Sunday, May 30, 2010

Jangan Membanding Beza Kekasih Baru Dan Lama Yang Kau Ada. Tidak Adil Dan Kau Akan Kecewa.


Salam hujung minggu semua.
Aku bertambah baik keadaan diri.
Terima kasih atas doa yang dititipkan.
Biasanya hari kedua aku sudah tidak perlukan bekalan dadah.
Biasanya begitu.
Diam.

Tarik nafas.
Lewat pagi tadi menerima panggilan dari seorang teman wanita yang juga penulis blog.
Alhamdulillah, tubuh aku sudah boleh bangun dan kepala sudah boleh menerima isyarat dengan baik semula.
Semalam terlampau teruk, untuk kali pertama tahun 2010.
Abaikan.

Dia : Awal bangun?
Aku : Dah terbiasa, kau pun bangun awal?
Dia : Aku tak tidur.
Aku : Eh, kenapa?
Dia : Risau kau sakit.
Aku : Eh, macam tu pula?
Dia : (ketawa) Kata sayang kawan?
Aku : Macam-macam kau. Jadi, romantiklah telefon aku pagi-pagi begini?
Dia : Aku dengar lagu di blog kau, sangat terasa dalam hati. Itu yang aku telefon.
Aku : Oh, mahu kongsi?
Dia : Sangat-sangat, aku perlukan nasihat. Mahu tulis di blog aku, nanti orang kutuk pula.
Aku : Tulis di blog aku?
Dia : Aku tak kisah.

http://www.cowshell.com/uploads/drawergeeks/harrypotter.jpg
Walaupun mungkin tiada kena mengena, aku suka gambar ini. [Penghargaan]

Bila sakit, kekasih lama beri perhatian tetapi kekasih baru langsung tidak ambil kisah.
Aku ketawa bila dia cakap tentang ini. Sudah aku mengingatkan, jangan pernah membandingkan mana-mana manusia yang wujud dalam hidup. Tidak akan sama walaupun hakikatnya mereka punya jantina yang sama. Sikap tentunya tidak akan bertindan antara satu sama lain.

Dia : Kalau kekasih lama aku, aku cakap aku sakit, dia terus suruh aku makan ubat, pergi klinik semua.
Aku : Yang baru?
Dia : Langsung tak tanya khabar aku. Aku sakit pun dia tak tahu agaknya.
Aku : Dia nak kau berdikari.
Dia : Ini caranya? Aku rasa diabaikan.
Aku : Itu mungkin cara dia, kau kena pastikan.
Dia : Geram aku.
Aku :  Tetapi masih bersama kan?
Dia : Ah, dia pelik.

Bila sedih, kekasih lama akan sentiasa pujuk tetapi kekasih baru akan buat tidak endah.
Bukankah dua manusia itu tidak akan sama?

Dia : Aku sedih.
Aku : Sedih kenapa?
Dia : Bila aku telefon dia tak jawab, aku hantar SMS dia tak balas.
Aku : Dia sibuk tu.
Dia : Kalau kekasih lama, bila hal camni jadi, dia akan terus hubungi aku semula.
Aku : Dah kata lain orang lain caranya.
Dia : Sayangnya yang baru ini, kalau hantar pesanan pagi, malam nanti baru balas. Kalau merajuk pun tak guna.
Aku : Kenapa?
Dia : Sebab aku kena pujuk diri sendiri.
Aku : (ketawa)

Kekasih lama itu kenangan silam, kekasih baru itu masa sekarang.
Sejauh mana kau mengenangkan kekasih lama, dia hanya bayangan silam. Kenangan boleh diigati tapi jangan sampai menyakiti atau membunuh perasaan yang tumbuh dalam diri. Betapa sakit memulakan kehidupan baru semula, itu yang perlu diingati, bukan semata-mata yang indah sahaja.

Teman, aku pernah lihat kau jatuh dan bangun semula.
Payah bukan?
Kau juga pernah lihat aku lalui itu semua.
Sakit bukan?
Maka, bercakap atau bertindak ikut pengalaman wahai teman.
Aku tidak mahu kau melukai dan menyakitkan hati sendiri dan manusia yang kini kau  bersama.
Jalan cerita telah kau pilih dan sila berada di dalamnya dengan tabah dan penuh ceria.

Jangan pernah membandingkankan yang lama atau baru. Tidak akan membawa kebaikan kalau terus begini. Aku tidak mahu lihat satu lagi siri penderitaan yang tidak bertepi. Jadilah manusia yang memahami, jika perlu. Jadilah manusia yang berfikiran terbuka, itu aku tahu kamu boleh.

