Monday, May 31, 2010

Skandal Internet Dan Penulis Blog - Gurauan Pemanis Bicara Dan Tinta Dalam Menjalin Persahabatan.


Salam semua.
Apa khabar kalian hari ini?
Tergerak hati untuk membuka Twitter aku pagi ini.
Ah, ada gosip mainan lagi.
Senyum.

Sejak kebelakangan ini, khabar angin dan usikan penulis blog yang kenal rapat dengan aku semakin galak menulis gosip demi gosip. Oh, ini bukan bermakna popular, terkenal dan sebagainya. Ia hanya sebagai satu gurauan, ya, aku ambil sebagai gurauan dari kawan kepada kawan yang lain. Nah, jujurnya aku ketawa.

Oh, dengan siapa gosip itu dikenakan, lebih baik simpan sahaja. Tidak perlu diberitahu di sini, kerana rasanya sudah tersebar di blog-blog tertentu. Sungguh buat aku mahu gelak lagi dan lagi sebenarnya. Bila aku bertanya dengan dengan lelaki tersebut, dia hanya ketawa sahaja dan kami tertanya-tanya juga bagaimana gosip sebegini boleh tersebar. Senyum.


Tidak, ini bukan tanda atau simbol aku mahu menikam sesiapa.

Bila mengingatkan betapa di zaman universiti, aku mempunyai kenalan lelaki yang ramai juga. Maksudnya, teman forum atau teman kuliah yang sering membantu aku ketika belajar atau meyiapkan tugasan. Ada juga yang dikenali melalui forum universiti dan masih kekal bersahabat hingga kini. Semalam, salah seorang dari mereka menelefon aku.

C : Eh, ada berhubung dengan W lagi?
Aku : Kadang-kadang. Tapi dengan A atau L selalu.
C : Aku tengok kau banyak kawan dengan lelaki lebih. 
Aku : (ketawa) Senang berbual kot?
C : Dengan W kan sama jantina?
Aku : (ketawa) Entah, mungkin kenal kamu semua lebih lama. Aku rasa lah.
C : Macam cemburu ke?
Aku : Oit, mana ada.



Ya, dulu cermin mata aku bingkai putih.
Adik ini adalah jurugambar yang rakam semua aksi gila aku sehari sebelum konvokesyen.


Mereka yang sangat signifikan dalam tahun akhir aku di kampus selatan.
Geng minum kopi.


Oh, kenal di forum universiti tetapi boleh jadi kawan baik hingga sekarang.


Kenal di forum universiti juga.
Pakcik (batuk-batuk sebab sebaya) yang baik hati.


Kawan sekuliah yang baik hati.
Selalu menolong aku yang lemah ini.


Sungguh istimewa hidup aku suatu ketika dahulu. Oh, bukan skandal ya teman-teman? Itu manusia-manusia yang menjalinkan persahabatan dengan aku. Kawan-kawan yang telah jauh terpisah dengan jarak tetapi dekat dalam hati. Maka disebabkan mereka, aku menjadi manusia yang kalian lihat hari ini. Menerima kesusahan atau kesukaran hidup dengan ketawa, kerana semangat mereka membuatkan aku setabah ini.

Eh, kita bicara tentang apa tadi ya?
Oh, khabar angin dan gosip yang menular di dalam blog.
Aku memilih untuk ketawa sahaja disebabkan aku lebih kenal diri sendiri dan gosip yang dibuat hanya gurauan dari kawan kepada kawan.  Eh, tapi jangan gosip banyak-banyak ya kawan? Ada hati yang perlu dijaga ni. Senyum.

Hari ini hari terakhir penghantaran penyertaan pertandingan di blog aku.
Hari ini aku diberikan mandat untuk menanda kertas Kimia Tingkatan 4 dan 5 kerana rakan setugas bersalin minggu lepas dan sudah mula bercuti. Hampir setahun aku tidak memegang buku Kimia, aku tertanya-tanya apakah kebolehan aku masih ada? Harapnya masih lagi kerana aku akan menggalas tanggungjawab mengajar juga selepas naik cuti ini.
Selamat berjaya buat aku.

Peringatan buat diri.
1. Kimia Tingkatan 4
2. Kimia Tingkatan 5
3. Sains Tingkatan 4
4. Sejarah Tingkatan 1
5. Kemahiran Hidup Perdagangan dan Keusahawanan Tingkatan1.
6. Kemahiran Hidup Perdagangan dan Keusahawanan Tingkatan 2.
7. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4.
8. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 5.

Eh, banyaknya hendak ditanda!
Pitam.

Nota Kaki :
1. Mulakan menanda kertas!
2. Legasi Cinta Alisia Bab 25 belum siap - patut disiarkan jam 3.05 petang ini.
3. Senyum dan kekalkan senyuman.

Zara : Dalam keadaan sibuk sepanjang hari. Cari aku di Twitter kalau perlu. Sekian. Sayang kamu semua.

[Pertandingan] Tarikh Tutup : 31 Mei
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24]

11 comments:

din said...

minat juga kat blog u ni....ikut sekali.

Mr PenyuBiru said...

bila terbaca kimia, terus teringat zaman sekolah dulu.indahnya masa tu...

p/s : tak sangka kamu boleh bersembunyi dalam twitter yer.hehe

qaseh said...

kenangan yg indah suatu yg manis dlm kehidupan kita

jijie said...

cikgu zara!
meh saya tolong cikgu tandakan kertas meh... =)

Hizami Rahim said...

ya.
kawan2 lama.
walaupun dah terputus hubungan tapi tetap di ingatan.
haha.
tak tahu nak cari macam mana.
;)

Nur Su'aidah said...

zara, ku seperti tahu jaa yang twitter pagi tadi tuh? hehe :D

atty's said...

seronok kalo kawan2 lama masih contact kita lagi..

cik paro said...

ramainya kawan lelaki kamu!!
huhhuuuh,,

[z@ck] said...

ko ada skandal dgn blogger mana ni weyh?

傑仔 Kit-Zai said...

U got the cheek to actually include our dialogue in your blog posting, eh? Hahahahaha....

Mohd Adziim said...

Cikgu Zara sudah jadi bahan gosip ya.

Mana pergi kawan-kawan lelaki itu? Mungkin boleh buat entri khas untuk mereka.
Boleh?
:)