Tuesday, May 11, 2010

Luaran Yuna - Jiwa Faizal Tahir : Cikgu, Sila Payung Satu Dua Lagu Sempena Hari Guru, Boleh?


Salam semua!
Apa khabar kalian yang dikasihi?
Senyum.

http://img443.imageshack.us/img443/1574/245n97l.jpg
Tadi tengah hari makan aiskrim sambil membayangkan wajah Empunya Marga.
Bunyi seperti aku gila tapi itu adalah hakikatnya. Doa senyap-senyap moga dia tahu.

"Aku ingin mencintai mu dengan sederhana, seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu. Aku ingin mencintai mu dengan sederhana, seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada..." 
(Kahlil Gibran)

Kerjaya.
Dan ya, sekarang ini aku sedang sibuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Bukan untuk aku tetapi anak-anak murid yang dikasihi. Menyediakan set soalan Sains Tingkatan Empat, Kemahiran Hidup (Perdagangan dan Keusahawanan) Tingkatan Satu dan Dua, ya, aku memang tidak menang tangan.

Khabar duka keluarga.
Ada berita yang buat aku kurang gembira dan bermuram durja. Syukur, sudah mendapat nasihat daripada seorang sepupu. Mungkin dia yang paling rapat boleh bercerita kerana ia melibatkan hal keluarga. Kesakitan yang ditanggung semalaman bertambah dengan berita yang diterima. Sungguh bagai terpanah dan terbelah atmosfera melihatkan diri diperkotak-katik begitu sahaja. Sepupu, moga ia benda paling rasional yang boleh aku buat saat ini. Terima kasih sudi melayan kerenah aku yang hampir gila tengah hari tadi.

Semalaman Tidak Tidur.
Ya, semalam sepanjang hari (dan malam) aku tidak tidur atas kegilaan diri dan kecekalan hati yang berbalas juga pada petang tadi. Sekeping pesanan ringkas itu sudah cukup buat aku kembali bersemangat setelah dia kembali walaupun dia menghilangkan diri demi tuntutan seni dan kesihatan diri. Itu sudah lebih cukup buat aku mengumpul sisa kekuatan yang berselerakan.

"Apa yang telah kucintai laksana seorang anak kini tak henti-hentinya aku mencintai. Dan apa yang aku cintai kini akan kucintai sampai akhir hidup ku. Cinta ialah semua yang dapat kucapai dan tidak ada yang akan mencabutkan diriku daripadanya." 
(Kahlil Gibran)

Penampilan Luaran Yuna - Jiwa Dalaman Faizal Tahir
Sedang mengabaikan permintaan nakal para anak-anak murid yang mahu aku membuat persembahan pada Hari Guru. Kegilaan apakah ini? Sudahlah mahu aku bermain bola jaring di sebelah pagi (bila nak bagi main bola sepak?), mahu aku mendendangkan lagu pula di hari guru yang secara rasmi akan aku sambut buat kali pertama tahun ini.

Murid : Cikgu, nanti hari guru cikgu menyanyi boleh?
Aku : Apa dia?
Murid : Buat persembahan boleh cikgu?
Aku : Kenapa saya? Awak semua yang patut buat persembahan untuk cikgu.
Murid : Ala cikgu, bolehlah.
Aku : Kenapa mesti saya? Sila beri alasan yang kukuh.
Murid : Satu, cikgu pakai tudung macam Yuna. Dua, cikgu kan 'rock', macam Faizal Tahir. Payunglah satu dua lagu Cikgu.
Aku : Amboi, membodek. Saya tak nak.
Murid : Cikgu fikirkan dulu ya? Kalau cikgu nak gitar, saya boleh bawa.
Aku : Saya pun ada gitar sendiri.
Murid : Baguslah macam tu cikgu.
Aku : (terlepas cakap - rasa mahu pitam)

Tidak mungkin mahu menyanyi di hadapan khalayak ramai. Betapa aku bersyukur menjadi Penghuluwati sewaktu kursus di Mersing minggu lalu. Tidak perlu membuat persembahan. Ketawa. Tiba-tiba mencari lagu pula saat ini. Tidak mahu, tidak mahu.


"Tidak, saya bukan Yuna mahupun Faizal Tahir. Saya adalah Cikgu Zara"

Gambar ketika perhimpunan penulis blog - yang menemubual itu Bapa Gula-Gula dan di belakang itu adalah Sham Ondscene.
Bukan untuk Melodi ya? *ketawa* 
(siapa benci ayat biru di bawah gambar itu boleh muntah di tepi)
Dan ya, mereka antara barisan penulis blog (dan juga wartawan) yang tinggi kreadibiliti ketika menulis.

Nota Kaki :
1. Sedang menyiapkan kertas soalan.
2. Usai menikmati hujan malam - membiarkan cairan masin bersatu dengan payaunya curahan dari langit.
3. Membaca karya seorang penulis muda dengan gigih sementara rehat lima minit membuat soalan.

Zara : Menikmati karya dan menghirup lautan sastera membuatkan aku lebih dekat dalam mencari jiwa. Ah, kalian boleh tebak aku mengapa begitu menyukai Kahlil Gibran di samping barisan Sasterawan Negara. Panggillah aku Budak Purba sekalipun, aku tetap tidak akan mengalah.

[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.  

16 comments:

FarhanaDr said...

Ouh.. Kahlil Gibran.. Sangat adore sama beliau dan ayat-ayat beliau.. Suits me.. Dokter chenta.. Haha.. ;p

Amieynna Amin said...

nanti kalau da perform jgn lupa upload kat blog yer..
nak gak tengok hasil yuna + ft..
hehe

Hizami Rahim said...

oh bulaaan...
oh bulaaan...
oh bulaaan...

bulan itu bulan cinta.
bulan itu bulan kita.

wakakaka.

buat medley cik zara!

;)

naz said...

zara selamat sejahtera cikgu :) maaf lama kehilangan :)wah wahh makin mendalam isi hati sebati

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.wahhh ade org intebiuuu ;p

Mohd Adziim said...

Entah-entah Cik Zara terbuat persembahan nanti.
Pakailah topeng kalau malu.
Jadi penyanyi jemputan rahsia, komplot dengan orang tertentu.

QASEH said...

WALAUPUN CIKGU ZARA INI ROCK TP DLM HATI ADA TAMAN...PENUH BUNGA-BUNGA NAN INDAH BAK PUISI YG PUITIS

Sharinginfoz said...

buat jangan tak buat persembahan..... lagu intanku payung....

Yuna Free Hair???

MK Kimi said...

aku nak dengar! aku nak dengar! aku nak dengar!

ko wat medley lagu Yuna ngn FT..

kompem gempaks.haha!

et said...

boleh tak bagitau soklan bocor? keh3.

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN said...

haha..
cikgu kene nyanyi,,baru budak suke,,,huuu

JohnJenin said...

dulu cikgu pakcik suka ambik soalan daripada buku rujukan sasbadi. copy paste sebijik. itulah rahsia kejayaan pakcik dapat markah tinggi dalam ujian. hehehe

atty's said...

zara jgn lupa ..videokan ..ye..nak tengok zara nyanyi cam yuna..ekekekek

HEMY said...

apa salahnya payung selagu dua..aku dh join kontest kau. bgtu kalau ada syarat yg tak lengkap

tasekM said...

yu rock. ai suka...

:)


.

gadis semalam said...

budak purba..kalau saya ada inginkan untuk jd budak purba seperti kakak bole ka? dekat dengan jiwa(^_^)