Sunday, May 16, 2010

Jangan Ambil Bidang Pendidikan. Membazir Usaha Awak Dapat Cemerlang SPM. Jangan Jadi Cikgu.


Teringat apa yang seorang kaunselor nyatakan pada aku usai mengambil keputusan SPM 2003.

"Awak jangan ambil pendidikan. Kerjaya tu tak sesuai untuk awak. Jangan bazirkan usaha awak selama ini dengan jadi guru. Ambil bidang lain. Buang masa kalau awak ambil pendidikan" 

Nah, selepas 6 tahun ayat itu bergema dalam kepala aku, aku hanya mahu dia tahu aku gembira tidak mendengar nasihat dia dahulu. Senyum. Setiap kali aku melalui sekolah lama dan terserempak dengan dia di mana-mana, aku hanya akan tersenyum dan dia tidak akan memandang muka aku lama-lama. Aku sendiri tertanya, adakah dia kesal dengan nasihat yang pernah dia berikan pada aku?



Terlampau banyak kenangan aku sewaktu menjadi seorang pelajar di sekolah suatu ketika dulu. Aku pasti kalian juga begitu kan?

Cinta.
Jujurnya, aku tidak pernah mengecapi keindahan ini sewaktu di zaman persekolahan. Mungkin juga kerana sehingga kini aku tidak dikurniakan dengan rupa paras igauan mana-mana jejaka, maka tiada sesiapa yang sudi menghulurkan salam cinta buat aku. Ketawa. Aku dulu manusia ganas yang dahagakan darah dan ilmu pengetahuan. Dihina akibat paras rupa tidak pernah buat aku runtuh, tapi bila isu pelajaran disentuh, pasti aku bangkit dan membunuh dengan tabah.

Oh, aku mungkin hanya menyukai seseorang dalam diam. Kegilaan yang aku salurkan dengan impian untuk mengalahkan dia dalam setiap aspek, dan aku berjaya hanya dua atau tiga kali. Aku menang dalam SPM, aku berjaya mendapat gelaran Tokoh Maulidur Rasul dan aku berjaya mengatasi dia dalam peperiksaan sekolah agama. Yang lain, aku kalah satu mata dibelakang. Sentiasa.

Coklat Dan Kek Bulan.
Ada seorang sahaja yang pernah dapat ini daripada aku. Kegilaan aku yang tidak tahu entah sebab apa.

Sejarah.
Ratu Sejarah dari Tingkatan Satu hingga Tiga tewas bila masuk ke menengah atas. Mungkin sebab aku hanya suka baca tanpa ada kebolehan mengolah di Kertas Dua pada mulanya. Kisah disebaliknya boleh dibaca di sini.

Guru : Bapa awak kan ajar Sejarah?
Aku : Ya cikgu.
Guru : Kenapa awak tak boleh buat juga?
Aku : Payah nak ingat cikgu.
Guru : Kenapa masa PMR boleh dapat A tapi sekarang asyik 7, 8 dan 9?
Aku : Entahlah cikgu.
Guru : Emak awak ajar Pendidikan Islam kan?
Aku : Ya cikgu.
Guru : Pendidikan Islam boleh dapat A, tapi mengapa sejarah tidak boleh? Apa nak jadi? Bapa ajar Sejarah, tapi anaknya lingkup sebegini.

Dan itu semua sudah berbalas dengan megah. Air mata yang tumpah di tubir mata guru itu tatkala mengambil keputusan peperiksaan aku sudah cukup membayar segala kesakitan aku mendengar ayat-ayat marah setiap kali dia nampak muka aku dan kertas Sejarah yang penuh dengan dakwat merah. Bila keputusan keluar, dia melangkah penuh payah dan wajah penuh gundah pada aku. Aku sudah kemam mulut, takut menghambur segala nista dari mulutnya.

Guru : Tahniah.
Aku : Ha?
Guru : Pelajar terbaik sekolah dan terima kasih kerana beri saya A1 untuk Sejarah.
Aku : Alhamdulillah.

Juraian air mata itu sudah cukup buat aku aku tidak mampu berkata apa-apa. Harga yang cukup mahal atas segala kata-kata yang pernah dia sindir aku selama setahun setengah. 

Sarung kaki bendera penjajah.
Pernah sehari suntuk dari pagi hingga pulang dari sekolah aku tidak memakai sarung kaki. Dirampas oleh cikgu disiplin akibat sarung kaki putih itu mempunyai bendera Amerika di atasnya. Mendongkol aku terpaksa memakai kasut tanpa sarung kaki. Balik rumah, rendam kaki dalam baldi dan gosok dengan berus lebih dari tiga kali. 

