Wednesday, May 05, 2010

"Jaga Diri Kamu Juga...Jika Ini Pesanan Terakhirku"


Salam.
Buat nakama.
Kamu tahu siapa kamu.

http://www.wwu.edu/vpsa/nakama/resources/NakamaMainLogo.jpg

Nakama [23 : 51] : Jaga diri. Ku pergi dulu.

Disebabkan kesibukkan dengan urusan duniawi hari ini, aku tidak menjalankan tanggungjawab seperti biasa. Maaf, bukan aku lupa pada janji aku sendiri, cuma keadaan amat tidak mengizinkan. Hati aku risau. Risau yang amat. Sorotan pesanan yang ditukar sebentar tadi.

Aku : Salam. Kamu pergi mana? 
Nakama : Masih di tempat kerja.
Aku : Kerja lebih masa lagi? Aduhai. Jam berapa balik?
Nakama : Ya, kerja lebih masa lagi. Baru nak solat dan balik.
Aku : Terkejut lihat pesanan kamu. Macam kamu mahu pergi mana sahaja. Jaga diri.
Nakama : Jaga diri kamu juga...andai ini pesanan terakhirku. =)
Aku : Jangan cakap begitu, Jaga diri kamu. Aku sentiasa doa yang baik-baik unuk kamu teman.

Kamu tahu siapa diri kamu.
Dan kamu perlu tahu yang aku benar-benar risau dengan pesanan kamu begitu.
Usai pulang, terus sahaja beritahu aku.
Aku sudah bertambah buntu.

Nota kaki :
1. Ada wajah kesayangan yang tidak muncul-muncul dari pagi tadi.
2. Nakama, aku hampir menitiskan air mata. Sila pulang dengan selamat.
3. Kegembiraan aku sudah sirna.
4. Hanya mampu berdoa.

Zara : Aku akan terus diam dan menunggu. 

7 comments:

cik EPAL said...

nakama tu bahasa apa?

MuNsYi SaMa said...

He's gonna be alright.Dont worry much =)

Daffodil D said...

insyaAllah nakama akan pulang dgn selamat. amin. :)

naz said...

apa sudah jadi zara.
takkan mahu terus kekal begini?
sekali sekala boleh lah. kalau dah setiap kali begini. kamu tidak perlu hari ini.

Adziim said...

Ini entri yang sukar difahami maklumlah saya tidak mengenali nakama(teman) kamu.

Nadia Dizarch said...

Terusik bila baca ayat "..jika ini pesanan terakhirku.."

S.C.H.A said...

alahai ..
tak suka jugak kalu dapat msg mcm tu
sebak ati jadinyer ...

so ..apa berita nakama??..