Monday, May 24, 2010

Makcik, Boleh Beri Isyarat Kalau Ada Orang Datang? - Cubaan Terdesak Menggunakan Tandas Lelaki


Salam semua.
Hari Isnin yang menggila hampir tamat.
Baru terjaga selepas tertidur dalam air mata.
Jangan khuatir, hanya sedikit masalah dengan keluarga.
Nah, yang lainnya aku baik sahaja.
*Mata bengkak dan masih kesat air mata*

*Tarik nafas panjang, kesat air mata*
Baiklah, tadi ada peristiwa yang gila berlaku pada aku. Eh, sebenarnya biasa sahaja, cuma kali pertama aku buat di sekolah akibat terdesak. Oh, buat pengetahuan kalian, tandas guru perempuan di tingkat bawah, dan tandas guru lelaki di atas, sebelah kamar guru. Tidak adil bukan? 

*Ketawa, hambur air mata*
Disebabkan tandas guru lelaki di atas, kebarangkalian kami gunakan untuk basuh tangan di sinki selepas makan adalah tinggi. Kadangkala aku menyelinap juga untuk membasuh cawan yang digunakan setelah yakin tiada orang di dalam. Tetapi hari ini, aku sudah melangkaui lebih dari itu.

Kelas aku berderet dan masa untuk memulakan peperiksaan bahagian kedua hampir bermula. Kelas yang aku mahu tuju hanya beberapa langkah sahaja lagi, tetapi secara tiba-tiba rasa mahu membuang air kecil. Mahu turun ke bawah, ke tandas guru perempuan hanya akan memanjangkan masa, maka aku tanpa berfikir panjang membawa segala buku aku terus keluar dan bersedia untuk menggunakan tandas guru lelaki.

Sampai di luar, ada seorang makcik pekerja swasta sedang membersihkan luar tandas.

Aku : Makcik, ada orang di dalam tak?
Makcik : Takde cikgu.
Aku : Makcik, saya nak pergi kelas, tapi rasa nak terbuang air kecil. Boleh saya guna tandas ni?
Makcik : Ha?
Aku : Sekejap je makcik. Makcik tolong tengok kalau ada cikgu lain nak masuk ya?
Makcik : Baik cikgu.


Tidak, bukan begini tandasnya. Aku guna tandas biasa. (Gambar asal dari sini)

Setelah menggunakan tandas aku keluar dan makcik itu sedang menunggu aku di luar. Oh, nasib baik tiada orang lain yang mahu menggunakan tandas ketika itu. Eh, betul, memang aku guna tandas biasa. Di sekolah aku rasanya tiada tandas berdiri seperti di atas, aku rasa begitu. Tidak, belum gila untuk periksa satu demi satu. Tetapi di sekolah lama dulu, ya, memang punya tandas begini. Di asrama aku dulu dalam tahun tiga juga punya tandas begini dalam blok kami yang perempuan ini. 

Aku : Terima kasih makcik.
Makcik : Sama-sama cikgu.
Aku : Maaf sebab susahkan makcik.
Makcik : Tak mengapa, makcik memang nak bersihkan tandas ni pun.
Aku : Saya pergi kelas dulu ya makcik?
Makcik : *senyum*

Dan bila aku menulis tentang ini di Mukabuku, ramai yang memberikan reaksi. Antaranya :
1. Serius? - Ya, ini serius.
2. Berdiri ke duduk? - Mestilah duduk!
3. Biar betul? - Memang betul.
4. Wah, sampai begitu sekali - Sampai Syurga bak kata Faizal Tahir
5. Hah? - Hoh!
6. Ganas! - Ganas ke?
7. Memang ganas! - Adakah aku pengganas? *Ketawa*
8. Esok nak masuk tandas perempuan, Cikgu Zara ajar - Haip! Mahu kena rotan ke?

Dan aku, tidak bercadang untuk menggunakan tandas itu lagi buat masa terdekat kecuali aku betul-betul terdesak atau malas untuk turun ke bawah. Ah, kalau di hentian menunggu bas dulu, terpaksa berkongsi tandas dengan lelaki, payah mahu buat urusan, sampai jadi psiko di dalam tandas. Gila.

Nota Kaki :
1. Mata bengkak.
2. Hidung merah.
3. Mengadu dengan orang yang sedang bekerja buat aku rasa bersalah.
4. Tunggu Empunya Marga bangun.
5. Bila nak mula menulis 'Runut Irama Jiwa Kita' ni? 

Zara : Cuaca amat panas di luar saat ini. Tiada angin dan aku hanya mampu bersandarkan harapan kepada kipas angin yang kejap berputar laju, kejap perlahan. Dingin itu sesuatu yang mustahil. Hati yang membengkak cuba aku sejukkan tatkala air mata masih deras mengalir.

[Pertandingan] Tarikh Tutup : 31 Mei

12 comments:

Faizal The Newscaster said...

aku selalu je buat camtu kat Jepun dulu...haha

kembatolo™ said...

tenang ye cikgu..~

Amir said...

zara, lain kali guna tandas cikgu perempuan la.. x manis plak kan kalau student2 nampak..

princeduyong said...

oh....tandas...kena bayar 20 sen tak...

Sir Marcello said...

nampak dek cikgu laki tak ape...kalo anak murid? abis gosipping lor..hahaha

cikgu rawkz!!!

azieazah said...

...kalu dah terdesak begitulah. Jangan2 ZARA bukan orang yang pertama buat begitu.. Cuba tanya Makcik itu... hehehehe

rossoneri said...

hohoho xpelah asalkan xada cikgu lelaki yang nampak

Sang Karipap said...

Karang x pasal2 orang kata cikgu pasang kamera dalam tu..hahahahaha

kawie2020 said...

kamu memang ganazzz betol... hahhahahahhahaha

Mohd Adziim said...

Buat aku terbayang pengkid.
Haha~

Secret Drifter said...

bukankah tandas guru is unisex ??

means satu session laki n satu tuk perempuan ??

or mcm tempat private where tandas satu ?? bila digunakan pintu kena kunci..

kalau tandas pelajar, kita faham la..

BuDakHutaN said...

Makcik dan Zara ada misi tu ~_^