Beberapa bulan selepas itu, menemani kawan mencari barang di meja guru tersebut, aku nampak sarung kaki aku masih tergulung di dalam laci mili guru tersebut. Tiada nafsu mahu ambil semula. Ketawa sendirian disebabkan laci itu penuh dengan sarung kaki pelbagai warna, hanya aku sahaja yang berwarna putih, tapi ada logo bendera.

Apa pula antara kenangan yang kalian ingat?
Itu cuma sebahagian daripadanya.

Nota Kaki :
1. Aku memang menyukai persekitaran sekolah.
2. Hari ini Ahad, maka aku memang bercuti.
3. Menggarap soalan dan bukan novel atau cerpen. Aduhai Zara.

Zara : Sedang menghafal lagu dengan gigih untuk esok. Siapa yang suka dengan lagu di blog ini? Sila tekan 'LIKE' di bawah ini. Ketawa.

[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.  

21 comments:

Mohd Adziim said...

Kaunselor itu seolah-olah tidak bahagia dengan kerjayanya.
Sepatutnya berilah dorongan kepada pelajar.

Apa itu kek bulan? Yang seperti orang cina makan itu ke? Moon cake?

Aku skema di sekolah, belum pernah pakai stoking yang ada lambang dan pelbagai warna. Cuma putih.
:)

Hizami Rahim said...

ahha.
mungkin kaunselor itu cuba menggalakkan pelajar menggunakan ilmu untuk bidang yang lebih mencabar.
ahha.
eh eh tugas guru juga mencabar.
;)

azieazah said...

Bukan mudah untuk berjaya, tetapi semua itu bermula dengan didikan insan bergelar guru juga....

Selamat Hari Guru.

jfook said...

I still think teacher is a great career.

faye said...

banyak sebenarnya kalo nak kira kenangan kat sekolah guru2 yg disayangi ,,rakan2x,,,hmmm banyak pahit dan manis yang membuat kita ketawa endirian betul x...

Amir said...

tahniah atas kejayaan cikgu zara. mesti cikgu2 bangga. :D

hans said...

rezeki Allah dah tentukan Zara

kawie2020 said...

cikgu suka marah2 tapi marah2 cikgu untuk memberi tunjuk ajar dan sayang kepada anak didiknya....

selamat hari guru, cikgu zara...

Qaseh said...

kerjaya cikgu adalah kerja yg paling mulia.....teruskan usaha mendidik anak bangsa kita cikgu zara

mier@merr said...

selamat hari guru sayang!!

semoga terus tabah dalam bidang yang kita terjun ni...hehe

LaLaLovy said...

cikgu zara, cikgu sangat cantik dengan budi pekerti, dengan ilmu di dada. semoga cikgu terus maju.

cHeRyNa PiReS said...

masam tak kaki? sampai basuh tiga kali tuh, dik! aduiiyaii..jangan buat kat budak2 ye. nanti bau dtg sampai seremban pulak:P

naz said...

aduh zara cikgu sejarah saya pernah tidak merestui ilmu yang diaajar nya pada saya. lalu saya belajar sendirian tanpa mengharap kasihan dan dan dan A untuk sejarah saya :)

From The News said...

sensei! omedetou!!
selamat hari guru weh.

wah lagu top masa kini.
lagu hari chekgu tahun ni ek?

ashie023 said...

hepi teacher's day zara..
all the best...

et said...

keh3.semata2 sebab ade logo? huhu.bukan nampak pon.xpe la.memang tak boleh kot.huhu.

anith said...

aaaaaaaa egt kn dh tulis!!!
sumpah xtpo!!!!
sat noh, edit!

rhapsody LiN said...

happy teacher's day sis!!
:))

i.am.belle said...

Selamat Hari Guru Zara :]

Amanda Eltiqaz said...

Selamat Hari Guru, Zara~

Sy xbrapa suka cikgu sejarah sy ms form 3 sbb dia suka marah sy. Sbb xnk dia mrah lg..sy cuba jugak dpt kan A1 utk PMR.Fuuhh..seb bek dpt~ hihi. (sy tak minat sejarah..huhu)

p i j a h said...

melukiskan impian sendiri tanpa menghiraukan kata orang.. --> im so proud!.

seorang guru yg mengajar tanpa paksaan dan sentiasa menyayangi sekolah dan anakmuridnya adalah pendidik yg mulia. u're 1 of them.

terima kasih zara.. ;)

selamat hari guru walaupun lambat ekh.