Friday, May 21, 2010

Teaser Legasi Cinta Alisia Bab 22 : Kucupan Berbau Alkohol Di Gelanggang Noktah Kembara Cinta


“Chia Hau!”

Gelanggang bola keranjang di dewan bergema dengan jeritan ketua pasukan perempuan. Kuat dan memantul berulangkali walaupun terdapat penyerap bunyi yang diletakkan di dalam dewan. Dua manusia yang sedang asyik memadu kasih tersentak dengan suara menjerit bagaikan halilintar, muka menyinga penuh kemarahan, membersut tanda kegeraman.

“Relax Alisia. Calm down”

“Relax?”

“This had nothing to do with you”

“It do. This is my precious hall, my precious court, I train my  team here, so, better both you get lost!”


Tudung yang dipakai terasa disentap dari belakang. Alisia menoleh dan Johaina Lim sedang tersenyum sinis melihat wajah Alisia merah padam. Padan muka gadis kacukan di hadapannya kini. Apa kau ingat Brian Zaff Chia Hau itu milik kau? Dia milik aku perempuan, getus Johaina di dalam hati.

“Apa lagi Johaina?”

“Kenapa kau nak marah Chia Hau?”

“Aku marah kamu berdua. Better get lost before I lost my temper”

“Kau marah sebab nampak kami berkucupan? Cemburu?”

“Pergi mati dengan tekaan kau, aku nak cemburu untuk apa?”

“Sebab kau cintakan Chia Hau!”

“Kau silap! Dia pasukan bola keranjang aku dan tak pernah lebih dari itu”

“You can lie, but you can’t hide the feeling!”

“Go to the hell both of you!”


Pang!

Alisia terpempan. Chia Hau sudah berdiri disebelahnya dengan muka yang penuh amarah. Pipi kanannya dipegang, denyutan mula terasa. Chia Hau yang menamparnya sebentar tadi? Air mata yang mula tergenang di tubir mata ditahan. Tidak, dia tidak akan menangis di hadapan dua manusia celaka ini. Kecil dilihatnya mereka berdua saat ini. Chia Hau berjalan merapatinya.

“It’s none of your business, Captain”

“It is my bloody business. Go away, before this things get ugly”

“What?!”

“Go!”


Badan Chia Hau ditolak dari terus mendekati. Bau alkohol meresapi hidung Alisia. Lelaki itu tidak pernah minum selama ini. Pasti angkara Johaina, si celaka itu. Mata dikerling ke tepi dan Alisia mengucap panjang melihat hampir sepuluh tin minuman keras tergeletak di atas lantai. Chia Hau semakin merapati, menolak keras gadis itu ke belakang. Ditujahnya kepala gadis itu, benar-benar seperti hilang kawalan.

Dush!

Chia Hau terduduk di atas lantai. Darah mengalir dari bibir. Johaina menjerit dan merapati Chia Hau. Alisia berjalan ke arah mereka dan menarik rambut Johaina dengan kuat. Amarahnya sudah tidak dapat dibendung melihat perlakuan teman baik yang dipengaruhi oleh perempuan jalang dihadapannya kini.

“Ouch!”

“I told you, get lost!”

“It’s hurt, stupid!”

“Johaina, go away before you’ll become the next victim slut!”

“Damn you Alisia!”

“Before I called you as bitch, and report all of this to the school board, better get lost”

“You’ll pay for this!”

“Just bring it on, anytime!”


Cuak dengan amaran Alisia, Johaina bergegas pergi. Dia memandang Chia Hau yang sudah mula bangkit di belakang Alisia Rayyan tanpa gadis itu sedari. Pasti Chia Hau akan membalas segala perbuatan gadis itu sebentar tadi. Senyum sinis terukir di wajah dan gadis itu menyumpah Alisia dengan kuat tanpa sebarang tanda kesal dengan perbuatannya sebentar tadi.

“Argh!”

“Tergamak awak Alisia!”

“Awak lagi tergamak mengotorkan gelanggang yang saya sayangi dengan perbuatan keji awak!”

“Itu normal Alisia! Apa yang awak mahu kecoh?”


Pang!


