Monday, May 24, 2010

Cikgu Boleh Jawab Soalan Pendidikan Islam? Hebatlah Cikgu! Tak Sangka Betul. - Pandang Aku Sebelah Mata?


Salam hari Isnin.
Alhamdulillah, Legasi Cinta Alisia Bab 23 sudah disiapkan.
Bakal bersiaran di Aksara Keraian jam 12.05 tengah hari ini.
Nantikan ya?

Tadi pagi menjaga peperiksaan Pendidikan Islam Tingkatan Empat dan Lima.
Aku cukup suka meneliti jawapan pelajar yang sedang menjawab tetapi dari jauh. 
Senyum.

Pelajar : Cikgu, macam mana nak jawab soalan ni?
Aku : Eh, hikmah menziarahi jenazah pun nak suruh saya fikir ke?
Pelajar : Tolong satu lah cikgu.
Aku : Kalau awak pergi melawat orang meninggal, apa awak rasa? Gembira ya?
Pelajar : Sedih cikgu.
Aku : Rasa insaf tak?
Pelajar : Insaflah juga.
Aku : Nah, itu sudah jadi pembayang jawapan.

Aku berpusing-pusing menjaga peperiksaan. Oh, untuk minggu peperiksaan, tiada kasut berbunyi yang aku gunakan. Senyap dan sunyi ibarat angin bertiup ketika mengorak langkah. Ah, aku sudah bicara seperti menulis Legasi Cinta Alisia pula.

Pelajar : Jawapan saya betul atau tidak ni?
Aku : Eh, siapa yang jawab peperiksaan ni?
Pelajar : Sama-samalah jom cikgu.
Aku : Kalau awak salah soalan 6 dengan 11, memang teruk betul awak.
Pelajar : Kenapa cikgu?
Aku : Soalan 6 tanya tentang yang mana bukan bulan haji. Soalan 11 tanya siapa Khalifah Ar-Rasyidin. Kalau salah, memang teruk.
Pelajar : Hebatlah cikgu! Agama pun boleh buat!
Aku : Ceh! Awak pandang saya sebelah mata ke?
Pelajar : Ingat cikgu boleh ajar Sains, Sejarah, Kemahiran Hidup je.
Aku : Dapat A1 lah dulu masa SPM.


Penampilan begini tidak ada salahnya bukan?
Budak Kimia yang rindukan makmal.
Ketawa.

Kan tak pasal-pasal sudah bernada riak. Ketawa.
Ah, aku terbayang, kalau aku tidak dapat A1 ketika dahulu, pasti Bonda akan membunuh aku. Ah, Bonda mengajar Pendidikan Islam ya? 


24 Mei 2010
Jam 12.05 tengah hari.

Nota Kaki :
1. Bertugas menjaga peperiksaan Pendidikan Islam Kertas 2 selepas ini.
2. Boleh menarik nafas legas setelah Bab 23 dihantar. Jadi mungkin boleh menulis 'Runut Irama Jiwa Kita'.
3. Senyum paksa. Tiada kekuatan mahu disandarkan. Menunggu mentari hati muncul untuk meminta semangat diri. Diam. Tafakur.
4. Meneliti Puisi "Aku Bicara Perihal Cinta" dengan mendalam. Diam.

Zara : Mentari hati menyinar seawal jam 6.06 pagi tadi. Sungguh terang dan membuat aku tersenyum gembira seorang diri usai menikmati kesejukan bersiram berbaukan kiwi.

[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.(Tarikh Tutup : 31 Mei)

7 comments:

cik paro said...

cikgu zara lepas ni dah boleh mengajar subjek agama islam lah pulak ye!!

fndrocka said...

cemburu pula aku melihat gambar kau dengan gitar tu.nampak cam rock abiss

Latest Entri : Peristiwa Subuh

SD said...

Aku memang suka klu cikgu jenis suka menjawab klu kita tanya sbb kita boleh kenakan dia balik(cara beradab la kan)...maksudnya cikgu tu sempoiii......Aku lagi suka budak yg tanya cikgu Zara ni, paling best, kita jawab sama2 la cikgu.....hahahhahahha

Tolong SD Cari Nama Domain SD Denagn komen Di Post Ini

Hizami Rahim said...

wah.
rajin betul budak tu tanya soalan time exam.
wakakaka.
;)

NISA KHAIRI said...

wah, time exam boleh tanya jwapan betul ke x? Masa skolah dulu2 ada kwn juga buat mcm tu, pastu terus tengah marah..nampak sangat x buat preparation nk amik exam

Mohd Adziim said...

Aaaaa..nak baju soljah tu..

Secret Drifter said...

bukankah pendidikan Islam itu penting ??

kena tell him, dlm kehidupan pendidikan Islam adalah asas kita..