Tuesday, May 11, 2010

[Pertandingan] : Manusia Beku Ini Kadangkala Memerlukan Waktu Menikmati Bahan Kimia Sendirian


Salam semua.
Terima kasih pada mereka yang menyertai Pertandingan Sempena Hari Guru 2010 yang aku jalankan. Buat mereka yang masih belum menghantar penyertaan, dengan segala hormatnya aku persilakan untuk menulis tentang ia. Peluang masih terbuka sehingga 16 Mei 2010.

Syarat Penyertaan Pertandingan.
Aku menerima banyak soalan tentang ini sama ada di ruang komen atau di kantung surat elektronik. Syarat sudah aku kemaskini semudah yang mungkin. Anda boleh menulis menggunakan cara tersendiri. Ada yang ragu-ragu untuk menyertai disebabkan gaya penulisan aku yang agak rasmi. Ah, aku tidak terlalu jumud dalam membaca atau menilai hanya dengan luaran sahaja. Apatah lagi aku juga benci bila orang menilai aku daripada luaran, maka aku tidak akan melakukan demikian. Anda bebas menulis mengikut gaya yang anda suka.

Bukankah menjadi diri sendiri itu yang terbaik dalam apa jua keadaan dan persekitaran?


Pantai Mersing, 8 Mei 2010

Sendirian.
Acapkali ada manusia yang tidak tegar mengatur hidup sendirian. Aku juga kadangkala terlintas dengan pemikiran sedemikian. Tapi bila mengenangkan hidup ini bukanlah semudah yang kita mahukan, aku lebih rela mengharunginya dengan senyuman. Walaupun ia mungkin senyuman dalam keterpaksaan ataupun penuh kepalsuan. Janji ia memberikan kepuasan.

Aku tidak mahu lagi mengendahkan kata-kata nista dan cacian. Sudah penat aku beri peluang pada manusia untuk teruskan nafsu buas mencaci berlidahkan syaitan. Ah, dunia maya buat mereka fikir hidup ini tanpa batasan. Tiada sempadan. Jangan lupa dengan kewujudan Tuhan. Janji Allah itu pasti dan itu tersemat kukuh sebagai satu kepercayaan.

Gelak ketawa sebagai menyulam manisan. Dunia ini masih pentas lakonan. Aku mungkin pelakon yang hebat melakukan pelbagai watak memenuhi tugasan. Boleh jadi bangsawan. Beraksi seperti olahragawati yang hebat bersukan. Kau beri aku jalan cerita, nah, aku akan lakonkan. Pasti ikut masa dan keadaan. 

Kebahagian.
Ada teman pernah menitipkan pesanan. Kita harus percaya pada ketentuan. Perlu belajar mengikhlaskan diri, menzahirkan hati demi mencari sebuah kedamaian. Dan aku, menerima dengan penuh kepayahan. Ah, itu pada mulanya sebelum aku mula menzahirkan. Mencerna sesuatu dengan ikhlas bukanlah mudah, diselang-seli dengan kesakitan. Tapi aku belum mahu putus harapan. Bukan aku yang mengalah pada kesusahan.

Menurut kehendak diri sehingga menyeksakan. Itu pandangan seorang kawan. Ya, aku memang begitu kan teman? Rela melapah diri sendiri asalkan orang di sekeliling mampu beraksi di pentas tarian. Biarkan kalian mengikut rentak lagu dan mengalunkan irama penuh keghairahan. Ah, dunia ini kan pentas lakonan? Biarkan sahaja, kita bakal menghampiri garisan. Penamat itu entah di mana, tetapi yang pasti, kita akan ketemu garisan yang mencantumkan barisan. Kemenangan? Kekalahan? Itu kita tidak punya jawapan.

"Kelmarin aku sendirian di dunia ini, kekasih. Kesendirianku sebengis kematian. Kelmarin diriku adalah sepatah kata yang tidak bersuara, di dalam fikiran malam. Hari ini aku menjelma menjadi sebuah nyanyian menyenangkan di atas lidah hari. Dan ini berlangsung dalam seminit dari sang waktu yang melahirkan sekilasan pandang, sepatah kata, sebuah desakan dan sekucup ciuman." (Kahlil Gibran)

Nota Kaki :
1. Aku dihimpit kesibukan oleh tugasan hakiki, maaf kurang mengunjungi.
2. Menyiapkan tugasan dengan mata yang bengkak akibat mengikut perasaan. Tiada tangisan kalau itu yang kalian mahu tanyakan. 
3. Masih menunggu kemunculan Empunya Marga dengan menzahirkan diri aku dekat pada Yang Maha Pencipta.

Zara : Tampal muka senyum di wajah. Selesai semua masalah. Jangan timbunkan lagi manusia beku ini perasaan gundah. Aku tidak mahu lagi dengar perkataan musibah. Ajar diri jadi tabah.
[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.  

7 comments:

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.wahh!

Kujie said...

sendiri tidak semestinya sepi, kan...

Pipi Muncet said...

kita sebenarnya hidup sendiri.




Big hugS!!

░♥si lampu neon♥░ said...

tunggu aku da ade duit aah aku wat kontes! kalau tak, aku kasik adiah ciuman je arr! hahaha

HEMY said...

oh..aku tak buat lagi niiiii contest entri

qaseh said...

kadang2 kita perlu bersendiri...utk menenung sejauhmana diri kita ini dah melangkah...renung-renungkan

Mohd Adziim said...

Ada perbezaan bagi perempuan dan lelaki dalam soal bersendiri...kan?