Sunday, May 23, 2010

Lima Tahun Yang Lepas, Siapa Yang Berguling Bila Disuruh Jadi Guru? - Ayat Abah Makan Dalam


Salam.
Hari Guru sudah hampir seminggu disambut.
Tetapi aku tetap mahu menulis mengenai itu.
Ketawa.

Pulang dari sekolah tempoh hari, Abah sudah tiba di rumah. Oh, sekolah Abah memang pulang awal disebabkan dua sesi, manakala sekolah aku dan Mak punya satu sesi sahaja. Abah ketawa geli hati tengok aku keluar masuk mengambil hadiah yang aku dapat dari dalam kereta.


Sebahagian daripada apa yang aku terima.

Abah : Apa cerita kat sekolah tadi?
Aku : Macam-macam. Ada anugerah, ada sukan, ada jamuan.
Abah : Banyak dapat hadiah?
Aku : Adalah juga.
Abah : Suka?
Aku : Sukalah juga.
Abah : Lima tahun lepas suruh ambil pendidikan, berguling tak nak. Bila dapat sambut hari guru, suka dapat hadiah.
Aku : Eh, itu cerita dulu.
Abah : Dulu nak sangat jadi jurutera.
Aku : Eh, kalau jadi jurutera pun ada hari yang sambut.
Abah : Hari apa?
Aku : Hari pekerja.
Abah : Tu cikgu pun sambut.
Aku : Abah cemburu dapat hadiah sikit kan?
Abah : Dah tua, hadiah pun sikit. Tapi yang mahal-mahal punya.
Aku : Tapi Abah tak dapat macam ni kan?
Abah : Yang mana?
Aku : Ni.


Hadiah paling besar dan menarik aku dapat.

Abah : Eleh, kalau guna pun, Along kena guna kat rumah kan?
Aku : Ceh!

Ceh!
Abah sindir aku dengan tajam. Ketawa.
Memang lima tahun yang lepas aku berguling tatkala Emak mahu aku memilih bidang perguruan dari satu hingga lapan. Sudahlah matrikulasi dipilih oleh Emak, aku mahu buat pilihan sendiri untuk ke universiti. Sejak di Tingkatan Lima, aku sudah memasang impian mahu ke UTM. Tak mahu yang lain, aku tetap mahukan UTM. Jadi, pemilihan ke universiti selepas matrikulasi memang UTM sahaja terbayang di kepala aku.

Mak : Ambil pendidikan.
Aku : Eh, kenapa? Along budak Fizikal, nak ambil kejuruteraan.
Mak : Ambil pendidikan.
Aku : Along nak masuk UTM. Nak ambil pendidikan.
Mak : UTM ada pendidikan tak?
Aku : Itu kan universiti yang penuh dengan kursus kejuruteraan
Mak : Cuba tengok dulu.
Aku : Alamak, ada!
Mak : Baguslah. Pilih UTM, Pendidikan yang pertama. Bahagian apa yang Along mahu, pilih. Nak Kimia sangat, ambil Kimia. 
Aku : Baik.

Dan, setelah lima tahun, aku sudah menjadi seorang guru. Minat yang aku pupuk sendirian sejak di Tahun Satu disebabkan aku dibenarkan memilih kimia sebagai teras pembelajaran aku. Gembira yang amat sebab aku mendengar kata mereka suatu ketika dulu. 

Eh, kalau mereka tiba-tiba mereka menyediakan bakal suami buat aku bagaimana pula? Oh tidak! Mereka dahulu pun bukan diaturkan oleh keluarga, maka aku pasti mereka tidak akan buat begitu pada aku (moga-moga). Ketawa.

Nota Kaki :
1. Sampai ke hari Khamis, masih ada pelajar yang letak hadiah buat aku di atas meja atau berikan terus di dalam kelas. Tersipu-sipu menerima pemberian mereka.
2. Walaupun sejuk melanda hingga ke tulang hitam, hati bercahaya atas suntikan semangat Empunya Marga. Sayang, aku rindu kamu!
3. Belum memulakan menulis Legasi Cinta Alisia. Alahai.

Zara : Memasuki dunia tanpa musim tempat kau dapat tertawa, tapi tak seluruh gelak tawamu, dan menangis, tapi tak sehabis semua air matamu.(Kahlil Gibran)

[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.(Tarikh Tutup : 31 Mei)

15 comments:

joegrimjow said...

org kata
org tua kita ni boleh nampak masa depan

erk?
;)

xoxo said...

Parents Zara Guru jugak kah?
Tak tau.. Huhu..

Selamat Hari Guru buat Zara. :D

-Saffa-

cik paro said...

best dapat hadiah bnyk2..
selamt hari guru buat cikgu zara ye!!

SyaNa_SaN said...

Hye Zara,

Tahniah kerana menurut kata ibu bapa kamu suatu ketika dulu. Ternyata keputusan itu telah menggembirakan kamu kini. =)

Sir Marcello said...

memang best kalo dapat hadiah..walaupun ramai yang nakal...budak2 sekarang masih lagi hormat cikgu depa..

Mohd Adziim said...

Terbaik dari dua ibu bapa yang masing-masing adalah guru.

Nota Kaki :
Dah pandai.."Sayang aku rindu kamu!"
haha~

Miss ... said...

tahniah dpt byk hadiah hehehe :)~jeles2~

Cik Yang said...

Salam!!! Baguslah ikut cakap keluarga sebab dah dulu makan garam. Saya dari U lagi dah angan2 nak jadi guru!! hingga 31 tahun mengajar dan sekarang dah pencen ..anak murid begitu banyak sekali.. sampai ke London pun terjumpa dengan anak murid, dalam kapal terbang pun jumpa anak murid....Bestkan gitu!!!

PenuliS said...

pasti mereka bangga dgn cikgu zara skrg~=)

zino said...

selamat hari guru..

naz said...

hahahha zara ayokkkk pengetua sekolah mana yang sebaya dengan kamu?

budak hitam said...

klu sy jd kak zara, mst bhgia sgt.. hope lps abes blaja nnt sy akn rs bhgia mcm tu

Hizami Rahim said...

hehe.
ibu dan ayah tahu apa yang terbaik untuk kita.
;)
zami suka gila gambar header tu!
gila cun!
;)

HEMY said...

yang aku tau..aku tak betah..dengan kerenah budak yg makin biadab lagi..huuuu..

Aku Beskot™ said...

hehe..
mesti tgk nye..
walopon team sendri x dpt msk final..
hoho..
glory²..
mn pegi kotak chat??