Sunday, May 16, 2010

Runut Irama Jiwa Kita - Episod Satu. Hadif Hafuza : Seluar Dalam Hijau Punca Lutut Menjadi Biru.




Perhatian : Semua karya yang disiarkan adalah hak milik penulis itu sendiri. Sebarang penyiaran semula tanpa keizinan penulis adalah salah dan melanggar hak cipta terpelihara.Tindakan akan diambil.

“Daging baru mana pula ni?”

“Aazad ada bawa balik dari Bali. Kalau nak, kami datang rumah kau sekarang. Boleh sama-sama kenduri.”

“Sorry guys. Aku di kolej.”

“Dude, jangan jadi alim sangatlah. Takpe, kami simpan stok daging untuk kau. Hujung minggu kau balik?”

“Belum tahu lagi. Apa-apa aku beritahu.”

“Dude, kau dah tak seronok lah. Bye”

Hadif Hafuza membaling telefon genggam ke katil. Sakit rasa di jiwa. Nafsunya membuak mahu keluar dari penjara akademik yang dia sendiri cipta. Sudah lama tidak sekatil dengan mana-mana wanita membuatkan jiwa dia lemah. Sakit segala sendi bila terpaksa mengawal diri. Ada Afrina Afnan, tetapi gadis itu terlampau baik untuk diangkut ke sana ke mari seperti gadis-gadis yang mendampinginya sebelum ini. Rambut yang terjuntai diseka ke tepi. Telefon berbunyi, satu pesanan diterima.

“Salam Hadif. Jangan lupa solat Asar. Tutorial Bab Lima harus diselesaikan segera. Petang ini ada majlis di masjid. Jemputlah datang kalau ada kesempatan ya?”

Pesanan ringkas dari Afrina Afnan. Hadif tersenyum cuma. Tidak pernah gagal gadis itu mengingatkan apa yang wajib bagi dirinya. Kelibat Bonda dan Ayah gadis itu sudah dilihat minggu lepas. Memang tergolong dari keluarga yang baik-baik. Bagaimana mahu ajak bertemu dua keluarga sedangkan ayahnya sendiri lelaki yang tidak kenal mana tikar sejadah? Mujur Mama dan kakak tidak tahu perangai sebenar Papa. Telefon berbunyi lagi.

“Private number?”

Enggan mahu terus berteka-teki, telefon diambil dari celahan bantal dan terus dijawab. Suara perempuan, perlahan masuk ke gegendang telinga. Rasa mual bila dapat meneka siapa di hujung talian.

“Hadif?”

“Ya, betina. Apa kau nak?”

“Jangan garang sangat. Mana tahu nanti I jadi Mama baru U ke.”

“Pergi mati dengan impian kau betina.”

“Ah, Papa U hebat, anaknya pasti lebih mantap.”

“Si jalang, apa yang kau mahu?”

“Papa U pesan, hujung minggu ni balik, dia ada buat majlis di hotel”

“Kau ada ke?”

“Ada, tapi I macam biasa. Kerja sebagai setiausaha. Boleh diri tepi Papa U je, bawa fail dia semua.”

“Dasar bajingan. Aku tak nak tengok muka kau kat majlis tu nanti.”

“Nak tak nak U kena tengok juga. Okay Hadif, itu sahaja yang Papa U pesan. Bye boy.”

Satu demi satu dirinya diuji. Hadif Hafuza mual dengan bicara setiausaha Papa. Tihani Tuhfah atau lebih gemar dipanggil TT, wanita muda itu tidak sebaik nama yang diberi oleh orang tuanya. Tihani yang bermaksud bahagia, manakala Tuhfah beerti hadiah lebih banyak mendatangkan bencana dalam keluarga yang sudah rosak akar bawahnya. Kejam sungguh bila mengingatkan wanita itu baru berusia 25 tahun. Sebaya dengan kakak sulungnya. Papa memang tidak berguna!

“Salam Afrina. Terima kasih. InsyaALLAH, saya datang nanti. Oh, hujung minggu ini saya pulang ke rumah. Mahu pulang bersama? Hadif sayang Afrina”

Hampir sepuluh minit berlalu tanpa sebarang jawapan yang diterima. Hadif menjeling ke arah jam di atas meja belajar. Tuala mandi berwarna hijau muda dicapai. Baju dibaling ke dalam baldi, dan seluar digantung di tepi almari. Baru sahaja ditukar tengah hari tadi, masih boleh digunakan. Bunyi pesanan yang beralun lembut dari telefonnya mematikan tangan yang mahu menanggalkan seluar dalam. Telefon dicapai dahulu.

