Monday, April 12, 2010

Siang Hari Berkayak Dan Berbasikal - Malam Ini Kita Ronggeng Bersama Sayang!


12 April 2010.
Ada ulang tahun mereka yang aku sayangi.
Penat badan aku.
Sungguh, aku cuma dapat kirim ucapan ulang lahir sahaja.
Eh, ulang lahir ya?

Keyakinan di air dan asas kayak.
Teringat di kampus selatan dahulu, entah berapa kali aku menceburkan diri dalam tasik yang indah teramat sangat itu. Dengan budak-budak Sains Sukan (baca : kacak dan tegap), di bawah latihan mereka, aku redha dan gembira. Yang hari ini? Aku sedang berusaha untuk rela dan redha lagi.

http://www.sailwanaka.co.nz/wp-content/uploads/2009/02/sea-kayak.jpg
Mari berkayak sayang, saya kayuh, awak kayuh. - Penghargaan gambar sini.

Lepas kita berkayak, mari kita berbasikal laju-laju.

http://api.ning.com/files/iBhDaBI5ylE-N*-ViiHB6R8iOpQ8q6AsQt92n1B5kqdSvE7xwEID1lXlXX6dI2*9CNk2rTadotAzqToMXTjErMESrf5d*Pao/2765385532_d907b1c7eb.jpg
Kenapa ada cahaya di celah kelangkang dia? Ketawa.

Aktiviti :
1. Keyakinan di air dan asas kayak.
2. Pengendalian kayak.
3. Pengenalan aktiviti berbasikal
4. Teori kebudayaan. Persiapan malam kebudayaan - Latihan
5. Malam kebudayaan
6. Kawalan malam.

Nota Kaki :
Kaki aku masih penat. Malas mahu tulis nota kaki.
Eh, kata mahu beronggeng?

Zara : Esok hari terakhir. Dan aku masih kesedihan sebab tiada Bab 12 Legasi Cinta Alisia yang dapat aku titipkan buat kalian hari ini. Maaf yang teramat sangat.

9 comments:

kasih said...

kak, rindu !

naz said...

itu kelibat cahaya mata hahaha

hans said...

xpernah berkayak weih tapi nampak cam best

Atiqah Adnan said...

akak pun ketawa tengok gambar tu.. hee~

Adry said...

smart lak gambar angkat basikal tu... hehehehe

atty's said...

dulu penah gak berkayak..pusing2 situ je..huhuhuhh ..

acap2405(1169) said...

pernah pergi berkayak..
tapi ngan abang sedara..
dia bawak kayak tuh kat tepi tebing sebelah sana untuk ngorat perempuan..
hampeh gila..
last last dapat kayuh 5 minit jer..
T_T

Hizami Li said...

cik zara,
take your time.
x perlu rushing.
hehe.
rehat tu penting.
:D

Adziim said...

Aktiviti kawalan malam tu yang menarik.