[Legasi Cinta Alisia Bab 22]
21 Mei 2010
Jam 2105 (09.05 malam)

Muka Chia Hau ditampar kuat oleh Alisia. Tersenyap lelaki itu. Dia tahu, semenjak mereka berkawan, belum pernah gadis itu melakukan sebarang kekasaran kepadanya. Hari ini kali pertama dan baru dia tahu, mengapa ramai lelaki yang lebih senang berkawan dengan Alisia dari memusuhi gadis itu.

“Tampar saya lagi kalau itu boleh buat awak puas.”

“Keluar Chia Hau. Keluar”

“Tamparlah lagi.”

“Jangan paksa saya”

“Kalau berani, bunuh saya terus.”

“Tolonglah Chia Hau. Pergi dari sini”

“Pukullah saya kalau itu boleh buat awak puas hati”

“Awak yang minta kan?”


Muka lelaki Serani itu ditumbuk kuat. Perutnya ditendang, dan Alisia terus menyerang tanpa mahu berhenti. Biarkan dirinya lega dapat melampiaskan nafsu amarah yang bertimpa pada lelaki yang dianggap teman baik selama ini. Jijik melihat muka Chia Hau yang langsung tidak menunjukkan rasa bersalah. Geram memuncak di dalam dada dan gadis itu serasa mahu menyumpah sekuatnya. Senyuman sinis di wajah lelaki yang sudah penuh dengan darah itu menambah parahnya hati, membunuh segala perasaan yang mungkin masih bersisa.

Gedebuk!

Lelaki itu sudah jatuh terjelepuk, terbaring di atas gelanggang hijau tempat mereka menari suatu ketika dulu. Tarian tanpa muzik, tanpa irama alam, tanpa lagu. Yang ada cuma, mereka dan bola keranjang setia menemani hingga hujung permainan. Kepala yang berdengung sudah tidak dihiraukan lagi. Itu semua kenangan lama dan Chia Hau tahu, hari ini segalanya sudah musnah begitu sahaja. Apa yang tinggal buat mereka kini?

Ptuih!

Ludah yang dikeluarkan sudah bercampur darah pekat. Batuk yang semakin menggila bercampur baur dengan kesakitan yang tidak terperi. Perutnya senak setelah diterajang tanpa henti sebentar tadi. Cuba bangkit, tetapi kesakitan merajai. Mata cuba mencari Alisia Rayyan. Berpinar matanya. Gadis itu kelihatan terpuruk, duduk sambil menundukkan wajah di tepi dinding. Esakan kedengaran. Dari perlahan, bertambah kuat dan bahu itu tersengguk-sengguk menahan air mata yang sudah bergenang di hujung alis mata hitam itu.
   
Alisia menangis? Chia Hau cuba untuk melihat dengan lebih jelas. Cermin mata yang dipakai entah ke mana. Tangan berpaut pada tiang, mahu berdiri, merapati wajah kesayangannya selama ini. Bunyi yang dibuat menyebabkan Alisia mendongakkan kepala. Air mata dikesat dan gadis itu meluru pantas ke arahnya.

Aduh!
   
Hanya derapan terakhir kedengaran bergema di dalam dewan sebelum segalanya bertukar menjadi kelam dan terus hitam.

*******

Nota Kaki :
1. Jangan lupa untuk membaca Legasi Cinta Alisia Bab 22 malam ini hanya di Aksara Keraian.
2. Kali ini aku menulis dengan penuh semangat atas marga yang penuh emosi menulis Runut Irama Jiwa Kita.
3. Aku mungkin semakin lemah, tapi kau tidak akan berjaya menginjak aku.
4. Tangan bertambah kebas. Otak bertambah kusut. Betul ke ubat ni memang kuat sangat? *Bertahan Zara, bertahan*

Zara : Membuang manusia-manusia yang hanya menyakitkan bila dilihat perlakuannya. Malas berpura-pura lagi. Sudahlah hati tidak cukup ampuh membawa diri sendiri yang semakin lemah, kau makin curah perkara tidak bermaruah. Kau telah aku nyahkan dari senarai pembawa muntah.

2 comments:

Captain said...

“It’s none of your business, Captain”

uittt.. ko marah aku ke?! hahaha~

~NURUL~ said...

Salam kak zara! please la kluarkan buku je terus.. uhuk.. satu penyiksaan betullah.. huh bila y seterusnye keluar.. sila alarm saya ye :) mahu tolong belasah pompuan y sorang tu boleh?? ganas alisia..