Thursday, April 22, 2010

Lorong Cinta Merah Putih - Puisi Buat Pemilik Jiwa Yang Hadir Suci.

Lorong Cinta Merah Putih

Tangan yang terkulai layu disentuh lembut
Bayu sejuk meniup ke wajah sembam
Ada jari menyeka tangisan kering
Ubun-ubun dikucup perlahan

Jasad masih enggan berpaling
Tidak mahu terjaga tatkala masih mendambakan penghuni jiwa
Bisikan lembut cinta di telinga
Degilnya hati, tidak mahu berpaling lihat dia

Kepala diusap penuh kasih
Dia duduk melutut di hadapan sambil tersenyum.
Mata sepet yang comel dikecilkan.
Betapa sinar kasih dan cinta itu terpancar.
Sungguh memang dia.
Dia yang aku cinta.

Jari jemari diusap mesra.
Puisi cinta bergema.
Bukan untuk sesiapa.
Hanya untuk mereka.
Jiwa dan Cinta.

Tangan dihulur, jemari menyambut.
Si hidung mancung itu tersenyum nipis.
Gadis meluap bahagia.
Jejaka senyum dan memaut gadis dekat di dada.
Seakan tidak mahu ikatan terlerai begitu sahaja.

Cinta, aku sayang kamu.
Jiwa meluahkan sambil usap pipi gadis yang memerah.
Jiwa, aku cinta kau.
Jejaka tersenyum gembira dan terus menghayun langkah.
Seiringan, berdua.
Melalui sebuah lorong merah.
Yang dihiasi reben putih yang meriah.

Shafaza Zara Syed
Ranjang Merah Teratak Keluarga
5.40 pagi 22 April 2010

*******

http://www.apieceofcake.com.au/images/cupcakes/black-and-red-heart-cupcakes.jpg

Walaupun kau hadir hanya sekadar dalam mimpi.
Aku sudah lebih dari berpuas hati.
Aku boleh tersenyum hingga nampak gigi.
Kau yang aku cintai.

Kau sungguh istimewa.
Kau penghuni jiwa.
Kau beri aku sesuatu yang dinamakan cinta.
Aku mahu lupakan segala luka.
Mahu hapuskan segenap lara.
Sebab kau ajar sesuatu bernama bahagia.

Nota Kaki :
1. Aku tetap mahu bahagia.
2. Mahu manfaatkan waktu menyulam cinta.
3. Walaupun payah, aku tahu mesti harungi bersama.
4. Kalau masa cemburu, aku akan duduk menjadi penghalang jam berputar rasa.
5. Kau lebih dari mereka.
6. Kau bukan sekadar sebuah ceritera.
7. Kerana kau pemilik jiwa.

Zara : Kehadiran kau buat aku lebih kuat. Buat aku menghirup udara bahagia tanpa pernah mahu ukir wajah duka lagi. Mulai hari ini, mari bersama harungi segala kepayahan dunia sambil ukir senyuman, ketawa mesra.

7 comments:

Hizami Rahim said...

ketawalah selagi berhak.
;D

myazaraByong said...

wah..
sungguh puitis..
keep it on

joegrimjow said...

bahagia je baca
;)

best lagu dalam blog ni!!!!!!!

dah lama xdnga!

HEMY said...

fuh..kena betol lagu ngn entri kau ni

soffya cik bulan said...

siapakah gerangan dia cikgu...??

~0~ said...

gembira lah selalu selagi boleh...bahgia sebahgianya...

miss zahidah said...

sangat sedap je rupa kek itu =P