Thursday, May 13, 2010

Esok Kalau Lupa Bawa Buku, Sila Pakai Kain, Rotan Di Hadapan Dan Menari Zapin Di Tapak Perhimpunan


Aku ada satu kelas.
Gabungan tiga kelas pelajar mengikut pecahan.
Kelas aku adalah Pilihan Ke-4 : Perdagangan dan Keusahawanan.
Tingkatan Dua.

Sudah seminggu mereka bertangguh tidak menghantar tugasan.
Ada yang patuh, ada juga yang culas.
Ah, terselit rasa panas.

Aku : Siapa yang lupa bawa kerja yang saya beri?
Murid - murid : (Beberapa orang yang mengangkat tangan)
Aku : Macam mana boleh lupa?
Murid A : Dah letak dalam beg, entah kenapa tiada.
Murid B : Dah siap dah cikgu, betul. Cuma lupa.

Murid C, D, E, F dan seterusnya dengan pelbagai alasan yang tercipta.

Aku : Kalau saya rotan awak semua hari ini, awak boleh terima?
Murid : Boleh cikgu.
Aku : Betul?
Murid : Betul.
Aku : Saya belum pernah rotan orang dan tidak pernah teringin nak rotan awak semua. Sebab emosi saya baik hari ini, saya nak beri hadiah.
Murid : Hadiah apa cikgu?
Aku : Buka halaman 309, 310, 311, 312 - sila buat semua sekali.
Murid : Banyaknya cikgu!
Aku : Sila hantar esok ya? Jam 7.30 pagi.
Murid : Baik kena rotan sahaja cikgu.
Aku : Sebab itu di sekolah saya mengajar jadi guru ganti sebelum ini, tiada siapa yang berani tak hantar kerja saya. Denda yang saya berikan begini. *senyum kejam*

http://files.myopera.com/Bilal9/albums/875187/Heart.jpg

Murid : Esok kalau lupa bawa lagi kena apa pula cikgu?
Aku : Esok kalau lupa, saya takkan bagi kerja sekolah lagi.
Murid : Habis tu?
Aku : Saya beri awak pakai kain pelekat atau kain batik, lepas itu saya rotan.
Murid : Rotan di punggung ya, cikgu?
Aku : Punggung mana buat awak sakit? Saya rotan di depan.
Murid : Pergh! (muka ngeri)
Aku : Lepas kena rotan, awak kena menari zapin di tapak perhimpunan pula, boleh?
Murid : Tak nak cikgu! Sekarang juga saya buat!

Usai keluar dari kelas itu, aku ketawa sendirian. Rancangan jahat spontan yang entah macam mana boleh terkeluar dari mulut aku. Mungkin disebabkan pelajar lelaki itu agak becok mulutnya sehingga aku berikan nama gelaran lain untuk dia. Ketawa.

Entah, tunggu sahaja hari esok. Mahu lihat apa hasilnya pada dua puluh enam pelajar tersebut. Tidak semua bermasalah, hanay segelintir sahaja yang berkelakuan nakal demikian. Tapi, seperti mana aku ajar mereka tadi, jika seorang lupa bawa buku, satu kelas akan didenda, aku cuma dapat mengharap dan berdoa agar mereka semua akan menjadi seperti kelas aku di sekolah ganti sebelum ini. Lebih berdisiplin. Senyum.

Jujurnya, sekolah menengah antara zaman kegemilangan yang tiada galang gantinya. Pasti kalian juga punya kenangan menarik bukan? Ah, disebabkan tidak pernah dirotan oleh guru, aku berjanji dengan diri, jangan sampai aku tidak dapat mengawal emosi. Berkongsi sesuatu dengan pelajar hari ini dan bersyukur, mereka sudah mampu memahami apa yang aku cuba tekankan walaupun sebentar.

Pesanan Khas.
Buat seorang teman wanita yang menghubungi aku sebentar tadi, maaf aku tidak dapat berbicara lama. Ada sesuatu yang merengkuh jadual peribadi. Ini aku titipkan buat kamu untuk renungkan  wahai sahabat kerana aku tahu, kamu pasti akan membacanya wahai teman. Ada jawapan yang aku mahu kamu fikirkan.

"Jika manusia kehilangan sahabatnya, dia akan melihat sekitarnya dan akan melihat sahabat-sahabatnya datang dan menghiburnya. Akan tetapi, apabila hati manusia kehilangan kedamaiannya, dimanakah dia akan menemukannya? Bagaimanakah dia akan boleh memperolehinya kembali?" 
(Kahlil Gibran)

Nota Kaki :
1. Sedang menyelesaikan tugasan yang perlu.
2. Merindui seseorang sambil mendengarkan rakaman suara.
3. Usai meletakkan gambar kenangan sewaktu menjalani kursus di Mersing.

Zara : Menjalani kehidupan sekarang adalah sejuta kali lebih bermakna daripada masa lampau yang ditinggalkan. Jangan ditebak tentang kisah lampau kerana ianya hanya pedoman yang aku sudah tahu pengajarannya. Aku hidup untuk hari ini dan masa akan datang.

[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.  

10 comments:

mie said...

wah!!!
nak jadi anak murid boleh??
heheheee

naz said...

hahaha melampau. ini kes kemandulan yang kritikal

reen_sofee said...

hahahah
adoii
garang nye cikgu!
takut laa
lariiiii
muahahaha

noor afzan said...

ganas la cikgu..
rotan depan..
ngeri..

hahaha~

Hizami Rahim said...

rotan depan.
wow.
gaya baru.
anyway cik Zara memang pandai.
hehe.
nak kena tiru ni~

cHeRyNa PiReS said...

menari zapin? hmmm...patutlah diorg takut. cuba suruh shuffle...hehhee..

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.suke la be psal u dgn anak murid u
.huuuu rindunye nk jd cikgu! :(

TUKANG KATA said...

moga kamu jadi pendidik terbilang..

:)

Mohd Adziim said...

Suka benar kamu dengar Kahlil Gibran ya?

Agaknya kalau saya jadi murid anda, lepas itu saya gelak ketawa sebab cikgu kata nak rotan "depan".....agaknya cikgu marah tak?

Nurulhana Bunga Nordin said...

cikgu mcm hang la yg aku harap zaman aku sekolah dulu