Friday, May 14, 2010

Adamaya : Kembara Mencari Cinta. Aksara Keraian : Legasi Cinta Alisia Dan Enigma Dalam Domino


Salam semua.
Ada sesiapa yang masih demam dengan drama Adamaya?
Senyum.
Ramai yang mencari dan membaca di sini.
Ribuan terima kasih aku ucapkan buat kalian.

Kembara Mencari Cinta.
Adam Menulis Novel Untuk Maya : Kembara Mencari Cinta.
Kejutan yang dibuat oleh Adam untuk Maya. Adam menulis novel untuk Maya, walaupun hakikatnya Maya yang mahu menulis novel buat suami tercinta. Oh, itu impian ketiga Maya selepas impian pertama untuk mengelilingi dunia dan menyambung pelajaran hingga ke peringkat Doktor Falsafah.

Walaupun di dalam drama tidak dinyatakan apa yang ditulis oleh Adam di dalam cerita itu, aku merasakan ianya pasti adalah tulisan tentang bagaimana cinta Adam terhadap Maya dan usaha yang dilakukan olehnya untuk mendapatkan cinta Maya sejujurnya.

http://3.bp.blogspot.com/_Kq0IHTv-B7E/S7s45hnT1EI/AAAAAAAABII/yKPNKcaGHMc/s400/adamaya.jpg
"Adam, awak tidak mahu jadi anak didik (baca : protege) saya?"

Baiklah, itu telahan aku sahaja.
Apa pula pendapat kalian yang membaca ini?
Kelihatan semalam seperti banyak naskahnya, ada di jual di pasaran kah?
Entah.
Kalau ada wujud dan nyata, khabarkan kepada aku ya?
Senyum.

Sekarang, mari kita bicara tentang Aksara Keraian dan aku.
Alhamdulillah, aku sudah punya seorang protege bagi melunaskan tugasan di dalam Aksara Keraian.
Maksudnya, ada generasi pelapis bagi kami yang menulis ini.

Legasi Cinta Alisia karya Shafaza Zara Syed.
InsyaALLAH, jam 4.05 petang ini kalian boleh melayarinya untuk mengetahui kesinambungan perjalanan manusia yang bernama Alisia Rayyan Daniel Abdullah dalam mencari cinta sejatinya. Mungkinkah menjadi hak milik Brian Zaff Chia Hau, Danish Aryan ataupun Hizami Helmi Harith Stephen, mari kita saksikannya nanti.



Sedikit sedutan...

"Alisia, awak sukakan Khalil Gibran bukan?"
"Kenapa?"
"Pasti awak tahu puisi tentang Layla."
"Ya"
"Saya tujukan ini khas untuk awak, walaupun bukan saya sendiri yang menulis"

"Kemarilah, kekasih ku. 
Kemarilah Layla dan jangan tinggalkan aku. 
Kehidupan lebih lemah daripada kematian, tetapi kematian lebih lemah daripada cinta. 
Engkau telah membebaskan ku, Layla dari siksaan gelak ketawa dan pahitnya anggur itu. 
Izinkan aku mencium tangan mu, tangan yang telah memutuskan rantai-rantai ku. 
Ciumlah bibir ku, ciumlah bibir yang telah mencoba untuk membohongi dan yang telah menyelimuti rahsia-rahsia hati ku. 
Tutuplah mata ku yang meredup ini dengan jari jemari mu yang berlumuran darah. 
Ketika jiwa ku melayang ke angkasa, taruhlah pisau itu di tangan kanan ku dan katakan kepada mereka bahawa aku telah bunuh diri kerana putus asa dan cemburu. 

Aku hanya mencintai mu, Layla dan bukan yang lain. 
Aku berfikir bahawa lebih baik bagi ku untuk mengorbankan hati, kebahagiaan dan kehidupan ku daripada melarikan diri bersama mu pada malam pernikahan mu. 
Ciumlah aku, kekasih jiwaku sebelum orang-orang melihat tubuhku. 
Ciumlah aku, ciumlah, Layla..." 
(Kahlil Gibran)

"Untuk apa bait ini awak tujukan buat saya?"
"Perlukah saya jelaskan lagi?"

Enigma Dalam Domino karya Farhan Hassan
Akan ke udara buat kali pertama di Aksara Keraian pada petang ini, hasil garapan anak muda yang menjadi protege aku ini berkisarkan kepada jalur misteri thriller. Sesuatu yang segar dijanjikan buat tatapan kalian semua dan diharapkan komen yang membina dapat diberikan kepada penulis muda ini.

[Bab 1 boleh dilayari di Aksara Keraian jam 4.05 petang ini]

Itu sahaja buat masa ini.
Aku sedang menggarap Legasi Cinta Alisia sebelum ke sekolah petang ini.
Selamat membaca buat kalian semua.
Bukan sekarang, tetapi jam 4.05 petang nanti ya?
Senyum.

Nota kaki:
1. Perlu tidur di sekolah malam ini.
2. Esok ada sekolah ganti.
3. Terpaksa melupakan hasrat untuk berkumpul dengan teman-teman.
4. Sudah hampir 20 keping jemputan majlis perkahwinan aku terima. Pitam.
5. Masih ada masa buat sesiapa yang mahu menyertai pertandingan yang aku anjurkan.

Zara : Usai tiba di rumah. Berlari mendakap Bunga Jiwa. Ah, walaupun ia sekeping layangan beku masa, dia tetap yang terbaik menjadi Empunya Marga. Ah, rindunya pada sumber inspirasi aku itu.

[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.  

6 comments:

Kie-yu said...

nak cari juga novel kembara cinta tu. kalau wujud mesti grab!

atty's said...

nanti nak cari gak novel tu..

HEMY said...

aku nk stat baca la tulisan mu ni...hehehe

SuFy said...

arghhh..citer adamaya sangat beshhh....ada ke novel ni?

kawie2020 said...

kawie baru mula nak bc nih..:)

kembatolo™ said...

bermada pujangga tak reti..tapi saya reti bermadah serangga..haha