Friday, April 09, 2010

Legasi Cinta Alisia Bab 11 - 9 April 2010 Jam 09.04 Malam



Legasi Cinta Alisia Bab 11
Eksklusif di Aksara Keraian
[Masuk]

9 April 2010
Jam 09.04 malam.

*******


“Alisia, awak nak tahu sesuatu?”

    “Apa dia?”


    “Makan coklat boleh menggembirakan hati yang marah.”


    “Oh, ya ke? Saya lagi suka makan aiskrim”


    “Coklat sangat sedap. Lebih-lebih lagi coklat Cadbury atau Van Houten”


    “Ya, memang sedap. Awak dah jadi pakar pemakanan pula sekarang?”


    “Nak tahu apa yang menjadikan coklat begitu sedap dimakan sejak kebelakangan ini?”


    “Entah, banyak perasa baru agaknya”


    “Salah, tapi makan coklat sambil membaca kad kecil berenda biru, tulisan tangan penolong kapten pasukan bola keranjang sekolah”


    Alisia terpempan. Langkah terhenti dan bunyi brek basikal kedengaran di belakang. Alisia berpaling, menarik muka masam. Chia Hau menyeringai, menampakkan barisan gigi yang putih berseri. Wajah gadis itu direnung lembut. Mengapa wajah bengis itu yang berkocak kolam hatinya yang kurang kasih sayang?


*******
Nota Kaki :
1. Pre Test dan Seni Kraf Perkhemahan, Ice Breaking, Team Building, Kawalan Malam (semalam)
2. Hari ini : Pengenalan dan Sejarah PKK, Skim dan Etika Kejurulatihan, Ujian Kecergasan Fizikal, Kawat Kaki dan Protokol, Kerohanian dan Moral, Kawalan Malam.

Zara : Selamat membaca Legasi Cinta Alisia Bab 11 malam ini.

2 comments:

noor afzan said...

ingatkan pagi..
malam rupanya..
terpaksalah tunggu~

kEy said...

wah...dah wat novel skrg?
hahaa
lame ben0 x hapdate pasal zara..