Tuesday, May 18, 2010

Cikgu, Saya Datang Meminang Cikgu Sebagai Hadiah Hari Guru Boleh?


Salam semua.
Apa khabar kalian semua?
Oh, aku masih dalam keadaan otak masuk air.
Menunggu memang satu penyeksaan tetapi ia sesuatu yang membahagiakan.
Sungguh.

Teringat pada perbualan dengan teman wanita suatu ketika dulu.

"Aku rasa aku kosong", kata B.

Aku : Aku rasa kosong bukan satu masalah.

B : Kenapa terlalu positif sejak akhir-akhir ini?

Aku : Hidup aku dipenuhi manusia terbaik.

B : Siapa?

Aku : Ramai, antaranya adalah mereka yang membaca ini.

B : Empunya Marga itu siapa? Bunga Jiwa itu siapa?

Aku : Orang yang sama, Pemilik Jiwa manusia beku ini.

*******

Semalam, sedang aku duduk di dalam dewan ketika majlis persembahan pelajar sambil menulis di Twitter dan Mukabuku, salah seorang anak murid aku galak mengusik. Aku memang mengajar kelas dia. Tatkala majlis anugerah berlangsung, dia yang menjerit kuat nama aku. Aku senyum sahaja, teletah anak murid ini kadangkala mencuit hati juga.

Murid : Cikgu, saya takde hadiah untuk cikgu.

Aku : Tak mengapa. Tak penting pun. Awak cakap Selamat Hari Guru pun dah cukup.

Murid : Apa kata saya datang rumah cikgu?

Aku : Datang rumah saya? Kenapa?

Murid : Alang-alang datang hantar hadiah, biar saya datang hantar rombongan meminang cikgu terus, sebagai hadiah hari guru.

Aku : Ceh!

*******
Bila mendengar perutusan serta ucapan yang berjela-jela sebelum tiba saat yang dinanti iaitu ikrar dan nyanyian lagu dengan bersemangat, sempat bermain-main di belakang dengan rakan-rakan di barisan aku. Oh, jangan tiru aksi kami yang nakal ini. Beri perhatian di dalam dewan ya? Ketawa.


Pisau : Liyana
Pen hitam : Fahrina
Kit Kat : Zara


Oh, ini barang dalam poket kecil beg aku ini.
Entah apa-apa sahaja yang aku letak dalam beg sekolah.

"Tubuh mempunyai keinginan yang tidak kita ketahui. Mereka dipisahkan kerana alasan duniawi dan dipisahkan di hujung bumi. Namun jiwa tetap ada di tangan cinta, teruslah hidup sampai kematian datang dan menyeret mereka kepada Tuhan..."
(Kahlil Gibran)

Nota Kaki :
1. Sudah melampiaskan rindu pada seseorang walaupun hanya sekeping pesanan ringkas.
2. Senyum bila bicara dengan seorang bapa tadi. Terima kasih kerana sudi mendengar luahan anak dara yang sedang tidak teratur otaknya ini.
3. Bakal memulakan garapan baru bila punya masa nanti.
4. Sibuk menyusun kertas peperiksaan.

Zara : Empunya Marga muncul dan membuatkan aku tersenyum sendirian. Oh, hari ini pepriksaan Tingkatan Empat dan Lima sudah bermula. 

14 comments:

atty's said...

bukan main lagi budak2 skrg.berani ye nak pinang cikgu

zida said...

wahaha comel gila student akak. mesti best jadi cikgu yekk? ;)

HEMY said...

ok pa kawin anak murid..leh suh wat keje2 umah kat umah..ahaha

Hazzy Ishak said...

advance murid2 sekarang ye

::dazlaila:: said...

budak2 skg...
hehehheheh..

Lyn Yusoff said...

amboiii budak2 sekarang..
belajar tak abis.. ada hati nak kawin... gatallll!!!!

nurayunni said...

Selamt Hari Guru....

fndrocka said...

pinang untuk abah dia kut

niesz said...

hihihi..trime je la cikgu..rezki jgn d tolak.. :p

faye said...

comelnya nak murid zara bijak berkata kata...sweet sgt

Nadia Dizarch said...

Hehehe...comel je budak tu. tapi ada hati nak minang cikgu..hehehe

From The News said...

generasi belia amat advance sekarang..!

Amieynna Amin said...

salam..
mesti kamu rapat ngan murid2 kan?
sampai mereka boleh bgurau dengan kamu..
ada setengah guru, agak serius smpai xleh nak bgurau ngan anak murid..

Sidratul Muntaha said...

Haha..comelnyer anak murid cikgu tu.Tapi kalo adik saya yg ckp macam tu saya cubit pipi dia.hahaha.

:)