Thursday, May 13, 2010

Leraian Mawar Merah Berdarah - Hukuman Kejam Menanti Jika Tidak Menyiapkan Tugasan Yang Diberi.

Salam semua.
Aku kepeningan membuat soalan dan Legasi Cinta Alisia masih belum bergerak.
Cuma bila memikirkan mengenai plot antara Alisia Rayyan dan Brian Zaff Chia Hau yang bergolak, ini yang terhasil semalam. Ah, ada juga saduran kenangan silam digabung dengan sedikit imaginasi.
Sila nikmati dan ya, mari berkongsi.



Leraian Mawar Merah Berdarah
(...sedikit sedutan dari Bab 20 Legasi Cinta Alisia)

Kamu pernah datang.
Kamu pernah pergi.
Kamu pernah membajai hati.
Tanah yang gersang dan terbiar pernah kamu terokai.

Kamu pernah membawa sinar harapan.
Kamu pernah menyajikan kasih yang tidak mungkin sirna.
Kamu hamparkan segunung impian, menyiram sejuta mimpi indah berseri cita.
Walaupun hakikatnya kamu membunuh dengan lebih kejam seperti sebelumnya.

Kini kamu datang lagi.
Pintu yang tertutup cuba kamu buka semula.
Kata kunci, kata laluan utama menjadi taruhan kamu kembali ke kamar indah.
Kamu menjerit mahu membaca semula.
Kamu melaung mahu menulis semula.
Kamu meminta untuk memadam semua cela.

Kamu buat aku ketawa tatkala kamu muncul lagi.
Pasangan berlainan jantina masih mengerumuni.
Kamu dambakan sebutir kemaafan dan bertanya adakah layar mampu dinaikkan kembali.
Mungkinkah bahtera gagah mengharungi lautan yang tidak bertepi.
Itu mimpi.
Mimpi yang kamu sangkakan satu realiti.

Itu ilusi.
Ilusi yang kamu letakkan di mata kamu yang tidak mahu berubah.
Itu tetap kamu.
Walau masa berlari pantas.
Walau takwim bertukar ganti sambil tangan pantas merenggut helaian, kamu tetap begitu.
Kata-kata yang terhambur hanya uji kaji.
Hanya racun yang sembunyi di sebalik manisan asli.

Jangan pernah datang kembali.
Tempoh masa untuk menuai hasil sudah berhenti.
Masa membeku.
Hati tertutup.
Mata padam.
Kamu mati.
Pasti.

Jangan datang kalau kamu tidak pasti dengan hati sendiri.
Jangan kembali kalau ada lain masih bergalang merantai setiap langkah yang kamu aturkan dalam hidup di dunia ini.
Kamu hanya bakal rosakkan apa yang dibina saban hari.
Pergi!
Jangan kembali.
Minggir dari sini.

Satu kelopak demi satu kelopak gugur ke Bumi.
Kaup dengan tangan kiri.
Tumpahkan ke dalam tong sampah di tepi.
Biarkan diri diulit sepi.
Kerana kau manusia yang paling tidak diingini.
Kini.

Shafaza Zara Syed Yusof
Ranjang merah Teratak Keluarga
12 Mei 2010

*******

Melalui hari yang mencabar setiap hari membuatkan aku lebih tegar untuk berdepan apa jua dugaan yang melanda. Seseorang menitipkan semangat yang lebih utuh dari karang buat aku. Aku tahu, ke mana sahaja pun dia pergi, apa yang kami janjikan tetap mengikat di dalam sanubari. 

Zettai kareshi.
Rakaman suara, kenangan beku masa dan coretan indah. Itu sahaja kekuatan aku menghadapi hari demi hari. Air mata membasahi bantal dan ranjang, esakan memenuhi kamar setiap kali kau pergi hanya dengan satu pesanan - sila jaga diri. Zettai kareshi aku adalah si kuat Empunya Marga yang tidak pernah akan membiarkan aku tenggelam dengan nafsu dunia. Empunya Marga, kehadiran kamu sentiasa di dalam hati dan menyulam rasa di dalam jiwa. Sayangnya aku pada kau.

Cik HJ.
Oh, perkataan zettai kareshi itu digunapakai oleh seseorang yang menjadi antara contoh terbaik aku dalam menjalani kehidupan sebagai seorang guru. Pensyarah yang membuka mata aku tentang nikmatnya berbakti dalam bidang ini dengan gaya baru tanpa mengenepikan nilai-nilai lama. 

Terima kasih Cik HJ di Durham. Sila pulang ke Malaysia dengan kadar segera dengan harapan, saya boleh kembali menjadi pelajar bimbingan kamu Cik. Dan ya, tulisan Cik memang menjadikan saya bersemangat membaca walaupun sepotong ayat.

Hukuman.
Mahu lihat adakah sesiapa berani bermain dengan api hari ini di dalam kelas aku.
Adakah hukuman yang akan aku rancangkan akan berlaku?
Senyum kejam.

Murid : Esok kalau lupa bawa lagi kena apa pula cikgu?
Aku : Esok kalau lupa, saya takkan bagi kerja sekolah lagi.
Murid : Habis tu?
Aku : Saya beri awak pakai kain pelekat atau kain batik, lepas itu saya rotan.
Murid : Rotan di punggung ya, cikgu?
Aku : Punggung mana buat awak sakit? Saya rotan di depan.
Murid : Pergh! (muka ngeri)
Aku : Lepas kena rotan, awak kena menari zapin di tapak perhimpunan pula, boleh?
Murid : Tak nak cikgu! Sekarang juga saya buat!
(sedikit petikan dari penulisan di bawah ini)

Nota kaki :
1. Perjalanan semakin jauh.
2. Jiwa semakin kental.
3. Luapan rasa semakin bermakna.

Zara : Menunggu dia pulang sambil mendendangkan lagu yang hanya kami berdua mengetahuinya. Setia menanti dengan senyuman dengan menitipkan sedikit ciuman dan pelukan. Senyum.

[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.  

6 Ulasan:

  1. disebalik kelopak kelopak yang berbeza
    dan banyak itu
    ada sudut ada ruang rahsia
    yang darinya datang kewangian
    kemanisan sebuah rasa

    seperti kuntum mawar itu
    begitu jugalah kau dan aku
    insan yang terkadang
    disalah fahamkan
    yang tersalah hitungkan
    yang tersalah mengertikan
    bagaikan mawar

    kecantikana bunga
    bukanlah sekadar pada kelopaknya
    kebaikan manusia pun
    tiadalah pada rupa parasnya

    selamaaaat pagi cikguuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  2. uuiihh,,,,,,

    hak rotan di depan tu,,,bahaye betol,,,hahahaha

    ReplyDelete
  3. i hope i can be as focused as u are, sis...

    ReplyDelete
  4. Pergh~
    menari zapin tak tahan tu.
    Kalau budak tak pandai macam mana nak bua?
    Siap ada musik iringan ke?

    ReplyDelete
  5. Jangan pernah datang kembali.
    Tempoh masa untuk menuai hasil sudah berhenti.
    Masa membeku.
    Hati tertutup.
    Mata padam.
    Kamu mati.
    Pasti.




    ermmm....

    ReplyDelete
  6. kejiwangan sungguh diri anda..haha..
    like3!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)

 
.Dunia Sebelah Zara. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template