Saturday, May 29, 2010

Obsesi Diri Itu Kadangkala Perlu Dalam Meneruskan Kelangsungan Hidup | Telur Coklat Dalam Kenangan


Salam semua.
Terima kasih pada yang memberikan respon baik dalam penulisan ini.
Walaupun nampaknya kalian lebih suka menulis di Twitter dari memberikan ulasan, aku sudah cukup gembira. Sekurang-kurangnya aku tahu siapa yang membaca dan menghulurkan salam perkenalan buat aku.


Bila manusia ini obsesi pada diri sendiri, dia hanya tahu senyuman sahaja bisa buat dia kuat dalam meneruskan kelangsungan hidup. Noktah.

Obsesi diri.
Aku adalah manusia yang sedaya upaya mahu percaya pada diri sendiri dalam kadar yang tinggi. Jujurnya, aku kadangkala melukakan segumpal darah yang berada dalam tubuh asalkan aku lihat senyum tawa manusia di sekeliling aku. Ramai yang menyatakan, sayanglah diri sendiri, jagalah perasaan sendiri, dan aku hanya tersenyum. Kalau aku tidak sayang diri sendiri, apakah aku obses begini?

Penulisan walaupun sekadar karya picisan.
Aku menulis. Mengarang cerita dan naskah aku sendiri. Membaca dan melampiaskan nafsu aku pada sastera pada pandangan aku. Perspektif aku sendiri dalam mencari diri yang mungkin tenggelam dalam kesibukan mengejar arus duniawi. Ah, kesakitan dalam menempuh perjalanan buatkan aku menghargai diri lebih dari apa yang orang lain boleh beri.

Ada seorang teman menyatakan kepada aku. 
"Zara, kamu adalah manusia obsesi pada diri sendiri. Kamu menulis dan berkarya serta tidak menghiraukan kalau punya pembaca atau tidak. Kamu tidak peduli dan masih terus menulis"
Dan, aku setuju dengan dia.
Aku tetap menulis dan teruskan sahaja usaha walaupun mungkin tiada yang membaca.
Kerana apa?
Itu jiwa.

Tidak berlebihan dan tidak berkurangan.
Semua benda ada hadnya.
Begitu juga aku.
Begitu juga kamu.
Begitu juga mereka semua di luar sana.

Secebis kenangan.
Aku kurang sihat untuk ke majlis perkahwinan sebentar tadi. Maka aku berehat sahaja di rumah dan enggan menjamah walaupun sebutir rezeki. Entah mengapa, selera aku telah direnggut pergi. Tolak makanan masuk ke mulut tetapi yang keluar semula tanpa dapat aku kawal lagi. 

Biarkan, aku hanya merenung sepi. Mengambil keputusan untuk kembali ketagih kepada bahan terlarang sebentar tadi. 
Biarkan, hanya sekali ini. Aku sudah tiada daya lagi.
Ah, ini angkara obsesi juga.

Ternampak apa yang Bonda dapat di rumah pengantin buatkan aku teringatkan teman wanita yang sedang menunggu saat melahirkan. Ah, tergambar dalam fikiran kenangan kami bersama satu ketika dahulu menyulam bahagia berdua tanpa ada batasannya.

*******

Aku keluar dengan B.
Beli barang keperluan dia.
B bercakap banyak hari itu, meluahkan kegeraman dia disebabkan aku bergambar dengan beberapa lelaki yang dia agak tidak senangi. Aku faham apa yang dia rasa.
Maaf B, aku janji lain kali aku tidak buat begitu lagi.
Senyum ya B?
B menghampiri satu kedai berhampiran.

"Makcik, nak telur coklat itu 4 biji"

Aku : Kau panggil telur apa B?
B : Telur coklat.
Aku : Dia ada nama sendirilah. Telur pindang.
B : Tak kisahlah, telur kan ada macam-macam warna. Ada warna hitam, warna putih, kuning.
Aku : Telur hitam? Telur cerita dalam TV ke?
B : Bukan. Telur ni istimewa. Dia berubah 3 kali.
Aku : Telur apa?
B : Telur masin. Mula-mula putih, pastu hitam, pastu putih semula.
Aku : Aku belasah kat sini nanti.
B ketawa dengan gembira.
Aku gembira B lupa isu aku bersama dengan rakan-rakan lain.
Aku hanya mahu senyuman B.
Kami berlalu pergi sambil B membawa plastik 'telur coklat' dia.

http://4.bp.blogspot.com/_H4xGJvyhkB4/R47L6HTDgkI/AAAAAAAAAzs/CEVoJyx9F7k/s400/Step+By+Step+837.jpg

Ah, kenangan memang indah dan mengasyikkan.
Membuatkan aku terlupa betapa aku sudah lama meninggalkan zaman begitu.

Nota Kaki :
1. Makan ubat dengan minuman berkarbonat.
2. Tidur dalam kesakitan diganggu oleh panggilan telefon syarikat telekomunikasi.
3. Otak aku bertambah berat.
4. Empunya Marga muncul dan sudah keluar, ada urusan barangkali.
5. Terbaring di ranjang biru sendiri.

Zara : Merindui percikan tinta kalam sendiri. Aku belum memulakan penulisan lagi. Ah, sarat dengan sesuatu yang aku sendiri heret dalam setiap langkah.

[Pertandingan] Tarikh Tutup : 31 Mei

13 comments:

ohmywtf said...

moderate self-obsession is good :-)

sabree hussin said...

bagus..asalkan ia terkawal la yea hhe

NuR said...

owh..
telur itu mengingatkan aku bila mana pertama kalinya ia berada di depan mata.. selamba saja ckp telur tu dah busuk. kuat pulak tu. malu chek.. maklumlah. kedai takdak benda ni...

hihihihi

naz said...

zara makin tuua booooo

mengenaldiri said...

suka kata2 anda yg puitis
=)

MuNsYi SaMa said...

sakit perut makan telur pindang. kt melaka org bg telur masin je. ye kot. =)

Lyn Yusoff said...

telur pindang ni klu org pandai buat.. mmg sedap.. klu tak... mesti ada bau yg tak sedap.... hehehe
mak cik kak lyn mmg terror buat telur pindang... sedappppp

~z13L@D@L@Dy~ said...

mak saya suka telur ni..suka sangat-sangat..tapi saya tak berapa la..sometimes the herb to strong

Hizami Rahim said...

wah.
gembira betul tengok gambar atas tu.
haha.
well.
spend time dgn org2 yg mendatangkan kebahagiaan.
nanti takde la sedih2.
;)

En iLham said...

perlu juga obses pada diri sendiri
tapi perlu bersederhana juga
takut nant membawa mudarat

semoga zara cepat sembuh

[z@ck] said...

telur pindang?
rasa apa?

Mohd Adziim said...

Aku akan sentiasa baca tulisan kau.
Telur cokelat dan telur pindang....apa itu?

Eazy Izzuddin said...

senyuman menawan..
hehe
xD