Friday, May 28, 2010

Masuk Keluar Lubang Pada Kau Nikmat. Lepas 9 Bulan Kau Tanam Dalam Lubang Tanah Pula Ya Lahanat?


Salam semua.
Maaf jika kalian baca tajuk yang penuh emosi.
Ampun jika ada yang terasa hati.
Ini cuma luahan aku yang tidak mampu mengekang dengan tangan sendiri.
Hanya dapat menulis, manahan sebak melihat dunia yang semakin hilang harga diri.



Malaysia terlampau banyak musim.
Ya, ada musim buah-buahan.
Kau boleh jumpa pelbagai jenis - namakan sahaja, durian, rambutan, manggis dan banyak lagi.
Ya, ada musim membaca.
Maka, ada sahaja orang membaca di sana sini, mengendong buku walaupun hakikatnya sentiasa perlu.
Ya, ada musim perayaan.
Pelbagai kaum, agama dan bangsa merayakan perayaan mengikut fahaman masing-masing dan berkongsi rasa.
Musim membuang bayi.
Eh, sana sini orang buang bayi.

Kita buat sama-sama, seronok sama-sama, risiko belakang cerita.
Apa nak buat?
Dah terlanjur bersama. Bukan saya nak, tapi dia paksa.
Eh, saya tak paksa, dia yang rela.
Sekejap, itu belakang cerita.
Yang penting, apa kita panggil ini ya?
Zina bukan?

Orang lain buat, tapi perut tak membulat.
Oh, fikir begitu ke?
Kalau kemaruk sangat, kamu pergi layarkan imaginasi liar sendiri.
Kalau masih tidak dapat menahan, banyak lagi sumber memuaskan nafsu sendiri.
Tapi awas, kau duduk sendiri, hanya kau dan diri kau.

Mana puas, nak dengan dia yang merajai minda!
Kalau terlalu menginginkan, pergilah berkahwin dengan pasangan yang kamu sangat cintai.
Pergi!
Buat dengan cara yang halal, dapatkan nikmat yang halal.
Jangan ikut pemikiran dangkal.

Eh, kau boleh kata, ini bukan urusan kau perempuan.
Tapi kau silap, ini memang urusan aku.
Sebab aku masih seorang manusia yang ada sifat belas kemanusiaan.
Itu nikmat sejagat yang manusia waras ada dan jaga.

Benih yang awak tabur di tanah yang subur mula keluarkan pucuk. Bagaimana ni?
Awak, kita kahwin.
Eh, macam mana nak kahwin, tiada duit lagi.
Habis, nak tutup macam mana ni?
Kita buang, awak goncangkan, bagi pucuk itu jatuh.
Eh, awak, ini bukan pokok. Kita gugurkan sahaja.
Gugur juga perlu duit.

Kau simpan sebab kau sayang?
Bagus.
Kau simpan sebab kau tiada duit mahu buang?
Apa aku patut panggil agaknya.
Kau simpan sebab kau nak buang bila dah sempurna?
Awas.

Eh, dah lahir. Mana nak letak ni, siapa nak jaga?
Letak atas tangga masjid sebelum waktu Subuh.
Kenapa?
Nanti ada Pak Imam datang, dia ambil.
Pak Imam dan jemaah berlari-lari terkejut. Telefon polis, telefon media.
Berita jam 7.30 pagi keluar muka dia.

Letak dalam kain, letak depan rumah orang.
Eh, boleh ke?
Nanti orang tu bangun pagi, dia nampak bayi kita.
Selamat sedikit kan?
Cuba kalau orang tu lambat bangun?
Eh, setakat kena hurung semut, takde apa-apa punya.
Celaka!

Kita lempar dalam tong sampah.
Eh, nanti sakit dia.
Eh, awak nak jaga?
Tak mahu.
Jom, kita buang sama-sama.

Lecehlah.
Kenapa?
Dah macam-macam orang buat nak buang bayi.
Kita guna cara lain.
Tanam dalam lubang tanah.

Manusia, sudah kembali ke zaman jahiliah?
Itu dulu pun, orang cuma tanam bayi perempuan.
Kau?

Tanah dalam lubang tanah.
Letak macam kebumi jenazah.
Digilas kereta api hinggan memercik darah merah.
Ah, kau tak rasa ia mengundang amarah?