Nota Kaki :
1. Kepala masih pening dan terasa mahu muntah.
2. Kecil hati dengan kawan lagi. Ah, abaikan sahaja, dia memang begitu. 
3. Tiada selera makan.
4. Pemikiran kosong.

Zara : Bila seorang teman lama muncul sebelum aku melelapkan mata malam tadi, aku tertawa seorang diri mengenangkan impian merantau bersama-sama belum terlaksana lagi. Dia menunggu aku menggalas beg dan ke tempatnya. Ah, tunggu ya? Aku terlepas peluang tempoh hari, dan aku akan cekalkan usaha.

[Pertandingan] Tarikh Tutup : 31 Mei
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24]

14 comments:

Boy said...

things happened.. tapi unfair lah kalau nak compare yg baru n lama ek.. sian yang baru hehe

et said...

manusia tu kan berbeza2.kena belajar menerima lah kan.tak gitu? ^^

En iLham said...

selalu akan jadi macam ni
bila sudah ada yg baru
kenangan yang lama akan dtg semula
seperti menggoda keputusan yang sudah dibuat
membawa sifat ragu2 pd yg baru
kekadang yang lama tiba-tiba berubah sikap apabila melihat diri sudah ada yang baru
hmmm
semua dugaan samada untuk menilai semula keputusan atau meneruskan kehidupan

Hizami Rahim said...

tu la.
lain orang lain ragam.
so kalau suka sangat nak banding2kan kenapa putus hubungan kan kan kan?
haish.
;)

kenwooi said...

yeala.. cannot compare la.. very sad for the receiving end wan.. =/

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

kenangan itu dibiarkan jadik kenangan.. kekadang kenangan itu perlu untuk menempuh alam yang baru.. biarkan kenangan itu kekal sebagai kenangan...

bina memori baru yang indah ....

kekadang bila terlampau fikir yang lama.... akan menyusahkan hidup kiter semula..

ingat... jodoh semua org sudah ditentukan oleh Allah swt.... walau sepayah mana kiter berusaha.. kalau sudah tiada jodoh.. maka tiada lah jodoh..

kalau jodoh itu memang kita punya.. wlau lari ke pelusuk dunya mana.. pasti akan ketemu

apa pun banyakkan istiqfar dan senyum selalu...:D

kirim salam pada teman....

meiceya myh said...

slm zara...

hurm...ternyata post kali nie ada serba sedikit yang sama dgn keadaan ak skarang...lega sedikit hati selepas baca post ko..
terima kasih...=)


*muka ko cam sgt familiar...maybe kiterr penah berselisihan di mana-mana...

rhapsody LiN said...

ahh... kalau lah si dia boleh baca ni.

memang kekasih lama yang terbaik. tapi kenapa masih berpisah?
mungkin jodoh tak mengizinkan..


better ku single macam ini
:)

rossoneri said...

ala kekasih lama tu sebab dah xdapat tu yang beriya2(hoho jahat pemikiran ini)...

naz said...

tapi mmg ada perbezaan haha logik

one_are said...

kesian si Dia tu kerana kekasih nya tak memperdulikannya, daripada sakit hati dan terasa hati seperti itu setiap masa lebih baik berpisah atau cari baru. mana tahu yang baru lebih baik dan akan meggembirakannya. and its better not to dwell on the past. life must go on. i know sometimes kita akan teringat masa lalu tapi jangan la berpaut pada kenangan lalu. rugi kerana ia tidak akan berulang semula.

ok first time komen blog zara terus panjang macam ni.

mendatak hijau said...

yg lama masih mencari AKU,sedangkan yg baru masih tertunggu2 AKU...erkkk...yg lain???ooohhh tidakkkk

Mohd Adziim said...

Tak tahu cerita sebenar secara sepenuhnya maka tak dapat nak hurai penyelesaian.

Tapi mahu juga berkata. Kenapa nak dibandingkan? Andai masih diingat kekasih lama bagaimana mahu suaikan diri dengan kekasih baru? Jangan hidup dalam kenangan lama.

iedasa said...

terima seadanya..
lain orang lain caranya..
fokus kelebihannya..
selagi dapat terima kelebihan dan kelemahan masing-masing, hubungan akan terus berlangsung..
tanya diri apa yang dimahu dalam perhubungan. fokus pada keutamaan. demikian kekurangan yang lain akan jadi perkara remeh..

sayang kamu zara..