Saturday, May 15, 2010

Runut Irama Jiwa Kita - Afrina Afnan Dan Hadif Hafuza : Prolog Pemuas Nafsu Diri Dambakan Tawa.


Ukir senyuman paksa.
Sakit.

"Setitis airmata menyatukan aku dengan mereka yang patah hati. Seulas senyum menjadi sebuah tanda kebahagiaan ku dalam keberadaan. Aku merasa lebih baik jika aku mati dalam hasrat dan kerinduan dari jika aku hidup menjemukan dan putus asa." 
(Kahlil Gibran)



" ...dan bila kau sentuh sekeping hati dengan cantuman aliran rasa, gugur air mata tatkala lafaz akad kedengaran di sebalik tirai yang menghijab pandangan mata..."

"Awak"

"Janganlah liar sangat. Bukankah awak selalu ikut usrah bawah pimpinan Ustaz Kamil?"

"Ikut memanglah ikut, tapi susahlah awak."

"Bila tiba bab agama susah? Bila bergetanyang dengan kawan-kawan tak serupa manusia itu tidak pula payah?"

"Awak pun tahu kenapa saya ikut usrah kan?"

"Awak kata awak mahu berubah."

Hadif Hafuza mengelus rambutnya perlahan. Mengapa gadis ini begitu payah mahu melihat dia berusaha untuk mendekatinya. Kumpulan usrah itu alasan untuk dia terus mendekati gadis yang menghiasi mimpi indah tatkala kali pertama bersua wajah. Pandangan pertama merupakan rezeki termahal yang pernah dirasakannya. Kejamnya dunia seakan tidak memberikan peluang kepadanya.

"Awak, sebentar lagi azan Asar. Saya mahu ke masjid"

"Afrina, nanti dulu"

"Ada apa lagi Hadif?"

"Bila saya boleh jumpa awak?"

"Bila saya sudah bersedia. Bila awak juga sudah bersedia mahu bertemu keluarga saya. Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam. Saya sayang awak"

"Moga sayang awak pada saya kerana Allah, Hadif"

Talian diletakkan. Afrina Afnan, gadis yang entah bagaimana terbuka hatinya menerima cinta yang dihulurkan oleh Hadif Hafuza. Tidak pernah hati itu diresapi dengan benih kasih sayang sejak awal remaja. Tatkala rakan-rakan saling bertukar nota cinta, gadis ini duduk mencanting usaha untuk melangkah maju dan mencipta jaya. Mungkin ini tuntas rasa yang dikirim oleh Yang Maha Esa buat diri yang semakin dewasa. Afrina senyum sendirian, moga telahan ini benar. Moga hasrat hati tidak akan dipesongkan.

Azan Asar berkumandang, dan gadis itu bergegas ke bilik air berdekatan. Usah melayan perasaan keterlaluan sehingga bisa melalaikan diri daripada mengingati Tuhan. Rasa bahagia ini adalah anugerahNya, maka harus diserahkan kembali dengan sujud syukur penuh ucapan memuji keagungan Maha Pencipta.

*******

Gitar berwarna biru diletakkan di tepi. Hadif Hafuza meraup wajah yang berpeluh setelah melepaskan tekanan peribadi dengan bermain alat muzik kegemaran. Pemberian dari Papa yang sering membuatkan diri bercelaru. Malu mahu mengaku dia Papa bila mengingatkan sifat mazmumah yang wujud dalam diri lelaki tua itu. Kalaulah bukan kerana dirinya terpaksa membawa nama lelaki tua yang tercatat di kartu pengenalan diri, pasti sudah lama dibuang ke tepi. Telefon genggam berbunyi dan dengan pantas diangkat tanpa melihat nama pemanggil.

"Hello, Hadif cakap."

"Hadif, kami ada daging baru. Bila mahu cuba?"

(Bersambung...)
*******
Salam semua.
Apa khabar kalian?
Terima kasih membaca sedikit fragmen tulisan spontan aku sebentar tadi. Tidak ditulis di mana-mana, terus sahaja di ruang ini. Otak aku barangkali tidak mampu mencerna dalam masa yang membuatkan diri semakin lemah.

Afrina Afnan.
Nama ini aku pilih sebentar tadi bagi menggantikan watak yang menjadi sandaran aku dalam menulis. Afrina bermaksud putih kemerah-merahan dan Afnan pula beerti pepohonan yang berbuah atau kecantikan serta seri. Mendalam serta memenuhi gambaran watak Afrina yang dengan sendirinya berdiri atas satu paksi yang tidak goyah dengan nafsu duniawi. Kekuatan Afnan - pepohonan yang berbuah bagaikan akar yang mencengkam ke bumi itu sendiri.

Hadif Hafuza.
Nama ini juga dipilih tadi. Takrifan Hadif yang bermaksud mempunyai matlamat serta Hafuza iaitu pemberi semangat membuatkan aku memilih gabungan ini. Mulanya mencari secara rambang, tetapi Alhamdulillah, menjumpai yang baik untuk diguna. Jujurnya, aku tidak pernah kenal sesiapa yang punya nama sebegini rupa. Hadif Hafuza, lelaki ini masih mencari erti di dalam kehidupan hakikinya.

Nota kaki :
1. Mencari sesiapa yang boleh membuatkan poster sempurna untuk siri cerpen ini. Kalau sudi, hubungi aku.
2. Ilham yang datang spontan menulis dari karya kaca mata seorang teman buat saudara.
3. Esok hari yang bermakna buat diri.

Zara : Tatkala memejamkan mata, yang aku lihat hanya karya seorang hamba yang merajai sebuah takhta di sebalik desiran pasir pantai pukulan ombak manja. Mungkinkah epilog bahagia bakal menerjah sebuah pawana usang milik bersama, itu tautan jiwa yang tahu dan rasa. Senyuman terukir bukan satu enigma.

[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.  

10 comments:

TUKANG KATA said...

kalau anda punya anak suatu hari nanti,saya percaya nama anak anda mesti sedap2 dan baik2 sahaja maknanya..

salam bertukang dari Tukang Kata..

;)

cHeRyNa PiReS said...

boleh tak bagitau kak sha kat mana zara dapat meaning nama budak2 nieh? sebab kak sha pon nak cari meaning nama seseorang;)

noor afzan said...

oohh.nak buat cerpen pula yea..
macam menarik pro log nya..
ta ksabar nak tunggu~

chotz said...

aku suka quote Kahlil Gibran tu! it so meeeeeee

Hizami Rahim said...

ahha.
kreatif la cik zara ni.
kagom kagom.
;)

Wawan Saini said...

wah..
nama 2 best
pasti ramai yang menanti buah tangan anda.
teruskan..:

Mohd Adziim said...

Daging baru...hm apakah apa yang aku fikirkan mengenai "daging" itu adalah manusia berjantina perempuan?

syarifah radiah ibrahim said...

hurm tengok intro je dah rasa teruja nak membaca.
teruskan menulis!
:)

et said...

wah3.menarek.nak tahu ending cerpen neh.^^

tOm said...

hi zara..
ada award special utk anda..
sila ambil dgn ati yg terbuka =P

http://nakashimakureno.blogspot.com/2010/05/and-winner-goes-to.html