Thursday, May 27, 2010

Kahwin Dalam Usia Muda, Tiada Salahnya. Oh, Beza Empat Tahun Itu Perkara Biasa. Pendapat Kamu?


Salam pagi semua.
Menulis setelah tiada nafsu menyambung garapan novel.
Mungkin bakal diselesaikan nanti.

Alhamdulillah, bila ada orang yang sudi menjadikan kita sebagai tempat bertanyakan soalan yang baik-baik. Kalau keliru, terus tanya pada tuan empunya badan, bukankah lebih jelas nanti bukan? Terima kasih. Nampaknya, tidak sia-sia aku berikan kelonggaran semula. 

Pagi ini, aku bangun dan menjawab soalan yang dikemukakan lagi. Ah, membantu aku dalam menulis juga sebenarnya bila berkongsi persoalan hidup dengan insan lain.


Borang Spring

Itu aku dapat dari sana dan itu jawapan ringkas aku. 

Usia hanya angka.
Usia hanya satu tingkatan umur untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta. Maka, kalau hubungan itu berlandaskan kasih sayang dan cinta kepada Allah, mengapa perlu menghiraukan jarak usia? Lebih-lebih lagi kalau bukan di alam persekolahan lagi. Oh, maaf, aku bukan menentang percintaan budak sekolah, cuma, sila habiskan sekolah dulu baru fikir mahu kahwin dan sebagainya.

Paling kurang, habiskan SPM dengan jayanya.

Kahwin muda.
Itu sudah menjadi ikutan zaman sekarang. Lebih baik rasanya kalau mereka berkemampuan. Aku punya kawan yang berkahwin awal dan tidak semuanya wanita. Ada seorang rakan aku (lelaki) sekarang berusia 24 tahun dan sudah punya anak tiga orang. Eh, menarik bukan? Khabarnya sedang berusaha untuk mendapatkan anak keempat kerana impian dia dan isteri adalah masuk ke dewan bersalin sebanyak tiga kali.

Oh ya, anak pertama mereka adalah kembar sebenarnya. Sepasang. Lelaki dan perempuan.

Pendapat kalian pula bagaimana?

Nota Kaki :
1. Sudah memujuk hati berkenaan malam tadi. Itu perkara kecil teman, aku tidak mampu buat apa-apa.
2. Matahari aku belum bangun lagi ke?
3. Senyum bila teringatkan puisi gila dalam buku biru yang belum ditulis semula di sini.

Zara : Rindukan sekolah.

10 comments:

hellioz said...

yerp...
its a choice,
that u need to choose...
as long as it didn't trouble thyself....

gyahahahahah~

~z13L@D@L@Dy~ said...

ingin sekali berkahwin muda..tp perlukan kestabilan dahulu..huhu

[z@ck] said...

ko plak bila zara?

MOKCIK AZWA said...

Zara...ada kawan mokcik beza umurnya 10 tahun..hubby younger than her, younger than me even hehehe..

however, my personal opinion...biarla hubby older than wifey a few years coz ladies aged faster than men

naz said...

waohh i tak kisah umur :)

atty's said...

kty kawin muda..part palin besh..bila anak dan mak .sama besar.leh jadik kawan soping dan tukar pendpt..

Anez said...

beza umur 4 thn? tidak jadi masalah... bila sudah sayang dan mampu, apa salahnya. tapi kalau beza 10 tahun macam mana ya?

makdara terdiva said...

hakak pon kawin muda..

dulu rase susah sgt sbb anak2 kecik lagi..

now..masing2 dah mula membesar..bole enjoy same2 dgn anak..ho yeah!!!

umur sekadar angka..
sidia pun muda 3 thn dari hakak..
yg pnting saling syg-menyayangi.

cHeRyNa PiReS said...

nak memilih? hmmm...kadang2 cinta dan jodoh terlalu unik. macam bas yang dah terlepas....kadang2 takkan dtg balik bila dah sampai ke destinasinya.

bas lama dan baru tak jadi masalah...
yang penting naik bas yang betul!:P

Othman Juliana said...

**oh, aku terus teringat bas Tong Foong Sha~ klu kat UUM dulu, bas HBR (hari2 bas rosak). semput memanjang. haha.

Jodoh ni rahsia Tuhan. Bila dah bertemu 'rahsia' itu~ why not, teruskan aje!