Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru Zara : Sekali Guru, Selamanya Guru. Kalau Mati, Orang Akan Tetap Sebut Cikgu Juga!


Salam hujung minggu semua.
Hari ini 16 Mei 2010.
Selamat Hari Guru buat semua guru tidak kira di mana anda berada.


Selamat Hari Guru Buat Abah dan Bonda.
Guru terbaik sepanjang hidup aku di atas dunia dan menjadi panduan aku berusaha untuk berjaya seperti mereka yang sudah menjadi guru lebih dari dua puluh tiga tahun. Doakan Along tabah untuk tiga puluh enam tahun mendatang juga.

Selamat Hari Guru 2010 - Guru Pembina Negara Bangsa.
Buat kali pertama tahun ini aku akan menyambut Hari Guru secara rasmi. Ya, rasmi wahai teman-teman sekalian. Setelah melaporkan diri pada 26 Oktober 2009, sudah hampir enam bulan aku melayari kehidupan sebagai seorang guru yang banyak mematangkan diri untuk menjadi lebih dewasa serta tabah menghadapi pelbagai cabaran di dunia. [pembacaan telus]

Sejujurnya kerjaya ini memang dekat di hati aku. Melihat Abah dan Bonda yang sudah menjadi guru lebih daripada dua puluh tiga tahun membuatkan aku kagum dengan ketabahan mereka menghadapi kerenah yang pelbagai dalam sektor pekerjaan ini. Bangun seawal pagi untuk menyumbangkan sesuatu buat anak didik telah memotivasikan aku sejak dari kecil walaupun hakikatnya minat ini aku pupuk secara perlahan setelah menjejakkan kaki di Kampus Selatan.

Ucapan terima kasih yang tidak terkira buat mereka-mereka yang bergelar pendidik sejak aku dilahirkan sehingga kini. Sungguh, tidak mengira ia adalah pembelajaran formal di dalam kelas atau santai dengan sesiapa sahaja, selagi kamu menyumbangkan sedikit ilmu pengetahuan kepada aku, ya, aku kira mereka adalah seorang guru.

Ucapan Dari Teman-Teman.
Sahabat-terbaik-pijak-kepala (Si Busuk Pali)
Panggilan pertama dari Si Busuk untuk mengucapkan Selamat Hari Guru Buat aku yang sedang mamai, tertidur akibat keletihan yang amat sangat. Sumpah, aku memang terharu wahai sahabat. Dan, ucapan kamu di Twitter sangat mengujakan. Itu baru betul-betul sahabat pijak kepala sampai bila-bila. Sila suntik aku dengan semangat bila aku rebah tanpa tenaga. Persahabatan tanpa prejudis, itulah kita. Terima kasih Busuk!


Hazami Bahrin Daniel - Bapa Pada 3 Anak Angkat Aku.
Hazami, terima kasih atas video yang kau letak di Mukabuku aku. Walaupun aku masih tidak mengerti apa kaitan Hari Guru dengan lagu 'Warisan Wanita Terakhir' - mungkinkah disebabkan ada Faizal Tahir di dalam video itu? Atau disebabkan dinyanyikan oleh Teacher's Pet. Apapun, terima kasih teman.

Adik lelaki terbaik - Lorince LHS Abdullah.
Ada cuti khas untuk Kak Zara kamu ini ya? Kalau ada, Kak Zara tidak mahu esok. Esok ada majlis sambutan hari guru peringkat sekolah, mahu duduk ramai-ramai dengan guru-guru lain tahu? Terima kasih adik comel merangkap jurugambar peribadi sewaktu konvokesyen. Bila nak menembak gambar Kak Zara lagi?



Teman-teman di Mukabuku, Blog dan Twitter.
Terima kasih atas semua ucapan. Mahu menulis satu demi satu tidak terlarat pula. Apa pun,terima kasih yang tidak terhingga atas ucapan kalian semua. Buat aku terharu dan bersemangat untuk menjadi guru terbaik.

Ucapan Khas.
Buat mereka-mereka yang bergelar guru, ini landasan perjuangan kita. Anak murid adalah pelanggan kita. Sama ada mereka setia atau tidak, yang pasti ia akan bergantung bagaimana kita memberikan yang terbaik buat mereka. Jika diberikan layanan yang baik, insyaALLAH, kalau tidak sekarang, pasti akan ada sedikit balasannya nanti. Moga kebaikan dan ilmu yang kita curahkan mendapat keberkatan daripada Yang Maha Esa.

Teman-teman seperjuangan, jangan pernah mengalah. Ini laluan kita. Ini gaya hidup kita.
Teringat apa yang dikatakan oleh seorang bapa saudara.
"Bila jadi cikgu, untungnya sampai bila-bila. Kalau mati, orang akan sebut Cikgu juga dihadapan. Siapa meninggal? Cikgu Zara. Kalau pekerjaan lain, apa orang sebut Jurutera Zara?"

Nota Kaki :
1. Mendapat hadiah pertama hari guru dari anak kecil yang aku ajar kelas tambahan.
2. Tangan sibuk membalas ucapan selamat hari guru.
3. Selamat hujung minggu, bila mahu menulis tentang Alisia ni Zara?

Zara : Selamat Hari Guru semua! Sama-sama nikmati lagu di blog Zara.

[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.  

15 comments:

Pali Xenz said...

weh~ gua sandik.

ada ker hari utk aku arr? birthday ada la kut.

huk3.

joegrimjow said...

wah wah
lagu pon dah bertukar ni
;)

slamat hari guru!

cik paro said...

selamat hari guru cikgu zara!!
best dgr lagu ni..
teringat masa kat sekolah dulu..
hehehhehe..

monica said...

SELAMAT HARI GURU sis..:)

cHeRyNa PiReS said...

seperti ucapan yang terdahulu:
selamat hari guru my dear zara...
sila suruh anak murid menari zapin lagi okay...

Kamsiah said...

selamat hari guru....

Miss ... said...

selamat hari guru cikgu zara

Mohd Adziim said...

Selamat hari guru tapi yang lebih penting...nak tanya,"Ayah Cik Zara garang tak?"

kenwooi said...

happy teacher's day!
i miss celebrating it.. haha =)

Sharinginfoz said...

banyak benda yang cikgu dah ajar kepada kita semua.....salah satu benda yang kita bawa bila mati ialah ilmu yang kita ajar... selamat hari guru kepada semua cikgu di luar sana....

Segmen Kenali Blogger

LORD ZARA 札拉 said...

Pali : hahaha~ sandik ke beb? untung ada hari lahir~ =)

Joe : ^^

Monica : tq dear

Kak Sha : Tq sis! =)

Kak Kamsiah : Tq kak! =)

Miss : hhehe~ =)

Adziim : oh, agak garang~ =)

Kenwooi : come celebrate it~ =)

ciK LyndaWawa igUana said...

ooo...mak ngan ayah cikgu jugak.....anak pun jadi cikgu jugak..huhuhu..selamat hari guru cikgu zara..=)

MuNsYi SaMa said...

Cikgu zara yg kuat. Selamat hari guru ya.=)

Amir said...

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....
rindunya dengan lagu ni. seriously...

selamat hari guru zara...

syarifah radiah ibrahim said...

yup,
sekali guru, selamanya guru.

selamat hari guru!
teruskan usahamu mendidik anak2 murid untuk menjadi orang yang berguna.
:)