Tuesday, May 04, 2010

Tidak Menyerang Di Blog, Diserang Di Formspring.me Pula - Jangan Tulis Lucah, Itu Bukan Sains!


Salam sejahtera semua.
Semenjak aku meletakkan tapisan di ruangan komen, Alhamdulillah.
Sudah tiada lagi anasir luar yang berjaya mencelah masuk.
Kalau ada pun, sudah aku cantas dan ketawa sendirian.

Dan usai pulang dari sekolah, aku dapat ini di Borang Spring (baca : Formspring.me) aku pula.


[Tekan untuk pembesaran nyata]

Sudahlah kamu buat aku tersedak cendol kacang.
Ya, cendol kacang tatkala cuaca panas terik dan membahang memang hebat.
Eh, aku bukan mahu bicara tentang cendol kacang.
Ketawa.

Mesti kamu akan menunggu aku jawab soalan itu.
Sila tunggu dengan tabah sampai menjalin sedikit air liur dan najis kamu bersama.
Mungkin kamu MAIZATUL yang menghina aku hari itu memandangkan kamu menulis menggunakan semua huruf besar. Mungkinlah kan?
Senyum sinis.

Tidak kenal siapa kamu.
Tidak mahu tahu kamu siapa.
Tidak mahu tahu tujuan kamu.
Cuba doa aku kirim kerana buat manusia beku ini ketawa.
Ya, ketawa pertama sejak semalam.

Tidak mahu menulis terlampau banyak.
Ada tugasan penting yang harus aku buat.

Nota Kaki :
1. Menyelam ke dasar hati sendiri dan tidak menjumpai apa-apa.
2. Bisikan dengan niat menghalau tadi dihadam sambil pahat senyuman palsu di wajah. Itu sementara kan?
3. Membaca dengan tabah.
4. Cendol kacang merah sangat enak saat cuaca panas kering begini.

Zara : Memegang tampuk pemerintahan dalam marga sebuah singgahsana menyebabkan diri hanya mampu memerhati tanpa meluahkan rasa. Kesakitan semakin mencengkam, pandangan semakin kelam. Dihunus dengan tombak tajam dan diri tenggelam.

16 comments:

Encik Luth said...

amboi.. jahat jari!
tanyala soalan lain

Adziim said...

Teruk benar sikap orang itu ye.
Cendol kacang x sama dng ais kacang kan?

atty's said...

jom zara kita makan cendol...kty banje ..hehehhe

cik aiLebiu said...

perghh..ni yg rasa cuak nak buat formspring jg...huhu...

Pipi Muncet said...

tanya dia balik.
kalo sis gatal dia nak tolong garu ke.


senyum tau

LIEZ. said...

wah.. pedas nyew soklan..
jwb cam ny,
mane ko taw aku gatal?
ko prihatin kart aku yee? trimas!


chill yee sis..

lORiNCE LH SYAh said...

oO, cool~ LOL

Azrul Hisham said...

kamu ok la dapat camtu...aku pernah dapat perkataan 'bullshit' kat formspring...sape ntah dengki ngan aku...apa da...hehe

wei...sila belanja aku cendol satu...

Habibi said...

skrg ni kn zara, blog & Fb jd tempat org xbertamadun mcm bdk yg bg komen kt zara ni tuk bt keje xberfaedah.. tmpat tuk org maki2 org..tabur fitnah kt org. xtau ape masalah dorg. kurang kasih syg kot. xsenang duduk tgk org lain ramai kawan & support kot..bb sndr terkena kt fb..siap org buat note lg. tag kt org ramai..xtau nk kate ape. tp bleh ckp tima kasih je la. ye la. xsangka plak kite ni ramai peminat plak. hehe.. xpe, zara agaknya zara terlalu senang & bahagia kot. tu yg org dengki. chill ok. pernah merasa berada di tempat zara..

shinawawa eyenie said...

berhati2 skrg ni dgn alam siber

milimilo said...

semoga bertabah ye kak besame senyuman palsu.karma je yg bls.

noor afzan said...

huhu..
tu namanya balin gbatu sembunyi tangan.pedulik je sis..

Amir said...

tutup je terus formspring tu. rasanya tak perlu pun benda tu.

Emora Valeria said...

bukan kak zara saje yang kena,member saya pun ade kena same..makin hari soalan berbaur lucah

Nur Hawa Mohd Zin said...

zara camne nak wat tapisan komen ek?

(: syai_sharif :) said...

formspring memang tempat untuk menginvite stalker kan?? :PP
btw, page foms tu commelll lah! ^o^