Wednesday, May 05, 2010

Temuduga PPPS DG41 : Awak Satu-satunya Guru Yang Tidak Sentap Dan Sangat Menggembirakan.


Salam semua.
Terima kasih atas doa yang kalian titipkan buat aku.
Terima kasih atas tiupan semangat yang dikirim pada angin bayu.
Mari kita ikuti pengalaman aku hari ini.

7.10 pagi
Sudah tiba di Jabatan Tenaga Kerja Muar.
Temuduga aku bermula jam 7.30 pagi.
Ditakdirkan aku masuk ke Bilik Temuduga 1 - yang merupakan neraka bagi sesiapa yang masuk.
Sesi setiap orang tidak akan kurang daripada tiga puluh minit.
Dan aku manusia terakhir untuk sesi 7.30 pagi (aku masaku jam 11.30 hingga 12.00 tengah hari)
Manusia ke-9, walhal calon-calon untuk sesi 10.30 pagi sudah menunggu.
Alahai.

http://new.gradx.net/media/article/interview.jpg
Penemuduga aku kelihatan seperti ini, aku bukan macam perempuan itu.

Aku calon terakhir, manusia ke-9 untuk Bilik Temuduga Satu melangkah masuk selepas mengucapkan salam. Meletakkan fail di atas meja penemuduga dan berdiri di tepi kerusi hingga dipersilakan duduk. Tas tangan aku letakkan di tepi kerusi dan pandang tepat pada penemuduga sambil tersenyum.

Penemuduga : Cikgu, ini nota ke? (sambil unjuk buku lakaran aku)
Aku : Eh, maaf Tuan Haji.
Penemuduga : Buat nota juga cikgu?
Aku : Saya percaya pada persediaan sebelum buat sesuatu.
Penemuduga : (senyum) Bagus cikgu.

Aku letak buku lakaran yang mempunyai nota di bawah berdekatan dengan tas tangan. Menghadap muka penemuduga yang sedang menyemak butiran aku. Sambil itu dia berceloteh bertanyakan apa yang terkandung di dalam fail peribadi aku.

Penemuduga : Ini gambar cikgu dalam kad pengenalan?
Aku : Ya saya.
Penemuduga : Lain dari gambar pasport.
Aku : Itu waktu saya umur 18 tahun, gambar pasport umur 22.
Penemuduga : Yang depan saya ni pun lain.
Aku : Hari ini saya pakai cermin mata.

Selesai dengan pengenalan yang agak santai (walaupun khabarnya calon-calon lain sebelum aku tidak dapat peluang begini) sesi menghentam dan merisik pengetahuan bermula. Soalan pertama sudah cukup sakit.

Penemuduga : Cikgu mengajar di sekolah dalam Felda kan?
Aku : Ya saya.
Penemuduga : Apa nama penuh FELDA cikgu?
Aku : Ha?

Baiklah, soalan pertama sudah buat aku pitam. Macam-macam aku teka, F untuk apa, E untuk apa, L untuk apa, D untuk apa, dan A untuk apa. Itu soalan pertama yang buat aku gelak-gelak kasar di dalam bilik yang sepatutnya dikategorikan sebagai bilik maut dengan soalan.

Penemuduga : Cikgu, cikgu datang temuduga untuk jawatan apa?
Aku : PPPS Gred DG41.
Penemuduga : Apa itu?
Aku : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41.
Penemuduga : Apa tugas sebagai guru ya?
Aku : (mulakan aksi menggoreng)

Pelbagai aspek sudah aku sentuh. Banyak tentang dasar dan sebagainya, Memang menyentuh jiwa juga soalan-soalan yang diberikan. Seperti tidak mahu meluluskan orang sahaja, tapi aku dengan senyuman terukir di wajah menjawab setiap soalan yang diberikan tanpa mengubah lukisan wajah.

Penemuduga : Cikgu, dah berapa lama menjawat jawatan sekarang ini?
Aku : Alhamdulillah, lebih kurang enam bulan sejak 26 Oktober 2009.
Penemuduga : Mengapa memilih menjadi guru sedangkan kalau ikut keputusan peperiksaan cikgu layak memilih bidang lain?
Aku : (sudah menyusun ayat dalam kepala)

NKRA (National Key Result Area - Bidang Keberhasilan Utama Negara)

Penemuduga : Cikgu, apa dia NKRA?
Aku : National Key Result Area atau Bidang Keberhasilan Utama Negara. Diperkenalkan pada 27 Julai 2009 oleh Perdana Menteri kita dan mempunyai enam teras.
Penemuduga : Amboi cikgu. Baru tanya apa maksud NKRA, dah jawab semua.
Aku : (sengih)
Penemuduga : Berikan enam teras tersebut termasuk pecahan teras bagi teras ketiga.
Aku : (menghuraikan setiap satu)

PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

Penemuduga : Apa yang cikgu tahu tentang PIPP?
Aku : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Penemuduga : Bila diperkenalkan?
Aku : Tahun 2006 hingga 2010
Penemuduga : Boleh berikan saya teras-teras di dalamnya?
Aku : (sebut enam-enam ikut turutan)
Penemuduga : Sila pilih satu untuk dihuraikan lebih mendalam.
Aku : Teras kelima iaitu memartabatkan profesion keguruan.
Penemuduga : Sila terangkan.
Aku : Dewasa ini ramai yang memandang enteng kerjaya guru.
Penemuduga : Apa perkataan yang cikgu guna?
Aku : Enteng, macam pandang rendah maksudnya.
Penemuduga : (senyum)
Aku : (sambung meghurai dengan mendalam)

Teori pembelajaran.
MEB (Model Ekonomi Baru)
Tonggak Dua Belas
Pedagogi yang aku laksanakan di dalam kelas.
Pendekatan bersama pelajar dalam belajar.
Konsep Gabung-Jalin (nasib baik sudah telefon Abah pagi tadi)
Nama-nama menteri Kabinet, Menteri-menteri Besar.
KPI (Key Performance Indicator - Bidang Pengukuran Prestas)
GPS (Gred Purata Sekolah - cara pengiraan)
Headcount (TOV, ATR, ETR)

Penemuduga : Cikgu dulu ambil Kimia kan? 
Aku : Ya, saya. 
Penemuduga : Walaupun cikgu dah ajar macam-macam sekarang ini, boleh cikgu beritahu saya, bagaimana pemanasan global boleh terjadi? 
Aku : Ini salah satu cabang daripada Kimia Alam Sekitar yang saya pelajari (mula menggoreng teori)

Setelah beberapa minit.

Penemuduga : Cikgu, kalau manusia bernafas, apa yang dikeluarkan?
Aku : Karbon dioksida
Penemuduga : Siapa yang serap karbon dioksida?
Aku : Tumbuhan, pokok-pokok.
Penemuduga : Jadi, alam sekitar kita tidak seimbang?
Aku : Hakikatnya tidak. Mana boleh melahirkan begitu ramai manusia tetapi tidak menanam semula pokok-pokok yang ditebang kan?
Penemuduga : (senyum)

Eh, fakta kan yang aku berikan itu?
Ketawa sendirian bila memikirkan betapa aku sungguh gila seperti itu dalam situasi genting.

Penemuduga : Saya ada satus soalan bonus untuk cikgu. Dapat jawab cikgu boleh kahwin. Kalau Johor siapa ketua agama Islam? 
Aku : Sultan. 
Penemuduga : Bagus. Kalau Melaka? 
Aku : Yang Dipertua Negeri Melaka.
Penemuduga : Cikgu tak boleh kahwin. 
Aku : Eh, kenapa? 
Penemuduga : Yang Di Pertuan Agong jawapannya cikgu.
Aku : Baik. Eh, saya orang Johor, kalau kahwin di Johor juga Tuan Haji. (Ayat aku keji ke?)
Penemuduga : (ketawa)

Dan aku jadi senang hati walaupun debaran makin kencang dirasai sambil mata menjeling jam tangan. Bila mahu berakhir? Sudah hampir tiga puluh minit aku di dalam bilik yang sejuk itu sambil mengukir senyuman tidak henti-henti. Ya, aku kalau gementar memang kegilaan makin menjadi-jadi gembira di hati.

Penemuduga : Cikgu, sampai sini sahaja sesi kita.
Aku : Ya, baik. Terima kasih Tuan Haji.
Penemuduga : Sama-sama cikgu. Cikgu, saya kagum dengan awak.
Aku : Eh, kenapa?
Penemuduga : You're a very jovial teacher (Awak guru yang penuh sikap humor dan menggembirakan). Awak satu-satunya calon guru yang tidak sentap, emosi terkawal dan tidak mengalah bila diajukan pertanyaan.
Aku : Terima kasih Tuan Haji.

Aku menerima pujian itu dengan senang hati sambil tersenyum lebar keluar dari bilik temuduga. Berlainan sungguh reaksi aku dengan lapan orang sebelumnya. Soalan-soalan berbentuk fakta yang membunuh itu bukan sesuatu yang akan mematikan senyuman aku buat masa ini. Ah, apalah sangat soalan-soalan yang ditanya dengan cabaran yang aku terima penuh hinaan di dunia maya kan? Ketawa. 

Alhamdulillah, walaupun penuh dengan rintangan, aku berjaya melaluinya dengan tabah. Keputusan mungkin akan diumumkan dalam masa tiga bulan. Doakan aku berjaya agar aku mampu melangkah ke peringkat yang seterusnya. Induksi dan BTN, sila tunggu kehadiran aku ya?

Nota kaki :
1. Bercadang untuk menyambung Legasi Cinta Alisia Bab 18.
2. Sudah membeli sabun mandi yang baru.
3. Membuat persediaan untuk ke Mersing pada 7 hingga 9 Mei ini.
4. Terkilan tidak dapat mengiringi pelajar ke pertandingan catur peringkat negeri di Kulai. Jatuh pada tarikh yang sama perlu ke kursus di Mersing.

