Thursday, May 13, 2010

Bila Perjudian Boleh Mohon Lesen, Mari Kita Mulakan Proses Tikam Siapa Yang Kena Di Dalam Kelas.


Salam semua.
Apa yang terjadi dalam kelas aku yang harus menari zapin itu kan?
Nantilah aku cerita.
Empat orang sudah menjadi mangsa.
Ketawa.

http://i71.photobucket.com/albums/i155/eafalbum/PeriodicTable.jpg

Bahan pengajaran untuk hari ini. Ada sesiapa yang mahu tikam?
Mana tahu kena, boleh tuntut hadiah yang disukai.
Ketawa.

Audio-visual.
Pelajar aku sekarang ini lebih menyukai gambar dan carta serta paparan yang bergerak.
Maka, aku suka meletakkan elemen ceria di dalam kelas.
Benci kelas yang statik disebabkan aku sendiri tidak boleh duduk serius begitu sahaja di dalam kelas.
Perlu ada unsur humor.
Senyum.

Plagiat
Ada orang beritahu yang penulisan aku ditiru oleh blog lain. Silakan, aku tidak mahu bising-bising. Suka hati kamu kalau kamu rasa kita adalah kembar yang tidak pernah berjumpa. Pemikiran yang sama, nasib baik gambar kita tidak sama kan? Senyum.

"Kadang-kadang sarung kaki akan kehilangan satu.
Dah pasti pun yang ia ada di tempat tertentu di dalam rumah tetapi asyik tidak dapat dicarikan sahaja.
Satu sarung kaki sahaja memang tidak dapat dipakai ; tetapi ditinggalkan juga kerana terlupa untuk membuangkannya.
Pada suatu hari yang tidak disangka, boleh pula sarung kaki yang hilang didapati semula di tempat yang telah dilupai.
Keadaan ini jauh lebih menggembirakan daripada masa sarung kaki tersebut dibelikan.
Kerana kegembiraan yang sementara itu, manusia selalunya tidak akan membuangkan satu sarung kaki yang tidak berguna itu..."

Empunya Marga Kembali.
Berita baik dan boleh dikongsi dalam sehela nafas. Empunya Marga sudah pulang dan aku gembira hingga senyuman terukir bahagia di wajah. Rindu kamu Empunya Marga. Rindu yang teramat sangat hingga aku mengalunkan satu bait puisi dari penulis yang aku gemari. Siapa lagi kalau bukan Kahlil Gibran?

Aku mencintaimu kekasihku, sebelum kita berdekatan, sejak pertama kulihat engkau. 
Aku tahu ini adalah takdir. 
Kita akan selalu bersama dan tidak akan ada yang memisahkan kita.

Nota Kaki :
1. Menyediakan soalan untuk Sains Tingkatan 4.
2. Senyum sambil mengalunkan irama indah.
3. Kehijauan indah menggamit ilham yang bukan sedikit untuk diri sendiri.

Zara : Bercakap dengan seorang teman wanita dalam perjalanan ke sekolah hari ini. Lega mendengar dia makin pulih dan semangat yang tidak hilang sudah dia dapat kembali. Tabah wahai teman sayang, pengajian sarjana itu lebih penting.

[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.  

6 comments:

Kujie said...

uik...dah ade lesen ke nak tikam2 tu..zara

Kie-yu said...

tikam bermanfaat ni
cadangan bernas~

kembatolo™ said...

nak book tikam boley?simpan 10 yep..haha

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

Mesti comel anak-anak murid kamu. Err, out of topickah?

sUfFeR8zInE said...

dasat meh, nk tikam ade lesen :P

Hizami Rahim said...

cik zara,
wow.
tahniah.
empunya marga dah kembali.
hehe.
;)