Bagi kondom, pil perancang secara percuma.
Bagus cadangan itu. Tapi akan berkesankah?
Betul orang akan tersedar dan tidak akan melakukan perkara mungkar itu lagi?
Pasti?

Pendidikan seks di sekolah.
Bagus juga. Tetapi bersediakah kita?
Masyarakat kita boleh menerima?

Kahwin sahajalah.
Itu cara terbaik.
Tapi kalau manusia itu suka sama suka hanya sebab nafsu serakah, adakah perkahwinan jalan paling bagus untuk mereka? 
Kalau tukar pasangan itu kegemaran bagai menukar baju adakah mampu dibendung masalah itu?
Fikir dan fikir.

Doa, agar mereka berubah.
Ah Zara, memang selemah-lemah iman kau wahai perempuan.
Biar lemah, tapi aku menegur juga.
Aku pesan pada anak murid aku.
Aku ingatkan pada teman-teman.
Juga pada diri sendiri.

Nah, aku tidak akan bicarakan tentang soal agama. Aku mungkin kurang arif dalam hal itu. Tapi aku tahu sesuatu. Kau juga tahu sesuatu. Kita punya Allah Yang Satu. Setiap apa yang kau buat, pasti akan ada pembalasannya. Itu hakikatnya.

Kalaulah kau tahu apa perasaan setiap kali menyelak surat khabar dan membaca mengenai ini.
Kalaulah kau tahu setiap kali menonton berita dan terpampang ini, berapa banyak sumpah dan caci.
Kalaulah kau tahu, berapa ramai manusia yang tak punya zuriat sendiri mahukan bayi.
Kalaulah kau tahu dan mengerti.
Tapi tidak, kau lebih rela ikut kata hati.
Kau biarkan nafsu merajai.
Lebih hebat dan tidak bertepi.

Nota Kaki :
1. Ya, ini memang penuh emosi.
2. Banyak lagi yang mahu ditulis tetapi masa mencemburui.
3. Legasi Cinta Alisia Bab 24 sudah boleh dilayari sekarang.

Zara :  Jangan menakutkan aku dengan pesanan yang bikin jiwa aku berdetak kencang hingga hampir nanar fikiran. Aku masih perlu kau. Sentiasa. Dan aku tetap akan pegang dan ingat pesanan kau. "Aku cinta kau sampai mati"

[Pertandingan] Tarikh Tutup : 31 Mei

37 comments:

naz said...

wakakaka haha tiada aksi berahi pula haihh

Farid Fernandez said...

xleh lawan entri ayat keji aku... hahahaha

Farid Fernandez said...

kata nak lagi mencarut?
mana?
hahaha

Farid Fernandez said...

eh

bukan ayat keji

ayat puisi :)

nizam6281 said...

Hahaha
Lubang tu ape?
Wakaka

Ape2 pon saya menyumpah seranah orang yang membuang anak .Lebih teruk dari binatang!

Mohd Adziim said...

Teringat cikgu Bm f4 & f5 aku pesan pasal jangan buat benda2 macam ni. Jaga diri.

Melz said...

kita kena fikir jauh .itu jer ;)

mizzura said...

wah..kreatif..!

et said...

heh.benci manusia zalim2 macam neh.tak bsyukur.tak berfikir.haih.

Miss ... said...

mereka itu giler x de perikemanusiaan la zara..

nabila said...

tu la....kurg pendidikan..kurg perhatina..sume fikir knon nye diri dah besar sgt..kecik2 dAh sangap2..cubelah fikir jauh ckit..

Emora Valeria said...

entri ni bagus kak.
zaman sekarang ikut nafsu,dah takde otak nak pikir ape nak jadi bile dah terlanjur.
bayi dibuang cam barang tak guna je.
sial sape yang menjadi dalang.

khairil said...

aku suka babe entri ni...penuh dgn kritikan dan maksud tersirat, sapa yg terasa amek semua

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.bagus entry neh zara! =)

Sharinginfoz said...

bak kata nabil lu pikirlah sendiri

Petrol Naik??

