Monday, May 10, 2010

Irama Permai Buat Nakama - Dari Negeri Bersejarah Ke Perkampungan Nelayan Timur Negeri


8 Mei 2010

20 : 22 - Ada program tak sekarang? Boleh keluar sekejap tak? Nak telefon. Ada hal nak cakap. Kalau tak boleh tak mengapa.

20 : 24 - Boleh tak?

**Kedua-dua dibaca pada jam 21 : 15. Menyedihkan sungguh.

*******

Irama Permai Buat Nakama.

Senyuman mesra penyeri wajah
Susuk tegap lagak perwira
Mimpi indah terbayang di minda
Saat istimewa bertemu nakama.

Ah, titisan jernih terhenti di tubir.
Gurauan nakal mencuit sanubari.
Akal menepis, bibir menguntum senyuman ceria.
Cairan adrenalin melonjak merah.
Bila tiba saat bertemu kamu nakama.

Saling menghulur salam.
Sapaan pertama sudah bisa mengalun bicara.
Bagai membesar bersama.
Ah, tiada erti mahu segan, malu segala.

Bayu pantai.
Lambaian pohon kelapa.
Nyaring siren kereta penyelamat milik rumah sakit.
Bicara dengan muka gembira.
Indah pertemuan pertama.

Kalam saling bertukar disulam gurau.
Tiada mutiara sebening kasih sayang.
Tiada embun sesuci ketulusan persahabatan.
Tiada karang seteguh ukhuwah.

Terima kasih Nakama.
Senyuman itu mencairkan hati yang mendongkol marah.
Ah, pertemuan pertama.

http://www.gossamerwingsdesigns.com/images/best-friends.jpg

Shafaza Zara Syed Yusof
Hotel Seri Malaysia Mersing
09. Mei. 2010

*******

Dari negeri bersejarah ke pekan kecil ke perkampungan nelayan timur negeri.
Terima kasih atas kehadiran kamu yang cukup bermakna.
Ah, tersentuh bila kamu mengatakan kasihan dengan aku yang kebosanan.
Sungguh memahami diri aku wahai teman.

Layangan kenangan beku masa tersimpan dalam si merah hitam.
Ah, kamu terpaksa menurut kata aku yang nakal ini.
Terima kasih kerana sudi mengabadikan kenangan berdua.
Tidak, gambar itu bukan untuk tatapan dunia.
Biar aku simpan buat memori kita.

Walaupun aku sungguh penat dengan kegiatan hujung minggu selepas bertugas, pesanan semangat yang kau titipkan buat aku teringat akan mengapa aku masih di sini.

"Senyum. Nanti akan naik semangat kamu. Mengajar kerana Allah kan? Jadi kena buat elok-elok"

Nota kaki :
1. Sedang menyiapkan Legasi Cinta Alisia Bab 19.
2. Hati mendendangkan lagu 'Why Did I Fall in Love With You' sambil tersenyum ceria.
3. Membaca karya seseorang dan mengagumi dia dalam diam. Ah, kalaulah kamu tahu betapa aku mendambakan karya kamu sentiasa.

Zara : Tersenyum sendirian bila masih ada orang panggil aku 'Sharifah'. Dah berzaman orang tak panggil guna nama pertama aku. Sekarang lebih selesa guna nama terakhir yang bermaksud 'Bunga'.

[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan. 

6 comments:

Ku Din said...

Wah wah wah... senyumnya sampai telinga... tau la... tentu bahagia.... hahahaha

Thanks sebab upload puisi... walaupun bukan untuk pa... hehehehehe

Mohd Adziim said...

Bila ada teman, rasa bosan akan hilang.

Wawan Saini said...

menarik..
nakama lambang satu hati..
:)

HEMY said...

aku nakama kau bukan??? watashi no umaiwa mamoru

atty's said...

puisi yang sungguh puitis dan amat bermakna..

MuNsYi SaMa said...

doushite kimi wo suki ni natte shimattan darou~

kimi no koto mamoritai desu kara. =)