Monday, May 03, 2010

Ciuman Dari Belakang Bila Telefon Genggam Dirampas Ganas - Ucapan Tahniah Kerana FT Dan YZ


“Ouch!”

    “Eh, maaflah bang. Bola ni kuat sangat agaknya melantun dari tepi. Kami sedang berlatih main bola keranjang”

    “Betul Dwen. Maaflah bang, kami ni memang hampir tahap pemain profesional. Muka abang yang kacak tiada apa-apa?”

    “Eh Ady, ada pegang bunga la abang ni. Nak bagi pada Miss Rayyan?”
Pelukan pada badan Alisia Rayyan dilepaskan serta merta. Muka diraup pantas dan kesakitan yang memenuhi serta memeritkan muka ditahan sendirian. Muka terasa panas membahang. Entah kerana malu atau sakit, Hizami Helmi sendiri tidak tahu. Dia memandang Alisia yang masih berdiri tegak, kaku dengan apa yang berlaku.

    “Miss Rayyan, are you okay?”

    “I’m fine Dwen, Ady. Thanks a lot”

Dwen Zaff dan Ady Haqim memerhatikan jurulatih kesayangan mereka.Chia Hau yang duduk di bangku tersenyum sinis. Betapa adiknya sangat memahami dan menggunakan kenakalannya di tempat yang betul. Mesti diberikan sedikit suntikan ke dalam wang sakunya minggu hadapan sebagai tanda penghargaan seorang abang secara diam-diam.


[Legasi Cinta Alisia Bab 17]

Telefon genggamnya bergetar kuat di dalam poket. Nasib baik bunyi sudah dimatikan kerana peringatan serta denda akan dikenakan jika telefon berbunyi di dalam perpustakaan. Senyuman terukir di wajah dan gadis itu tekun menelaah pelajaran seterusnya. Hampir dua puluh minit dia menahan tawa dan akhirnya, Hizami Helmi nampaknya sudah berputus asa. Dia kembali ke kubikel bertentangan dengan muka masam.

“You can’t find me Hizami Helmi?”

“Nope, but I will find you, sooner or later”

“Catch me if you can”

“Beat me”

Alisia tersenyum lagi dan belum sempat dia menyembunyikan diri di dalam kubikel, ada tangan yang merampas telefon Nokia 6230 miliknya dari belakang. Alisia terkejut dan berpaling. Belum sempat bersuara, seseorang menciumnya dari belakang. Alisia terpempan.

*******

Salam Isnin semua.
Apa khabar kalian hari ini?
Sihat sejahtera hendaknya.
Aku seperti biasa, paksa diri mengukir senyuman walaupun kurang sihat.
Tiada tenaga kerana semangat sudah berlalu pergi.
Senyuman tanpa mahu peduli apa lagi.

Oh, di sekolah tadi, para pelajar mengucapkan tahniah kepada aku disebabkan kemenangan Faizal Tahir dan Yunalis Zarai (Yuna) hanya disebabkan aku sangat sukakan Faizal Tahir dan cara pemakaian tudung aku dikatakan serupa Yuna. Alahai, memang lawak yang amat budak-budak itu semua.

Ada darah yang mengalir tadi. Membasuh darah yang mengalir laju menggunakan minuman sejuk. Moga kesakitan ini dibawa pergi bersama alirannya. Senyuman palsu dilukis di atas kartu keras dan segera ditampal di wajah. Moga tidak tercampak ke tepi bila berhadapan dengan manusia lain. Tangan menggigil menahan kesakitan.

Nota kaki :
1. Belajar menyeka tangisan sendirian semula.
2. Meluahkan pada dinding biru dan bergelodak di dalam kamar sepi.
3. Paksa diri senyum pada semua manusia yangberpura-pura berlakon gembira.
4. Ada bahagian diri yang tidak mahu bernyawa lagi.

Zara : Aku sudah lupa untuk sama-sama memandang matahari dan langit yang sama dengan manusia istimewa tengah hari ini. Cuaca terlampau panas dan hati aku juga begitu. Merenung paparan telefon genggam sambil menitipkan doa agar peluang terbuka untuk berbicara dengan empunya marga. Kegembiraan aku pada dunia gila sudah tampal dengan senyum pura-pura. Mahu menikmati suara yang boleh membuai rasa dan mengukirkan senyuman indah menuju ke ranjang beradu lena. Ah, kamar ini menyimpan infiniti rahsia.

7 comments:

sekamar rindu said...

salam...

kata-kata.."memandang matahari" tu mendalam...

saya suka.

joegrimjow said...

ada anak sorg blogger nama rayyan

Pipi Muncet said...

suka jugak Yuna dgn faizal Tahir menang. hee

Hizami Rahim said...

alamak.
kenapa berdarah?
isk isk isk.
hati hati.
;)

ARC™ said...

I <3 Faizal Tahir. Maap ye zahrah aku hanya boleh like sebab xske baca novel =). Tapi aku tetap nak tinggalkan jejak

cik EPAL said...

suka jugak yuna dengan faizal tahirrrrr . hehe :)

Nadia Dizarch said...

Dulu pun nadia ada tulis novel. Tapi sayang, komputer rosak dan habis 30 bab hilang. frust menonggeng. huhuhu~

Btw, the story is interseting though i didnt read it from the start! Keep up the good work!