Monday, May 10, 2010

Sentiasa Bermanja - Aku Rasa Itu Tidak Perlu Dalam Keadaan Kamu Dan Dia Ketika Ini


Dalam keadaan longlai tidak bermaya.
Terdampar di ranjang merah sejak pulang dari sekolah.
Sedikit kecederaan yang hanya Empunya Marga tahu.
Tidak perlu hebahkan pada sesiapa.
Sebab aku hanya manusia biasa.

Menerima panggilan dari seorang teman lama.
Kamu semua kenal dia dari penulisan ini.
Tidak, aku memang tidak akan menghampakan orang.
Lebih-lebih lagi kalau mereka yang membuat panggilan.

http://www.the-framing-company.com/images/lovers_on_the_seine_large.jpg

Teman : Maaf aku ganggu kau.
Aku : Tak mengapa. Aku baru balik dari sekolah.
Teman : Suara kau macam kau kurang sihat.
Aku : Aku baik sahaja, jangan risau. Kenapa telefon?
Teman : Aku dan dia.
Aku : Masih bermasalah?
Teman : Aku ikut nasihat kau, muhasabah diri.
Aku : Jadi?
Teman : Aku rasa mungkin tiada unsur manja dalam komunikasi kami.
Aku : Maksudnya?
Teman : Aku panggil dia sayang segala, tapi dia tak pernah panggil aku begitu. Dia panggil nama aku.
Aku : Lebih mesra begitu pada dia mungkin.
Teman : Aku keliru.
Aku : Jadi kau lagi suka dia lupa nama kau?
Teman : Bukan, cuma aku nampak terdesak sangat mahukan cinta dia seperti dahulu. Tamakkan aku?
Aku : Tamak pada kasih sayang harus cuba kawal juga.
Teman : Aku nak juga dalam pesanan ringkas ada "I Love You".
Aku : Aku pun boleh hantar pada kau macam tu.
Teman : Kau lain!
Aku : (ketawa)
Teman : Apa betul kau biseksual?
Aku : Oit, gila ke apa?
Teman : Dah tu, kenapa nak hantar macam tu pada aku pula?
Aku : Dah kau kata teringin. Aku takut kau meleleh air liur kat E72 tu je.
Teman : Keji.

Ya, aku memang keji.
Kau boleh kata aku sarkastik juga.
Tapi aku rasakan aku perlu telus bila menyatakan sesuatu.
Bahagia tidak akan datang sendiri, perlu berusaha.
Dan aku sendiri masih berjuang mempertahankan apa yang aku percaya.
Sebab takdir tidak akan pernah kejam pada kita.
Aku akur dan aku tahu itu bahagia.

Nota Kaki :
1. Buat manusia yang bernama ZUKI, terima kasih sebab mencarut dalam komen sebelum ini. Aku memang akan padam. Untuk pengetahuan kamu, dengan memaki aku sehingga menyebut tentang alat sulit, itu agak memualkan kejinya. Kerana apa? Semalam hari Ibu dan kamu juga pasti mempunyai ibu serta dilahirkan dari situ.
2. Sedang menyiapkan Bab 19. Sungguh aku tiada nafsu menulis saat ini. Entah mengapa, aku kurang pasti.
3. Tiada tenaga dan tiada senyuman di wajah.
4. Menukar kulit baru.

Zara : Bila aku mula hilang mengikut aliran air dan hembusan bayu, jangan pernah cari aku lagi. Cacakkan nisan tegak berdiri agar kau tahu yang aku sudah tiada punya diri.

[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan. 

5 comments:

kasih said...

rasa kosong bila masuk blog ni.
kenapa kak?

Azrul Hisham said...

aikk tukar header lak?? aku ingat salah masuk blog tadi..hehe

Hizami Rahim said...

kopi pahit tapi sedap.
hehe.
wah.
siapa punya mulut mencarut tak tentu pasal tu?
isk isk.
kirim i love u kat kawan cik zara.
;)
*joking

noor afzan said...

zara..
biar ZUKI tu menyalak bukit.
tekak perit, bukit masih tetap setia gagah perkasa.

MK Kimi said...

kdg2 situasi bermanja itu perlu
kih3....