam mana kamu boleh hidup dengan wajah hodoh sebegitu?"

Aku memilih untuk simpan dulu soalan itu. Biarlah tidak berjawab kerana aku belum puas ketawa melihat ada lagi makhluk yang sanggup menghina kejadian Allah. Silakan, aku dengan rela hati ketawa mengenangkan betapa lawak yang tercipta oleh manusia yang bertanya.

Ia mengingatkan aku pada kata-kata seorang kawan minggu lepas. Katanya, kalau kita menerima pasangan kita seadanya dia, kalau ditakdirkan hidup bersama, pasti kita tidak akan terkejut kalau bangun tidur rambutnya mengerbang bak sarang tebuan.

Nota Kaki :
1. Orang yang menggelarkan aku manusia purba, terima kasih. Alangkah baiknya kalau kamu boleh letakkan nama di titipan komen kamu kan?
2. Usai menjalankan tanggungjawab sosial aku pada seseorang yang aku gelar ibu pertiwi.
3. Belum punya nafsu untuk menggarap tulisan baru.
4. Rindu mahu menikmati air soya sejuk. Ah, nikmatnya.
5. Mahu renung langit malam sambil mendendangkan lagu 'Nadiku' seorang diri.

Zara : Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga. (Seorang teman menitipkan aku ini, dengan harapan aku bangkit memandang jauh ke hadapan menyelusuri pawana kesayangan diri).

Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian. [Halaman Peminat] [Kumpulan Pembaca] [Bab 01] [Bab 02] [Bab 03] [Bab 04] [Bab 05] [Bab 06] [Bab 07] [Bab 08] [Bab 09] [Bab 10] [Bab 11] [Bab 12] [Bab 13] [Bab 14] [Bab 15] [Bab 16]

15 comments:

Miss Izah Mohamed said...

salam..
xleh gk slalu puji.. xsyok la camtu..
dia kene ade time2 tertentu.. hehhe
barulah romantik.. :)

isha said...

betul jgk ckp miss izah tu
tak kan la setiap kali jumpe asyik nak puji
kalau org pon tak suke naik muak la

sape yg yg otak mereng sesuka hati ckp akak hodoh??
die tak sedar ke die ckp pasal ciptaan Allah

Adziim said...

Pergh....soalan itu sangat kejam, sengaja ingin bergurau atau memang sengaja mahu kutuk kamu.

Lelaki di awal cinta memang mudah memuji untuk mendapatkan hati kekasih, bila sudah dapat dan bila sudah selalu bersama biasanya segala kecantikan pada kekasih itu bagai lesap. Memuji kekasih sudah jadi perkara yang membosankan. Entah kenapa,sukar diterangkan tapi inilah kebiasaan lelaki.
Lelaki memang cenderung puji wanita lain di depan kekasih, bila disoal kekasih mana yang lagi cantik, itu memang soalan maut bagi lelaki.

hafizazmi17 said...

cinta bukan kompromi..
terima seadanya.. :]

Kujie said...

sesekali memuji baru ada nilai..ishh..tak sukalah dipuji selalu

mcm bermuka2 saja..


zara - kamu sgt comel dengan avatar baru di twitter...hehehe

p/s - ini kali pertama puji, tahap tinggi nilai dia..hehe

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

Salam.

Tak ada komen panjang kali ni.
Cuma pernah dengar suatu ungkapan.

"Siapa memuji saya, ialah musuh saya & siapa mengkritik saya, itulah sahabat saya"

Begitulah perumpamaannya. Puji boleh, bukan tidak boleh. Tetapi berpada-pada.

Mengkritik bukan mengkeji atau mengutuk. Lebih kepada perkongsian pendapat.

Ah, biarlah siapa yang bertanyakan itu. Itulah manusia.

Rasanya kamu sudah tahu jawapannya bukan?

Eh eh kata sikit. Tapi macam banyak lak ni. Okey zara, c-ya ~

Yern Ain said...

kekadang nak gak partner puji as a compliment, tapi sekali sekala dah la :)

btw syg, gmbr natural beauty never fade tu terbaekk! haha.

tbe2 teringat org yg bt extension bulu mata, botox, plastic surgery. huhu.

~HANA~ said...

bila puji selalu manisnya seakan hilang.

biar pujian itu mahal harganya, diucap sekali-sekala, perlu kena pada masa dan tempatnya, agar kesannya meresap dalam jiwa, dikenang hingga hujung usia =)

*selama ini menjadi silent reader sahaja. baru terasa nak komen. salam perkenalan ^_^

Nur -al- Ain said...

sesekali puji ape salahnye.. puji awek sendiri jugak. HEHE ;) tapi ikhlas la, jangan la memang dh comfirm selebet cakap cunn, sesekali dier nampak cantik, pujila.. tak sie sie bercantik untuk awak ;p

Hizami Rahim said...

betol betol betol.

cantik = subjektif.

luaran = cantik pd ku tak semestinya cantik pd mu.

dalaman = cantik pd ku cantik pd mu.

hohO.

;)

miss zahidah said...

lamanya tak singgah kat sini...
windu nak membaca...
malam ni curi-curi baca kejap....
mesti banyak dah ketinggalan cerita ni =(

EISENHOUR said...

kecantikan itu kan abstrak.lg pon asyik puji org cntik melebih2 bahaya jg. jadi meng'ain'kn org tersebut.jarang lah bf akn ckp subhanallah cntiknya awak.kan?
mesti ckp cntiknya awak hr ni..

tu lah istilah meng'ain'kn..

lebih2kn ciptaan allah dr si Pencipta.

maka hsilnya..org yg dipuji tu mudh dpt skit.

cikgu zara syg,eisen nk ckp legasi cinta alesia mmg best.jujurnya,dl eisen xsuka sgt bc citer tu sb ayt terlalu puitis,ssh nk fhm,tp skrng ia lebih rileks,sntai..jln cerita pon makin best.=)

syarifah radiah ibrahim said...

apa ada pada luaran.
yang penting hati yg 'cantik'.

:)

ザ-sylver-shooter said...

jahat gile sape yang menyoal cmtu ..hahaha..

btw, i believe there are always, somewhere ,somehow ,in this earth, a man who seeking a love from a woman , no matter what she look alike,
he rather die for this one and only love.


..and i' m always pray to be that kind of man...


(susahnye..)

Anonymous said...

Hmm. Baru2 ni ternampak dia komen kt friend dia punya gambau. "Nice pose mira,cantik!". Time aku tak pernah langsung puji. Yang peliknya ada pulak masa dia nak komen gambau orang. Selalu dengan aku busyyyy memanjang. Geram lah.