Sunday, May 30, 2010

Pil Biru, Ketagihan Bulanan Yang Telah Lama Ditinggalkan Kembali. Maaf Sistem Tubuh Sendiri.


Salam semua.
Maaf, otak sedang bercelaru.
Hari ini badan aku penuh dengan dadah.
Sudah lama aku tidak menyentuhnya, dan hari ini aku kalah.
Kalah dengan kesakitan yang kembali buat aku lemah.


Gambar hanya untuk mengambarkan aku sedang pucat lesi.

Badan terlebih dos yang dibenarkan.
Dadah berwarna biru ini hanya boleh diambil dua biji sahaja sehari.
Sekali makan hanya satu dan kalau benar-benar sakit. Normal.
Tetapi aku sudah makan sebanyak tujuh biji hari ini. Dan terdapat kemungkinan akan makan lagi kalau terlampau sakit.

Ada teman sudah marah-marah.
Ada teman sudah keluar bicara segala.
Ampun, aku cuba kawal diri.
Aku cuba.
Kalah.

Kelas tambahan Matematik Tingkatan Dua.
Sedang aku kononnya berehat, adik lelaki ketiga datang menjenguk wajah di ruang kamar aku. Menitipkan pesanan ada tiga orang murid sudah menunggu aku di ruang tamu. Mahu belajar Matematik sebelum peperiksaan minggu hadapan. Ah, nanar otak aku. Bertikam lidah dengan adik sebentar sebelum aku keluar juga dengan kepala melayang serta menelan pil lagi.

Budak : Cikgu, kenapa muka cikgu pucat gila?
Aku : Leher saya kena hisap dengan pontianak nama Edward Cullen.

Alhamdulillah, kelas berjalan lancar. Nasib baik tajuk yang betul-betul mudah, maka sakit kepala, pinggang serta perut itu aku boleh tolak ke tepi. Puing-puing rasa dan neuron otak saling berlaga dan aku tahu, bukan setakat sakit tetapi kesan dadah yang aku telan mula meraja. Tolak tepi semua.

Telefon tidak berjawab, pesanan ringkas tidak berbalas.
Maaf, aku tidak mampu menggerakkan tubuh tadi.
Maaf yang teramat sangat.
Buat sesiapa yang menelefon atau menghantar pesanan, nanti aku balas ya?
Terima kasih kerana kalian prihatin.

Dan, aku menunggu pesanan ringkas dari seseorang, boleh atau tidak aku menghubungi dia.
Moga dia akan beri jawapannya.
Aku mahu melunaskan rindu.
Itu sahaja.

Nota Kaki:
1. Tidak menjamah makanan sepanjang hari.
2. Semakin lemah dan nafas semakin sirna.
3. Rindu aku sudah tidak dapat dibendung. Ah, tamaknya kau Zara.
4. Kalau aku tinggalkan kalian malam ini, apakah kalian akan mengingati aku selamanya?
5. Apakah doa akan dikirim dan Al-Fatihah disedekah buat aku?

Zara : Masa untuk berkucupan dengan ranjang biru. Tubuh sudah dipenuhi dengan dadah dan aku sudah tidak mampu lagi melangkah. Duduk diam dan menadah. Bibir sudah bergerak, jangan pernah lupa syahadah. Allah Maha Besar.

[Pertandingan] Tarikh Tutup : 31 Mei
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24]

7 comments:

Eazy Izzuddin said...

uish
kenapa kah
im first?
xD

naz said...

semoga panjang umur zara haha

Pensel Kontot said...

erk cikgu napew?
lekas2 sembuh ye cikgu

Hizami Rahim said...

adakah itu kesan sampingan gigitan edward cullen?
mungkin cikgu zara bakal menjadi vampire.
wah.
tahniah.
;)

cheer up.

Mohd Adziim said...

Overdose ubat sangatlah bahaya...nasihat dari orang yang kerja di hospital.

So please just be patient, take not more than two. Nanti rosak hati ngan buah pinggang sape nak dermakan ?

joegrimjow said...

tido untuk hilangkan dosenya

[z@ck] said...

weyh..terlebih dos dah tuuu