En iLham said...

siapa yang buang bayi ni patut bagi HUKUMAN BUNUH, biar die rase mcmane perasaan baby yang die buang tu..bunuh plak ikut care die buang baby tu. kalau die tanam, tanam la diorang idup2..biar bagi pengajaran cket pada yang lain



singgah pula ke
::: KAU ILHAMKU :::
entri terbaru
IKLAN ANTI-MEROKOK TERBAIK'

eykaeyra said...

n3 awk..tbaik..
utk mereka yg buang anak tu..
hey..pndai buat pndai la tnggh..

rhapsody LiN said...

semalam baru lin pesan kt my student jangn terjebak dgn cinta2 masa zaman skolah...

dari cinta dtg nafsu.
so, nk elakkan nafsu, baik jgn bercinta sebelum umurnya.


good piece here.
keep it up!

nisa said...

mereka itu jauh lebih kejam dari zaman jahiliah, manusia zaman jahiliah menanam anak perempuan, manusia zaman sekarang?Tidak kira jantina, kalau dah tak suka,tak sanggup nak bela..tak nak malu, mereka main tanam saja.. Hanya fikirkan malu dunia..tapi malu di akhirat tak fikir?? Dimana silapnya masyarakat kita pada hari ini? silap ibu bapakah? Silap diri sendiri atau pucuk pangkal pada kepimpinan negara?Tiada menerapkan keislaman di dalam kehidupan? Hmm Fikir2kan

relevan said...

Fuh..memang ini kes bermusim..

fndrocka said...

lubang apa lak ni...tak faham aku.aiyak.

baru teringat pasal pertandingan.

entri ni bagus..luahan emosi tahap amukan

Latest Entri : Mendekatkan diri dengan puaka

[z@ck] said...

celakalah mereka ini.

vidadarisakura said...

aku baca pun ikut emosi.

fazemy said...

Tajuk terlalu lucah hgga membawaku ku sini. haha. Good entry Zara.

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

like this entry.. banyak kebenarannya

apa pun 1st timer disini... follow u yeah....

jom singgah blog mimie azimask pulak...


klik sinie jom...

cHeRyNa PiReS said...

kalaulah ada skim utk mendapatkan mereka dengan mudah...alangkah bagusnya...
dpt org2 macam kak sha jadikan mereka adik2 orkid!
haiii...manusia yang tak tau bersyukur, tak mahukan apa yang aku mahukan...

e-liex said...

like it a lot!

Captain said...

ko tny teruk sgt ke tjuk n3 nie kn.. xtruk pun.. manusia2 (manusia ke?!) yg berzina n buang ank tu agi truk.. sush nk tgk ko emo n mrh2 smpai thp cm nie.. pape pun aku ske n3 ko nie.. keep it up~

siti nur fadhilah said...

tajuk memang kasar tapi zaman cakap berlapik dah lalma berlalu ye tak?

i like this entri. its a fact. even it was emo but hey! dumping babies. sape yang tak emo? i mean selain yang buang tu, orang lain mesti emo. kan?

AyuE said...

penuh makna tersurat...rasa mcm nak picit butang like tu byk2 kali...

paan said...

xmampu dihuraikan dengan kata2 , xmampu dibincangkan dengan akal manusia , hanya al-quran dan sunnah yang mampu menjadi guideline dalam menyelesaikan masalah ini ....selagi peraturan Islam tak dimartabatkan...kegelapan akan terus melanda umat Islam...

Farah oh Farah said...

entri ni the best kott.. sumpah. apekate g pos kt tb tiga. hikhik

zAi|raZz said...

good thought miss zara. congratz.
bagus ada seorang pendidik seperti zara. keep it up! (^__^)b

Hamli Sanai said...

Bende ni perlukan kesedaran, susah nak dibendung. Hanya jiwa yang kuat & ilmu yang cukup boleh bertahan~~

Drunbella Khoo said...

orang yang dah kawen belas-belas tahun tapi takda zuriat.
diorang yang xkawen, senang pulak dapat anak.
isk.
manusia akhir zaman.
=_=

amirulez said...

masuk keluar lubang itu ape yer.. hehe..

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

mm..sebenarnya kisah buang anak ni bukan berlaku kebelakangan ini jer..masa akak kecik² dlm awal thn 90-an ke ujung 80-an tah sudah banyak kes buang anak..