Thursday, May 13, 2010

Keluarkan Baju Dari Seluar, Punjut Ke Sebelah Kanan, Mulakan Tarian Zapin Di Taman Pertanian.


Salam semua.
Tadi berjaya melaksanakan hukuman sadis buat kali pertama.
Ya, empat mangsa pertama adalah pelajar lelaki Tingkatan Satu.
Sebelum kita meneruskan laporan, mari saksikan muka guru ganas hari ini.
Ketawa kejam.


Tarik muka serius walaupun bulu mata melentik.
Terima kasih MAC. *Iklan percuma. Gila Zara*

Setelah dua minggu tugasan aku berikan, hari ini sepatutnya menuai hasil kerja yang aku mahukan. Setelah mukadimah penuh tawa dan doa iringan, kening diangkat dan soalan mula ditanya.

Aku : Mana tugasan yang saya beri?
Murid : Ada!
Aku : Siapa yang tak siap sila ke hadapan sini.

Ada 2 orang yang bangun. Aku memeriksa dari meja ke meja untuk mengelakkan berlakunya penipuan atau apa sahaja yang mencurigakan. Setelah berjalan dari satu meja ke satu meja, terjumpa seorang lagi yang lupa untuk membawa tugasan yang dibawa. Dia dengan rela hati bangun ke hadapan.

Aku : Yang bertiga ini sila ikut saya. Yang lain, sila teruskan kerja yang saya beri.

Disebabkan kelas ini menghadap ke taman pertanian sekolah, dan ada bulatan seperti di jalan-jalan persekutuan, aku dengan tersengih menghadap mereka. Eh, tiba-tiba ada muncul seorang lagi dari tingkat atas menuju ke arah kami.

Aku : Kenapa dengan awak?
F : Lupa bawa buku juga cikgu.
Aku : Tadi kata ada?
F : Saya tengok dalam kelas, salah bawa buku rupanya.
Aku : Baiklah, semua dah ada kan? Sila keluarkan baju masing-masing dari seluar.
Murid : Kenapa cikgu?
Aku : Keluarkan sahaja.
Murid : (keluarkan baju dari seluar dengan muka bingung)
Aku : Pegang baju tu ke kanan, ya, punjut ke tepi dan sila berzapin di sini.
Murid : Zapin? Tak tahu cikgu.
Aku : Ada saya kisah? (sambil buat demo)
Murid : Eh, depan taman ni ke cikgu?
Aku : Ya, dari hujung sana, belok di bulatan dan kembali ke sini. Boleh?
H : Kalau separuh sahaja boleh cikgu? (muka sudah merah)
Aku : Awak kena pusing 3 kali kalau buat begitu. Nak?
H : Tak nak.
Aku : Jadi, ada sesiapa bantah?
Murid : Tak!
Aku : Rela kena rotan ke menari?
Murid : Menari!
Aku : Mulakan sekarang.

Empat orang itu memulakan tarian di taman pertanian sambil tunduk dan tersengih segan bila ada mata yang memerhatikan dari makmal berdekatan. Sudah cukup pusingan, mereka kembali ke arah aku. Sudah berpeluh dengan matahari jam 10.45 pagi.

Aku : Dah cukup?
Murid : Dah cikgu.
Aku : jadi, bila saya boleh dapat kertas tu semua?
Murid : Esok cikgu. Mesti ada punya.
Aku : Jom balik kelas. Masukkan semula baju dalam seluar. Esok kalau lupa lagi, saya bawakan muzik, biar semua orang tengok awak berzapin di taman.
Murid : Tak nak kena lagi cikgu.

Kali pertama berbuat demikian. Nah, selama ini mungkin mereka menyangka, di sebalik wajah ganas ini hanya ada hati dalama taman dan sebagainya, terbukti, keganasan sudah mula menyelongkar setiap saat yang terbuka. Ketawa.

Nota Kaki :
1. Mengajar kelas tambahan sejarah dari jam 2.45 petang hingga 5.00 petang hari ini.
2. Kertas soalan sudah hampir siap. 
3. Dapat bercakap sebentar dengan Empunya Marga tadi. Gembiranya hati!

Zara : "Kelmarin aku sendirian di dunia ini, kekasih. Kesendirianku sebengis kematian. Kelmarin diriku adalah sepatah kata yang tidak bersuara, di dalam fikiran malam. Hari ini aku menjelma menjadi sebuah nyanyian menyenangkan di atas lidah hari. Dan ini berlangsung dalam seminit dari sang waktu yang melahirkan sekilasan pandang, sepatah kata, sebuah desakan dan sekucup ciuman." (Kahlil Gibran)

[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.  

18 comments:

:: Feez_Mior :: said...

wow, tips denda yg bgs.. boleh diguna pakai lepas ni. :D

Hizami Rahim said...

ahha.
aiyoh.
tepukan gemuruh buat cik zara!
;)

HEMY said...

saya nak menari cikgu..tp bawa buku

Azrul Hisham said...

haha...tak boleh bayangkan kalau ada muzik skali tadi...

atty's said...

leh ar bentuk kumpulan zapin lepas nie ..ekekekekee..padan muka murid tu

kasih said...

sy tak ingast dah komen belum entry ni. tapi memang kelakar kak.
kaedah ni boleh dipraktikkan oleh cikgu2..kena bagitau sepupu sy ni. kalau student dia buat hal ,suruh buat tarian makyong pula. barulah marah berhemah.

Nadia said...

Oh saya suka la blog ni Cikgu! Training menjadi ibu pun begini. Kreatif selalu. Tinggal buku selalu, boleh la wakil sekolah dalam pertandingan zapin peringkat daerah terus...

Hazzy Ishak said...

dah bertukar jadi cikgu tarian pulak ye

et said...

ehehehe.chumel la denda mcm tu.mesti jadik buah mulut sumer budak2.hohoho.

Mohd Adziim said...

Wah! Muka sangat kejam di situ tapi dalam hati berbunga-bunga manis kan?
:)

naz said...

tu dia. jika polis semakin berani menembak pesalah kenapa tidak guru :)

kembatolo™ said...

alamak..!budak tu pilih menari?kalo saya, rela dihinggap rotan kat anggota tubuh badan..
makk!!tak sanggup..!!~hahahaa

Oh Malaysia said...

garangnya cikgu zara... takut.. >_<

Lyn Yusoff said...

alamak..
muka serious tul lah dear..
tapi bulu mata n eyeliner MAC tetap cantik.. heheheh

Ku Din said...

wah udah dapat ngomong dengan empunya marga ya neng.... aduh bagussss sekali kok.

MuNsYi SaMa said...

ketawa.boleh bayangkn kalau ada cikgu sperti zara.

tOm said...

hehehe.. garangnye cikgu =P

hafizah said...

garangnye cikgu zara..
hehehe..