Wednesday, May 26, 2010

Kenapa Lord Zara, Bukan Lady Zara? Kamu Gay Ke? - Aku Tukar Jantina? - Human Papilloma Virus.


Salam semua.
Aku fikirkan bangun awal pagi ini mahu menulis sesuatu yang serius.
Tetapi membaca soalan di Borang Spring buat aku ketawa sendirian.
Oh, ada yang terpaksa aku buang sahaja kerana tidak mematuhi etika.
Senyum.


Ini gambar tahun lepas. Ada beberapa yang sudah boleh ditendang keluar dari gambar kerana sudah habis. Sekarang ini punya malas mahu diambil gambar pagi-pagi ini.

Kenapa Lord Zara?
Aku membina identiti di dunia maya, khasnya di dunia penulisan blog dengan mengambil kira nama yang jarang dipakai orang. Setakat ini belum dijumpai orang yang mempunyai nama gelaran yang aku gunakan. Jadi, rasa lebih suka begitu. Membina kelompok sendiri dan gaya sendiri adalah impian setiap orang. Nah, kalau tidak punya kelompok sendiri sekalipun, identiti tersendiri itu sudah cukup. Dan ya, aku mungkin menggemari watak ini hingga aku menggunakan awalan Lord di hadapan.

http://img516.imageshack.us/img516/4340/php5tbg0.jpg
[Penghargaan gambar]
Aku lebih suka Harry Potter sebenarnya, tetapi tidak mengapa.
"Takut menyebut namanya, hanya akan membuatkan kita berasa tidak selamat dan hidup dalam ketakutan. Sebutlah nama dia. Dia itu tidak ada apa-apa yang perlu ditakutkan."

Kenapa bukan Lady Zara?
Ramai orang guna nama Lady. Dan Lady itu kurang menggambarkan aku. Aku mungkin tidak terlalu feminin, maka tidak sesuai mahu menggunakannya. Itu pendapat aku sahaja kerana ia merujuk diri sendiri. Nah, aku lebih kenal diri sendiri bukan? Tetapi itu bukan bermakna aku langsung tiada sifat kewanitaan. Tidak baik menuduh begitu. Dosa. 


Oh, rindu amat dengan suasana ini. Bila lagi agaknya dapat bersua dengan teman wanita aku ini.

Kamu Gay Ke?
Eh, gay bukan untuk lelaki ke?
Sejak bila aku jadi lelaki ni?
Ketawa.

Sijil kelahiran, kad pengenalan serta semua ciri fizikal mengesahkan aku adalah perempuan.
Tulen ya?
Senyum mesra.

Nota Kaki 
1. Perlu ke Batu Pahat pagi ini untuk taklimat pelaksanaan program pelalian Human Papilloma Virus (HPV).
2. Bakal meninggalkan Internet untuk satu jangka masa yang panjang.
3. Rindukan seseorang (lagi, siapa menyampah boleh muntah)
4. Belajar untuk sentiasa ketawa.

Zara : Malam gelap, udara membahang, hangat, melengas. Renung keluar, nampak 3 bintang. Ambil satu untuk kau, simpan satu untuk aku, satu lagi untuk kita guna bersama. Senyuman terukir di wajah tatkala khabar kau sudah pulang menjengah. Rindu kau Empunya Marga.

15 comments:

Helmi Razali said...

oh patutlah tanya pasal HPV. itu virus yang menyebabkan genital warts, dan boleh menyebabkan genital cancer. Especially cervical cancer.

Early vaccination penting, supaya boleh mengelakkan cancer yang unnecessary dan menyelamatkan nyawa.

Bukan setiap orang yang dapat HPV akan dapat cancer, tapi most cervical cancer bermula dari HPV infection.

~NURUL~ said...

Haissshh ingtkan sy pengkomen terawal! ada y dulu rupenye :P

tegas tak bererti lembut, lembut tak bereti lembik.. ;)

CIKGU PILIH BULU

En iLham said...

haha..lawak sungguh soalan2 tu..tapi berjaya di jawab lord zara dengan baik dan bijak.hehe.pencinta Harry Potter juge??samelah kita...

naz said...

sila sertakan gmbr sbg bukti ahaha

Kazaztan Team said...

baca entry nie spt mmbaca novel...keep it up...

Atiqah Adnan said...

kamu tetap gadis comel dihatiku yayang.. no worries ya!!

wah hebatnye barangan atas meja tu..
terpegun..

yangbaik said...

ada cerita tentang HPV juga?....
aku makin keliru...
biar apa pun gelaran itu milik peribadi kan?... biarkan aje mereka yang suka mereka-reka.... hahahaha... belajar berbahasa juga...

Hazzy Ishak said...

betul ke perempuan ni?
ahakss

Hizami Rahim said...

ahha.
hebat hebat.
;)
suka harry potter jugak!
;)

HEMY said...

skang lesbo pn org kata gay...tapi takpe..ok je lord zara tu..hehehe

nur hidayah isa said...

tu gmbar kt tanjung kn kak..hehhe

en_me said...

hi zara.. kiter kawann kanns..

NISA KHAIRI said...

lord zara adlh lebih sesuai...feminin xperlu nmpk dluar.ttp dr dlm..n hanya org yg mngenali kita saja tahu

Eazy Izzuddin said...

aish...
kamo lelaki?
hehe
xD

uits penuh tol brg2 di atas 2..
xD

[z@ck] said...

aku ingt aku sorang ja yg ada masalah konflik identiti ni..hahaha