Tuesday, May 04, 2010

Pemegang Tampuk Dunia Sebelah Zara Dan Legasi Cinta Alisia Adalah Aku Wahai Manusia!


Salam semua.
Sudah cukup dengan menjadi manusia baik hati.
Sudah penat memberikan peluang kepada manusia durjana.
Kelapangan yang diberikan sudah disalahgunakan.
Tiada nafsu mahu menyumpah seranah.
Penat dan rasa mahu muntah.
Dengan manusia lahanat yang gila.


[Dunia Sebelah Zara]


[Legasi Cinta Alisia]

Itu antara sebab mengapa manusia ini makin lama makin beku perasaannya.
Dunia sudah semakin kejam dan aku ketawa dengan sikap sesetengah perempuan yang suka menghina kejadian Allah. 

Kau boleh kata aku mulut macam itik, pipi macam kulit biawak, kepala macam letak di punggung, tapi sedarkah kau siapa yang sedang kau hinakan sekarang ini? Makhluk ciptaan siapakah yang sedang kau mengata sepuas hati? Senyum. Oh, dan ya, aku sudah padam soalan-soalan kamu itu. Bukankah aku sudah katakan bahawa aku yang mengatur perjalanan dunia yang aku cipta sendiri dengan daya yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa?

Satu demi satu keseronokan aku menikmati dunia aku kau rampas wahai manusia celaka. Moga kau terus tenggelam dengan nikmat mengata aku sesuka hati kau. Jangan lupa, bila nafsu kau tidak dapat dipuaskan lagi dengan mengata, kau akan telanjang di hadapan semua manusia

Nota kaki :
1. Mahu lena.
2. Esok perlu bangun awal menghadiri temuduga.
3. Terlalu penat untuk melayan manusia-manusia durjana.
4. Doakan aku berjaya.

Zara : Selamat tinggal semua. Terima kasih atas kasih sayang yang kalian curahkan kepada manusia beku seperti aku. Doakan aku mampu melangkah dengan gagah dan tabah esok, demi mencapai kepuasan diri menjadi seseorang yang sukakan diri sendiri lebih daripada biasa.

9 comments:

MuNsYi SaMa said...

=(

miss zahidah said...

jangan tutup sayang!!!

kasih said...

kak.. selama saya kutip ketabahan kak..sy jdkan inspirasi tuk bangun dari kejatuhan yang menyakitkan tu..bila kak dah nak tutup blog apa saya nak cakap lagi?moga bahagia,kak.

FarhanaDr said...

Cikgu sayang.. Teguh berdiri.. Kami di belakang.. :)

naz said...

zara superhero keding sulit datang membantu haha:) tunggguuuu

Adziim said...

Abaikan je si penghina itu.

hanna monts~ said...

doa ku pasti akan sentiasa bersama..inilah yg dinamkan kehidupan...sabar lah syg...wlw sukar mana pn hari..senyumlah...=)

Jard The Great said...

alaa... abaikan je.. ramai yg lain yg sokong ko

Amanda Eltiqaz said...

Ish..kenapa marah2 cik zara..dulikkan diorng suma. selagi kita jalan dihadapan, kalau ada bisik2 di belakang biarkan je.