Thursday, May 13, 2010

Adamaya Slot Akasia TV3 : Episod Terakhir Disulami Air Mata Dan Senyum Gembira. Pertandingan?


Salam semua.
Sedang menonton drama Adamaya di TV3.
Oh, Dani memang gila. 
Pernah menulis ucapan terima kasih buat Adamaya sebelum ini.
Kalaulah boleh terajang watak begitu masuk ke dalam neraka.
Eh, emosi pula.
Ketawa.

http://3.bp.blogspot.com/_Kq0IHTv-B7E/S7s45hnT1EI/AAAAAAAABII/yKPNKcaGHMc/s400/adamaya.jpg
[Gambar aku pinjam dari blog peminat fanatik cerita ini]

Adam Menulis Novel Untuk Maya : Kembara Mencari Cinta.
Kejutan yang dibuat oleh Adam untuk Maya. Adam menulis novel untuk Maya, walaupun hakikatnya Maya yang mahu menulis novel buat suami tercinta. Oh, itu impian ketiga Maya selepas impian pertama untuk mengelilingi dunia dan menyambung pelajaran hingga ke peringkat Doktor Falsafah. Tersentuh dengan ayat Adam dalam suratnya.

"Walaupun saya tahu awak boleh menulis lebih baik, tapi saya tahu novel itu bukan untuk saya"

Dani.
Contoh watak yang paling dibenci sehingga saat ini. Menangis di tepi pancur air, meminta maaf pada Maya sambil menangis. Antara contoh manusia yang terlalu cinta hingga gila dan tidak mampu menapis perasaan sendiri. Dan ya, Maya menyatakan dia sudah menyedari kesilapannya selama ini.

Adam Jual Mahal.
Maya datang ke tempat pameran. Meminta maaf dengan Adam sambil menangis.

Maya : Awak, saya nak cakap sikit.
Adam : Saya suruh awak datang sini bukan untuk cakap. Saya nak awak tengok hasil kerja saya bila awak hilang dan tinggalkan saya bersama Amani.

Maya menangis teresak-esak sambil meminta maaf pada Adam.

Amani : Mama!
Maya : (mengusap kepala Amani)
Adam : (datang menghampiri)
Maya : Awak, maafkan saya.
Adam : Saya dah lama maafkan awak.

Berjalan keluar dari dewan pameran sambil berpegang tangan dengan gembira bersama Amani.

Dani Di Tepi Sungai.
Dani menangis sambil tengok gambar Maya dan ya, Dani jadi gila!

Tamat.
Adegan Dani di tepi sungai sambil melompat-lompat adalah penutup cerita. Kesimpulannya, cerita ini mempunyai pengakhiran yang menggembirakan.

Komentar peribadi :
1. Adam adalah contoh suami yang terlalu ideal. Belum pernah jumpa manusia yang begitu sabar walaupun isteri ditangkap atas tuduhan khalwat dengan lelaki lain.
2. Maya -  wanita yang mungkin tidak tetap pendirian bila keliru. Alhamdulillah, dengan kebaikan hati Adam, pandangan dia yang terhijab itu tersingkap.
3. Dani - perlukah aku komen tentang watak yang menjengkelkan ini?
4. Amani - comel dan keletah.

Pertandingan masih berlangsung dan akan tamat pada 16 Mei 2010.

Nota Kaki :
1. Sedang membaca hasil penulisan seorang pengkarya muda.
2. Ketawa dengan reaksi sesetengah orang bila benda yang tidak berkaitan dengan mereka, melenting tidak tentu hala.
3. Mungkin akan memulakan garapan Legasi Cinta Alisia semula selepas ini.

Zara : Pernah menemui seseorang yang memiliki perwatakan Adam secara tidak sengaja. Ya, dia seorang jurugambar, suami orang, manis dan baik hati juga. Oh, itu adik lelaki terbaik, teman rapat dan jurugambar peribadi aku sendiri. Eh, nak makan gula-gula ya dik?

[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.  

19 comments:

neyra shazeyra said...

tgk sini sudeyh.. http://www.dramamelayu.com/2010/05/adamaya-ep-23-part-4.html

mereka bahagia akhirnya

fndrocka said...

takmo tgk..tamo..

huhu

joegrimjow said...

tak sukaaa entry niiii

Anna Da Lady said...

Salam perkenalan..hehe..saya pun baru abis tengok citer tu...tengok2 ada orang yang lagi cepat update citer ni..a few minutes after the story end..hehe..good job..

Anna Da Lady said...
This comment has been removed by the author.
Oh Malaysia said...

esok aku tgk episod akhir. :D

nurayunni said...

cite bez giler...

Yern Ain said...

yeay yang, thnx fr the spoiler. heee
nak start marathon AdaMaya.
start dr 15 plk tu. wohoo.
hopefully connection x buat hal.
Tq babe :)

ciK LyndaWawa igUana said...

harap kamu pun dapat suami seperti adam!!!=)

budak hitam said...

sweet sgt ending dia.. ssh nk cari lelaki yg menepati semua ciri2 adam.. klu ada pun mgkin sikit2 je.. maya pulak.. hmm.. sesiapa yg punya cinta ptama mgkn phm situasi maya.. keliru, tmbh2 nmpk adam rpt dgn peguam tu n didesak rs kesian kt dani.. dani pulak hmm.. klu manusia tlalu menyanjung cinta manusia jd mcm tu la.. pape pun cite tu best n pelakon pun best.. klu x, xkn la smpi org mrh2 tgk dani dgn maya.. n menangis2 tgk btapa baiknya adam.. diorg mmg best.. sorry tkomen pnjg.. hihi

Hizami Rahim said...

zami tak tengok adamaya.
tapi syukur dengan happy ending.
at least cik zara takde la beremosi nanti.
kan kan kan?
ahha.
;)

Lyn Yusoff said...

happy ending story..
best nyer dapat lelaki mcm adam.. tersangat cool..
tv3, please repeat!!!!!!!!

Lyn Yusoff said...

happy ending story..
adam seorang lelaki yg sgt cool..
tv3, please repeat!!!

Wawa~* said...

dani membuatkan saya banyak mencarut di petang2 hari T_T

sukaaaaaaaaaa cerita ni. sy ni jarang2 suka tgk series, tp cite ni mmg tip top for me... adam mmg watak lelaki/suami paling baik. ada ke lelaki sebaik ni ? kalau lah dapat. mmg beruntung! hehe

Mohd Adziim said...

Selepas gila,tiada aksi Dani pergi mencari pisau dan mahu bunuh Adam serta Maya. Mungkin ada season 2.

koshary said...

sungguh adamaya nieh.
kami di luar malaysia ni pun terikut gelombang sama.
tapi ending, tidak memadai tamat disitu, kalau ikutkan hati.=)

TUKANG KATA said...

mungkinkah akan ada adamaya 2??

et said...

ending hepi tapi still kurang puas hati.kalau buat dani kena tangkap masuk sepital saket jiwe ke.
then, tunjuk adam n maya epi peluk2 atas beranda ke..hahaha..demand pulak.

pape pon, epi ending.and takde rase nak pegi bakar bangunan penerbit drama neh.haha.^^

MuNsYi SaMa said...

saya dah lama maafkan kamu. =)

Nak anak mcm amani. cute sgt~ hehe