Saturday, April 10, 2010

Siapa Nak Main Bunuh-Bunuh? Aku Ada Latihan Khas Api Dan Ikatan Bunuh Diri.


http://3.bp.blogspot.com/_urjMMHjVDgk/SBGIuVaK7-I/AAAAAAAAADE/lwjXah3JlDo/S1600-R/077%2520Different%2520types%2520of%2520knots.jpg
[Gambar penghargaan sini]

10 April 2010.
Di kem latihan ini ramai guru lelaki. Malangnya hampir kesemuanya sudah mempunyai satu isteri. Aduhai, bosan-bosan. Guru perempuan boleh dibilang guna jari tangan, dan ya, bujang atau tidak, di sini semua orang akan nampak bujang. Ketawa.

Aktiviti hari ini.
1. Rentas halangan.
2. Keselamatan Kebombaan dan Pengurusan Risiko
3. Ikatan dan Simpulan
4. Rekreasi Tali - Praktikal Berstesen
5 - Pengurusan Logistik
6 - Kawalan malam

Nota Kaki :
1. Sudah masuk hari ketiga, tahniah!
2. Sudah dua hari tidak dapat minum air goncang coklat.
3. Kenapa kem ini tidak boleh menerima pelawat? (Sesiapa bawakan aku keluar dari sini)
4. Kulit sudah bertambah rentung.

Zara : Menyanyikan lagu 'Menghitung Hari' sambil bersenandung duka. Entah berapa banyak puisi sudah aku nukilkan bila diri dilanda kerinduan. Adakah dia mendengar doa yang aku titipkan?

9 comments:

naz said...

zara orang yang dah berkahwin ini pengalaman tahap dewa haha

Miya, cik gigi besi said...

tunggu kat sana ye cik zara, aku datang dengan motor skuter untuk bawa mu keluar dari kem itu =)

farhana said...

Pegi kem ya?
Selamatttt =D

Hizami Li said...

ahha.
sempat jugak update blog.
tahniah.
;D

SyaZa SyaFeeQaH said...

kak zara, sabar lah ya. :)
saya rindukan kak zara!

zac zirwan said...

sekali mcm pengakap daa..

green apple said...

penah buat aktiviti ikat tali tu. sampai skang tak lulus.

zulpjj said...

best woo gi outdoor xtvt neh :-)

Cikgu Mizi said...

satu ikatan yangku pakar..
ikatan reben, yang lain fail.. haha..