Thursday, May 20, 2010

Runut Irama Jiwa Kita - Episod Tiga. Zara Zuyyin : Puteri Yang Dijadikan Indah.



Perhatian : Semua karya yang disiarkan adalah hak milik penulis itu sendiri. Sebarang penyiaran semula tanpa keizinan penulis adalah salah dan melanggar hak cipta terpelihara.Tindakan akan diambil.
Padang bola sepak kolej dibanjiri dengan para pelajar. Pelbagai warna baju dapat dilihat. Kegiatan petang yang mendamaikan, mengeluarkan peluh sudah menjadi suatu kemestian dalam melegakan perasaan. Tekanan belajar disalur ke tempat yang lebih sesuai dengan taraf seorang pelajar, sekurang-kurangnya itu apa yang terlintas di dalam kepala Hadif Hafuza.

“Hadif, petang ni main bola je? Bukan selalu kau joging sekali?”

“Letih sikit hari ni. Lagipun emosi tengah baik, jadi tak payah aku curi tengok orang”

“Gatal”

“Salah tu. Aku cuma buat pemeriksaan terhadap harta peribadi”

“Sejak bila dah nikah dengan Afrina?”

“Eh, belum ke?”


Ketawa berderai antara dua sahabat ini. Faiq Faisal merenung Hadif Hafuza. Kelihatan beberapa orang gadis sedang mencuri pandang anak lelaki tunggal Dato’ Haidar Hail ini. Ah, temannya ini memang kacak dan menjadi kegilaan golongan Hawa. Mata yang bundar dan susuk tubuh yang segak pasti membuatkan sesiapa yang melihat bakal berpaling untuk kali kedua. Teringat kali pertama bertemu, Faiq terfikir yang dia sebilik dengan model antarabangsa, Baptiste Giabiconi.

“Ramai perempuan tengok kau tu”

“Biarlah. Afrina lebih menarik”

“Amboi si Baptiste Giabiconi, sudah terlampau angau pada gadis masjid nampaknya”

“Well dude. When Naomi Campbell met Baptiste in Moscow in 2009, she told me, It’s not right: We all have defects. You have none.”

“Ceh! Dah mula perasan bila aku kata kau rupa model tu. Jom gerak. Sekejap lagi dah nak Maghrib”

“Oh, betul. Aku ikut kau jemaah malam ni”

“Niat jemaah ya? Bukan jumpa kekasih hati”

“Faiq, bukan semua orang tahu kami bersama. Senyap-senyap sudah”


Faiq Faisal menganggukkan kepala. Afrina Afnan sudah lama dikenali sejak melangkah kaki ke kolej matrikulasi ini. Bersama di dalam satu kumpulan sepanjang minggu orientasi, membuatkan dia punya secebis kenangan tentang bagaimana pembawakan gadis manis yang sudah berjaya menundukkan jaguh malam minggu dihadapannya kini. Hadif sendiri pernah menyatakan, kalaulah matrikulasi membenarkan pelajarnya berkahwin, pasti dia sudah melamar Afrina untuk dijadikan isteri. Begitu hebat sekali penangan gadis itu.

“Faiq, kau kenal budak tu?”

Faiq menoleh pantas ke arah selekoh di celah bangunan yang ditunjukkan oleh Hadif. Seorang gadis sedang berjalan bersama sekumpulan pelajar lelaki, membawa kayu hoki bersama-sama. Ketawa riang gadis itu bersama dengan lelaki disekelilingnya kuat kedengaran. Faiq membetulkan cermin matanya dan tersenyum sendirian. Seorang lagi kawan Afrina Afnan dalam kuliah dewan besar.

“Kenal. Zara Zuyyin, budak kuliah aku dengan Afrina. Kenapa?”

“Pelik kan budaknya?”

“Apa yang peliknya?”

“Aku selalu tengok dia masuk dewan usrah perempuan setiap Jumaat. Fikir macam tertutup gila, tak sosial, ni boleh pergi bersukan dengan budak lelaki semua, hebat betul”

“Jangan tengok orang dari luaran. Dia jenis tak kisah apa yang berlaku di sekeliling dia. Kadangkala dalam kuliah, Zara dengan muka selamba boleh duduk di antara budak lelaki kelas dia."

“Biar betul?”

“Sebab tu aku kata dia selamba. Jom balik cepat.”


Faiq melangkah pantas menuju ke asrama. Hadif menoleh ke belakang sekali lagi dan tersenyum penuh makna mendengar ketawa gadis itu bersama dengan pasukan hoki kolej matrikulasi. Remang senja sudah menjelma. Matahari sudah mula mahu tenggelam ke arah barat. Bayang yang terhasil memperlihatkan dua tubuh sahabat beriringan pulang ke sarang tempat istirehat.

*******

Prang!

Pasu bunga berderaian jatuh ke lantai. Datin Hadirah Hafiy terperanjat dan membaca istighfar berulangkali. Petanda apakah ini? Pasu yang dihadiahkan oleh seorang teman yang pulang dari melancong ke China baru-baru ini sudah bertukar menjadi sampah yang tidak bernilai. Benda pujaan manusia yang mahal harganya tidak akan pernah setanding dengan ciptaan Allah yang tidak boleh diletakkan nilai langsung. Hebat. Dan pasu itu satu bukti ciptaan manusia yang lemah.

“Mama, kenapa?”

