Tuesday, April 06, 2010

Maaf, Aku Bukan Pakar Sakit Tuan Atau Puan. Jangan Tanya Tentang Ejakulasi Pramatang Di Borang Spring.


Salam semua.
Hari Selasa sudah muncul dengan kabus terang dan nyata.
Hari ini aku punya lima waktu sahaja.
Dan aku sangat gembira.
Bab 10 Legasi Cinta Alisia sudah disiapkan - petang ini akan muncul buat semua.

Kelas Sains aku hari ini sudah cukup membunuh.
Macam biasa, bila lelaki lebih ramai, aku hanya mampu tahan kesabaran dengan usikan nakal walaupun rasa mahu memukul oleh dengan buluh.
Oh, saya memang ganas, sambil menyeka peluh.

http://www.quiva.net/quivablog/uploads/cute_teddy_bear_coffee.jpg
Bila agaknya skandal tercinta mahu lukiskan ini buat aku? [Gambar penghargaan di sini]

Oh ya, buat mereka yang sangat suka meninggalkan soalan buat aku di Borang Spring, aku sangat hargai.
Cuma, janganlah bertanya yang melampau sehingga menyakitkan hati.
Sudahlah tiada latar belakang yang kamu beri.
Maka, sila berhati-hati.
Aku kalau sudah bertukar watak, kamu yang akan sakit sendiri.
Senyum kanyur, asah panah mahu tembak tegak ke rusuk kiri.

Terima kasih buat yang tidak menyerang surat elektronik aku lagi.
Anda memang bijak menggunakan Borang Spring dengan bagus dan tersendiri.

Oh ya, siapa yang bertanya tentang ejakulasi pramatang di Borang Spring Zara?
Sila mengaku, mahu berikan kamu pautan kepada enjin carian yang tiada unsur rengsa.
Ketawa.

Sudah Zara nyatakan, apa yang ditulis adalah mengenai pengalaman bekerja.
Dan pekerjaan aku sesungguhnya seni istimewa.
Seorang guru, pendidik nusa bangsa.
Bukan pakar masalah masyarakat dewasa.
Nanti aku ketuk kamu punya kepala.
Eh, macamlah kita boleh berjumpa.
Ketawa.

Nota kaki:
1. Bab 10 Legasi Cinta Alisia Edisi 06.04. 2010 akan menemui kalian pada jam 06.04 petang ini.
2. Siapa lagi yang belum menyertai halaman peminat Legasi Cinta Alisia, boleh berbuat demikian di sini.
3. Kejutan panggilan telefon oleh seseorang dari Benua Eropah malam tadi membuatkan mata aku kejang akibat terlalu mengantuk. Sayang, sila telefon aku bersesuaian dengan waktu Malaysia - walaupun kamu sibuk sebagai isteri orang ya?
4. Sudah hilang tujuh kilogram - berusaha lagi Zara!

Zara : Doakan sahaja aku mampu menghabiskan hari ini dengan senyum gembira. Penat dengan telahan manusia yang suka mencari cela. Hidupkan perlu bahagia. Aku mencari kasih sayang seorang pencinta. Sang pemilik jiwa yang setia. Khabarkan pada angin lalu, moga seseorang mendengar sebuah sabda.

12 comments:

kenwooi said...

lol.. lots of funny questions eh.. =P

Wanita Mutalib said...

kamu diet sayang?


















owh kamu sudah cukup cantik sayang :)

ZiE FAUZi said...

hehehe...macam2 daa.... btw,singgah sini dari GB

Hizami Li said...

what an achievement.
7kg?
tahniah.
jgn kuros2 sgt ye.

HEMY said...

nnt leh la buat kontest utk menang buku kau...bila sudah siap sume..tp kalu wat buku 3 bab 3 bab pn ok..hehhe

cik EPAL said...

waaa 7 kg?? tahniah :)

cik EPAL said...

waaa 7 kg?? tahniah :)

azieazah said...

Mungkin hanya minum tidak makan? 7 kilo itu akan jadi 17 kilo nanti..

Adry said...

cuba kongsi apa soalan yang dorang tanya kan... hehehhee

makin kurus yerr... tahniah !

Adry @ http://www.adrysabry.com

From The News said...

yelah..yelah..
lepas ni aku takkan tanya pasal ivica olic lagi..(insap)

Mr feckry said...

bagus tu..tapi penat la kan

Azrul Hisham said...

kalau kamu dapat jawab soalan itu, aku bagi tabik spring kat kamu...hehe

tahniah kerana dah turun 7kg... :)