Thursday, April 22, 2010

Tubir Mata Digenangi Titisan Jernih - Ada Sesiapa Sudi Meminjamkan Aku Bahu (Atau Dada Sekali?)


Salam semua.
Entah kenapa ada titisan jernih bergenang di tubir mata.
Aku sedang cuba menahannya.
Kuatkah aku menahan rasa?
Doakan aku ya?

http://farm4.static.flickr.com/3118/2881948545_b450601cff.jpg?v=0
Sangat memerlukan bahu untuk dipinjam saat ini - Gambar penghargaan

Sepi Manusia Beku.

Tubir mata bergenang dengan cairan jernih.
Tahan sepenuh hati bagi buktikan diri tabah dengan segala jerih.
Tekak terasa pedih.
Kenapa hati dibuai rasa sedih?
Apakah aku terlalu lirih?

Duduk bersimpuh selepas salam terakhir aku termenung sendiri.
Kalam kitab terakhir sudah dihayati.
Mengapa perasaan ini semakin diuji?
Tidak, aku takut untuk kalah sendiri.

Ada naskah yang aku lemparkan.
Ada harta yang aku jauhkan.
Ada cinta yang aku tahankan.
Sejauh mana aku mampu bertahan?

Ayat-ayat suci bergema.
Dan semakin pilu aku dihambat jiwa.
Aku cari seorang teman pengongsi jiwa sebelah yang lara.
Semakin jinak cairan jernih di hujung mata tanpa maskara.
Perbualan yang berlangsung berhenti, terpaksa.
Cairan jernih sudah mengalir dari gua.
Kaca mata diletak ke tepi celana.

Aku tewas dunia.
Kalah dengan perasaan berkecamuk warna.
Aku rebah dan pasrah sendiri, penuh kecewa.
Ada sesiapa mahu pinjamkan aku bahu mereka?
Kalau mahu beri dada sekali, aku rela.

Tangisan aku lepaskan. 
Moga ia mendamaikan.
Biar ia membawa jauh semua kesakitan.
Basuh segala erti penderitaan.
Air mata mengalir laju ke taman.
Dan aku tiada peneman.

Shafaza Zara Syed Yusof
Ranjang Merah Daerah Gunung Ledang Tersergam Megah
22.04.2010 - 9.30 malam

*******

Aku kalah malam ini.
Tamaknya aku dalam cubaan merebut waktu demi diri.
Aku benci kehilangan lagi.

Nota kaki :
1. Gadis tidak pernah melihat Jejaka.
2. Pertemuan pernah diatur, tetapi mereka hampa.
3. Gadis dan Jejaka bertarung dalam merebut masa.
4. Mereka punya ikatan - penyatuan dua jiwa dalam satu cinta.
5. Cinta membuak dan Gadis cuba untuk menahan rasa.
6. Kesudahannya?

Zara : Sedang berusaha untuk membina kekuatan kembali. Entah mengapa aku biarkan diri dibuai emosi. Ah, aku masih manusia yang punya hati. Kalau aku rindu, ada gambar yang aku tatapi. Kalau teringat, ada lagu yang mendendangi. Kalau cinta, aku harap dia hadir di sisi. Di sini.

16 comments:

Hizami Rahim said...

hurm.
sedih.

milimilo said...

bahu dan dada keduanya percuma utk kakak.nangis bisa melegakan =)

naz said...

zara kamu ajak daku nangis sama.

Anonymous said...

sharifah,kita hidup bukan untuk cintan-cintun saja,banyak lagi perkara yang perlu diperjuangkan.

MuNsYi SaMa said...

"menangislah, kadang manusia terlalu sombong tuk menangis, lalu untuk apa air mata telah dicipta, bukan hanya bahagia yang ada di dunia"

Be strong. Please tell me your problem.

LORD ZARA 札拉 said...

Hizami Rahim:

terima kasih hizami

Mili :

kalaulah kamu dekat~

Naz :

ah, kamu seorang perasa~

Anon :

Ini bukan kerana cinta~moga kamu dalami apa aku tulis ya?

LORD ZARA 札拉 said...

MuNsYi SaMa :

Hun, I'm so going to tell u~
Can't handle it alone I guess~

HEMY said...

aku rela meminjamkan dada ku...tp jangan pula kau ramas ia. stim pula aku nnt..ahahaha

joegrimjow said...

tau zra kuat
kuat cam badang
;)

waahh
lagu lain plak
layan2

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

Walaupun ku tidak tahu keseluruhan ceritanya, tapi aku dengan sendirinya dapat agak apa yang membelenggu dirimu.

Sepertiku jua, kekadang pabila bangun pagi, mata ini menampakkan dunia, bagaikan tidak mahu memikirkan segala yang terjadi semalam. Tapi manusia, persoalan dunia sering muncul dalam tubir minda.

Apa jua duri, pasti ada pembuluh hati. Mengapa acapkali diuji? Itulah pemberiaan Illahi.

Diseka air mata yang mengalir bagaikan menyapa segala permasalahan dengan harapan usahlah terus sebati dalam diri.

Insan itu amat disayangi oleh PenciptaNya. Dia terlalu menyayangi hambaNya itu sehinggakan ujian itu terlalu sukar untuk hambaNya hadapi. Ya, sudah habis jerih perih dalam diri. Semuanya masih tidak menjadi.

Zara, kamu kuat. Aku tahu. Kamu hebat. Aku juga tahu. Kamu bersemangat. Aku sering tahu.

Kentalkanlah segalanya. Moga kita senantiasa mendapat rahmat dariNYA.

p/s : untuk insan yang sering diuji itu, moga beliau terus tabah. ujian itu sangat berat baginya. tiada lain, bertahan dan terus bertahan. percayalah, doa sentiasa dititipkan dari jauh.

penjenayah merah jambu. said...

nah bahu untuk kamu!









take care zara.
senyum,syg.
:)

Anonymous said...

makin lama makin mengada-ngada pulak ko eh..gediks plak aku tengok..meraih simpati orang ramai.macam orang kurang dapat kasih sayang..malula sikit weh kalau student ko tengok..camnelaa student nak hormat cikgu kalau cikgu macam ko ni??

sahabat.. said...

senantiasa diri yang tidak terkena mulut mudah bicara...
bila diri sudah terkena baru terimbas rasa hati orang lain..
setiap bicara pasti ada hikmahnya..
harapanku jangan bicara itu kembali kepada kamu pada suatu masa kelak..
jangan berputus asa wahai sahabatku zara..
aku akan tetap menyokongmu hingga kamu berjaya..

miss zahidah said...

aduyai, sakit ati pulak baca komen anonymous tu...

MATAHARI said...

nah, bahu. ada dua. satu helios, satu lucifer.

Miss Shizu said...

cik anon,kalau tak suka,sila berambus dari sini.

zara,nah telinga ngan dada aku untuk kau..tabah zara...aku tau kau kuat..kau kuat untuk hadapi semua ni.menangis lah sepuas2 nya kalau itu yang buat kau lega.doa aku sentiasa bersama kau, kawan...