“Terima kasih Hadif. Afrina pulang dengan Bonda dan Ayah. Pulang hati-hati ya? Pemandu yang ambil kan? Hadif jangan memandu sendirian ya? Moga sayang yang terbit dari hati itu dibajai dengan kasih pada Pencipta.”

Hadif tersenyum. Mahu juga gadis ini membalas rupanya. Sekilas mata menoleh ke meja, melompat dia bangun sebelum terjelepuk ke lantai. Seluar dalam yang tersangkut di lutut menyebabkan dia canggung dan terjatuh menyembam permaidani merah. Bingkas bangun, nasib baik teman sebilik belum pulang dari kuliah.

Tuala diikat kemas dan lutut sudah mula membiru dengan pantas. Kesakitan yang bukan mainan mula menghimpun di kaki yang banyak berjasa itu. Terencut-encut dia menghampiri katil, duduk sebentar sambil mengelus perlahan lutut itu. Ketukan di pintu mendesak Hadif bangun. Suara Faiq Faisal yang menyatakan dia lupa membawa kunci kuat kedengaran. Selak pintu ditolak dan wajah lelaki itu muncul.

“Sorry Hadif. Aku tertinggal kunci dalam poket seluar”

“Tak apa Faiq. Kebetulan aku ada”

“Kenapa kaki kau?”

“Jatuh kat tepi katil tadi”

“Buas sangat”

“Salah buaya hijau yang atas lantai tu”

Faiq menjengah ke arah yang ditunjuk oleh Hadif. Muka lelaki itu berubah dan ketawa kuat meledak tanpa dapat dikawal. Gila kawannya ini. Boleh bersepah pula sotong kering itu di atas lantai. Pasti tersangkut di kaki ketika mahu dibuka.

“Sudahlah ketawa tu”

“Gila lawak kau ni. Eh, tadi aku nampak Afrina dengan seseorang”

“Siapa?”

“Entah, tak kenal. Lelaki. Depan blok dia.”

“Lelaki? Bapa dia kot?”

“Muda amat. Dalam umur 20-an. Siap salam cium tangan lagi. Lelaki tu cium dahi dia”

Hati Hadif mula tidak keruan.

(Bersambung...)

*******
Nota Kaki :
1. Runut Irama Jiwa Kita adalah karya peribadi milik aku.
2. Sudah menyiapkan Legasi Cinta Alisia Bab 21 yang bakal bersiaran esok petang jam 1705.
3. Terima kasih atas ucapan Selamat Hari Guru dari kalian semua.

Zara : Awak, walaupun awak tak baca blog saya, saya memang tidak kisah awak tipu saya. Betul awak. Sebab saya boleh tahu siapa yang datang blog saya. Jadi, bila awak kata lagu Korea di blog saya menarik, nampak sangat awak tipu sebab sekarang lagu di blog saya lagu sempena Hari Guru. Awak nak tipu banyak mana lagi ya?

[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan. 
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian. [Halaman Peminat] [Kumpulan Pembaca] [Bab 01] [Bab 02] [Bab 03] [Bab 04] [Bab 05] [Bab 06] [Bab 07] [Bab 08] [Bab 09] [Bab 10] [Bab 11] [Bab 12] [Bab 13] [Bab 14] [Bab 15] [Bab 16] [Bab 17] [Bab 18] [Bab 19] [Bab 20]

10 comments:

naz said...

cerita baru? zara kamu hebat :) tajuk pun dah buat panas mata hahaha

faye said...

menarik lar zara..setiap cerita yang kamu hasilkan memang menarik minat saya untuk baca btw teruskan usaha...huhu...

et said...

oh3.best2.mesti cemburu si hadif tu.ngeee~ ^^

faye said...

salam zara ni ada tag contest jawap ye..huhu

http://fasham87.blogspot.com/2010/05/imanina-cute-give-away.html

Max J. Potter said...

this is highly interesting!! i hope afrina is married! (keji sungguh impian, hehe)

btw, my new chapter is out.

here:
http://scribbledmaxness.blogspot.com/

Inspirasi Puisi said...

Just nak wish Selamat Hari Guru Cikgu Zara!! (^_^)

Wanita Mutalib said...

zara buat citer baru..
aiseh tak tekejar kakak :)

HEMY said...

sapa lak menipu ni..tampar pipi kang..best2 entri ni..

rizputra7 said...

panas jer tajuk nie hehehe..

laila said...

kak zara,sgt menarik la crita akak.
akak,bler nk kluarkn novel?huhu..ill be ur number one fan.=]