“Entah. Mama terlanggar agaknya pasu tadi. Ambilkan Mama penyapu, biar Mama bersihkan. Nasib baik kacanya tidak bertaburan jauh”

“Tak mengapa Mama. Biar Hana saja yang buat”

Hana Hayfa, gadis berusia 25 tahun itu bergegas ke dapur dan mengambil penyapu, membersihkan kaca yang bertaburan di lantai berwarna merah jambu lembut. Pantulan sinaran lampu berjuraian di atas kepala memudahkan gadis itu melihat kaca yang kecil dan halus, anak kepada kaca yang besar. Ah, tidak pernah Mama cuai sebegini. Pasti ada yang menggusarkan hatinya.

“Mama risau ke Mama?”

“Kenapa Hana kata begitu?”

“Sebab garisan di muka Mama menunjukkan begitu.”

“Sejak bila doktor gigi boleh baca garisan muka ni?”

“Setiap hari pandang muka orang yang datang klinik, mestilah tahu.”


Datin Hadirah Hafiy ketawa perlahan. Hana Hayfa, puteri pertama hasil pernikahan dengan Dato’ Haidar Hail, satu-satunya anak gadis yang dia miliki. Semakin menginjak usia tetapi belum pernah menyuarakan hasrat untuk berumahtangga. Sibuk seharian di klinik kepunyaannya membuatkan dia enggan memikirkan soal jodoh yang menjadi mainan bicara di kalangan sahabat semua. Malah, Datin Hadirah enggan memaksa. Biarkan jodohnya datang sendiri. Hana adalah kebahagiaan, rezeki tanpa kepayahan dan Hayfa pula lembut suaranya. Gabungan nama yang baik menjadikan anak ini juga seorang yang cukup disenangi.

“Mama risaukan apa?”

“Siapa lagi kalau bukan si tunjang kita itu”

“Oh, Hadif budak mata coklat?”

“Hadif sudah berusia 18 tahun, Hana. Marah dia dipanggil budak”

“Bila dia nak balik Mama? Rindu nak buli dia. Lagipun, dia ada janji dengan Hana. Balik nak datang cuci gigi di klinik”

“Hujung minggu ni katanya. Tapi, dia tak telefon lagi. Bila Mama telefon, tak berjawab pula”

“Sibuk lah tu. Jangan risau ya Mama?”


Datin Hadirah Hafiy termenung memandang ke taman mini botani miliknya. Usai berhenti kerja beberapa tahun yang lepas, di situ dia mencurahkan ilham dekorasi peribadi yang menjadi kesinambungan kerjaya yang amat disayangi. Renungan ditebar dan irama air terjun menghiasi mimpi.

********

“Hey Hadif! Long time no see baby!”

“Hey, stop calling me that. It’s been ages didn’t meet you too”

“Last time was in Cheryl’s party. U di mana sekarang?”

“Matrikulasi. I kena gerak dulu. Bye”

“Tunggu, I hantar U balik.”

“Tak mengapa. Pemandu keluarga I datang”

“Just called him and tell that you going back with me”

“Jangan paksa I, tak suka”


Pautan gadis berambut perang itu ditolak kasar. Benci dengan telatah lepas laku di khalayak ramai begitu. Sudah begitu lama dia meninggalkan perangai yang sia-sia begini. Sakit hati melihat Adriana tersenyum sinis setelah ditolak. Menyeringai seperti menghina. Gadis itu langsung tidak mengalah, tangan Hadif Hafuza dipaut kembali.

“U hebat di ranjang Hadif. I rindu dengan sentuhan badan sasa U. Mata coklat, rambut hitam ikal milik U”

Berang Hadif sudah sampai kemuncak. Perempuan atau lelaki bukan satu masalah buat diri yang semakin panas dengan sikap melampau milik gadis genit bernama Adriana. Celaka haiwan yang bertopengkan manusia ini. Memualkan!

“Aduh!”

Jalan tar hitam berminyak dan panas meruap menjadi saksi pipi palitan alat solek jenama antarabangsa berkucupan tanpa sengaja, melekat dengan tar hitam berjelaga akibat kemungkaran yang mahu dibina oleh anak Adam yang tidak kenal erti syurga, neraka, dosa dan pahala.

(Bersambung...)

*******

Nota Kaki :
1. Zara Zuyyin : Puteri Yang Dijadikan Indah.
2. Haidar Hail : Singa, berani yang disegani
3. Hadirah Hafiy : Pandai, bijak yang memuliakan.
4. Hana Hayfa : Kebahagian, rezeki tanpa kepayahan yang lembut suaranya.
5. Adriana : Nisbah.

Zara :  Menelaah setiap runut buat jiwa kacau. Membaca setiap bait buat diri keliru. Hadam dalam rongga, pasak tiang neraca, kulum segala derita. Kalau ini puncak bahagia, pasti akan didaki dan terus didakap penuh luka. Tangan paut erat sendirian, walaupun dilempar kata celaka. Diam pembunuh cinta!

[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan. Terbuka hingga 31 Mei.

6 comments:

KASIH said...

malam ni baca cari cerpen saja.. best ler crita ni.. sesekali baca boleh rest kepala sat kan??

Paan said...

Ni lari dari skop kerja kalau nak diikutkan ni...kena report pengetua nih.

:D

joegrimjow said...

alamak
panjang
nanti lepas exam atas flight katam ek
ok?
;)

slamat pagi cg!!

et said...

ngee.siape pulak watak ZARA zuyyin tu? ekekekekee~

hans said...

hahaha
umur 18 panggil budak memang sakit hati lah
eekekeke

Kniedaz said...

alamak...apa jadi seterusnya?