Sunday, April 18, 2010

Puisi Prosa Zara - Komposit Hati Lindungan Kubah


Salam hujung minggu semua.
Apa khabar kalian walau di mana jua berada.
Dam manusia beku ini masih setia.
Mencoret sesuatu buat pengisi jiwa.

Aku ditebak dengan persoalan mengapa bahasa digunakan begitu payah.
Garapan aku dikatakan bikin kepala pecah.
Aku tersenyum, ulas bibir merah.
Culasnya aku, jangan khuatir, aku tidak marah.
Sumpah.

Bila tulisan yang panjang dikatakan bikin kamu pusing.
Aku mencari ruang baru, agar kamu tidak pening.
Maka, puisi menjadi elemen penting.
Titik tolak hidup yang genting.

Puisi Prosa Zara.
Itu genre yang aku sajikan buat kamu semua.
Tidak, tiada aliran arus perdana.
Sebab aku hanya manusia yang tersangat biasa.
Kekuatan aku hanya pada mata pena.
Yang diterjemah pada mata.
Yang mahu disadur pada jiwa.
Sebagai tanda cinta.


Rindu pada kenangan duduk di wakaf kayu bersama seorang teman.
Memetik gitar sambil patuh dengan setiap butir ajaran.
Hening malam yang mendamaikan.
Kali terakhir duduk berdua yang masih segar dalam ingatan.
Malam terakhir, semester akhir di kampus selatan.

Paduan jiwa, saduran cinta.
Sebuah prosa, puisi jiwa manusia Zara.
Komposit hati di bawah lindungan kubah maya.
Kekal tegar dan tabah mencari makna bahagia.
Bukan untuk siapa.
Tapi untuk dirinya.

Nota kaki :
1. Sedang berusaha menyiapkan Legasi Cinta Alisia Bab 13 sambil mendengarkan lagu dendangan pemilik jiwa yang berusaha untuk menarik nafas sempurna.
2. Ungkapan selamat pagi dari teman yang baru dikenali menggembur taman hati, berbunga.
3. Bertarung dengan kesakitan sendirian malam tadi, buatkan aku mengerti, itulah erti derita.
4. Menyembunyikan senyuman duka seorang diri sambil tunjukkan muka senyum tawa.
5. Ada yang menyatakan bahawa tulisan aku sudah kurang penggunaan warna.

Zara : Malam tadi, teman yang mempunyai nama yang indah bertanya sama ada aku akan mendedahkan siapa dia di Dunia Sebelah Zara kalau ditebak pertanyaan oleh pembaca. Aku tersenyum seraya menaip pantas bahawa kebiasaannya aku menulis dari hati. Watak yang aku cipta di blog hanya untuk diri dan mereka yang menyedari siapa mereka.

Legasi Cinta Alisia - Eksklusif di Aksara Keraian.

8 comments:

hans said...

pagi2 dah berpuisi?
wow

dude said...

hebat bahasamu zara.
macam baca buku zaman dulu jek.

hazman aka species1980 said...

pandai betul la awak bermadah puisi nie...

kisahsensasi said...

kalau di buat lagu puisi pun layan gak nie

Cikgu Mizi said...

rasanya jika A.samad said baca karangan kamu, pasti beliau pun kepeningan.. haha..

Hizami Li said...

hohO~
cik zara, itu yg istimewa ttg kamu.
okay?
hehe.
anyway, nice picture.
YUNA sangat~
;P

miss lolly a.k.a luvfareda said...

Sayang.


bahasa kamu semakin bagush :)

vidadarisakura said...

tapi aku suka...hee