Zara : Terima kasih atas sokongan, kasih sayang yang kalian curahkan buat aku. Terima kasih atas doa dan semangat yang kamu berikan. Terharu dengan surat elektronik, Twitter, pesanan di Mukabuku dan sebagainya yang aku terima. Kalian tetap di hati ini. 

28 comments:

Hazzy Ishak said...

banyaknye soalan
pitam

With Love,
HazzySuperb

Pensel Kontot said...

wah ada harapan beb...

hehehe

azieazah said...

Syabas!

Ternyata pengalaman wpun pahit dan manis, memberikan suatu motivasi kekentalan yang sangat bagus...

Moga berjayaaaa...!

izzatt said...

huhuh...bilelaa saye nak g temuduga nie...cuaklaa plaks....anyway...ko telah beri aku semnagt..Tq

LyNn HaMzAh said...

semoga berjaya...

:: Feez_Mior :: said...

erk..kalaulaa diriku di tempat kamu..pasti sudah jatuh cinta dengan tuan haji interview..

gila byk soalan.soalan dah laa ssh.. haiya.. kalau pegi interview goyang kaki, pasti pengsan disitu..

Rabia Sensei said...

Welcome to the group, cikgu! Tahun ni tahun kedua saya sebgai cikgu. Don't worry about the interview. Kalau dia dah bagi comment macam tu dan awak pun boleh jawab. Sure no problem punya =D

Anyway, good luck dengan BTN dan Induksi. Masa tahun saya, kiterog dah settlekan siap2 dah masa KPLI dulu. Induksi ada assignment dan BTN ada group discussion, fitness test. Semua ada markah. Yang penting, have fun di sana!

kasih said...

hari ni saya senyum dengan gembira baca kisah temuduga kak zara.
semoga berjaya, dan gembira selalu.

lumut said...

bangga dgn zara..=)

Azrul Hisham said...

aku dah nampak ko ada harapan lulus temuduga tu..hehe :)

zeqzeq said...

ada harapan jadi guru BIOLOGI heee

fikah mus said...

waah. tahniah ye akak.
memang kool gile.
agaknya,akak ni mesti boleh kamceng dengan murid2 gak, dengan humor akak.

heee.
suka ini:
"Mana boleh melahirkan begitu ramai manusia tetapi tidak menanam semula pokok-pokok yang ditebang kan?"

joegrimjow said...

hoho
very like this
tekun ku membaca
;)


ku yskin ade somebody yg lg tekun membacanya
ahakss

k.e.r.i. said...

aku paling fail bab-bab interview ni.

Adziim said...

Hebat. Tahniah untuk Cik Zara.

manggosteen said...

like this..

NK said...

semoga kamu mendapat jawatan itu... amin =)

Kay Azhar said...

Wah Cikgu Zara....
Ternyata jawapan anda sangat2 mantap dan meyakinkan.
Kekalkan prestasi sebegini.


Boleh tak Kay jadi paparazi ala-ala perisik memerhatikan Zara dari luar sekolah? Hehehe.

zuraidah said...

20hb ni nak interview,dlm mencari idea termsk dlm blog zara.tq zara dpt membuka idea nak bc buku...wish me luck

Rahika HaliM said...

omg thanks zara. ini suma sangat2x membantu sebab saya pun nak interview jugak this coming august. huhuhu. memang kena banyak membaca jugak lah gamaknya ..:)

chekgu Moe said...

wow!!!

hebatnye cikgu.

nak jadi macam kamu jugak. salam kenal ya!

محمد رضوان عثمان said...

Pehh... kencang la Zara menjawab segala persoalan yang diajukan... goreng dengan penuh hemah namanya.

bro a'maL said...

errkkk.. mcm ni ke penemuduga tu tanya?? ((gerun))
Nway, tq sbb sahrae pengalaman tu. harap jd pedoman 2hb Jun nanti ((da mula gelabah))

Anonymous said...

insyaallah,nti pgi interview spp dg41 gak....dah nervous ni...fuuuh...fuuuhhhhhh

cik bulan said...

haha tahniah n gudluck. :)

kalau aku lah kat tmpat kau. nangis dulu gamaknya. bahaha.

pernah kena mcm tu jugak ditemuduga. mau pengsan. tsk

ABY imza said...

tahniah, sesi temuduga yang membanggakan..

Nurul Iva said...

Wahhh salute dengan awak. Saya baru semalam interview SPP tapi DH41, xtahu bagaimana boleh tercampak ke temuduga multimedia dan seni digital sedangkan degree saya penulisan kreatif. Saya ditanya tentang GST dan I.S (Islamic State) selamat tahu serba sedikit. Tapi apapun tawakal. Dalam bilik tu 5 calon masuk sekali gus tapi saya seorang shj bukan calon di dalam bidang multimedia. Hahahaha

Nurul Iva said...

Wahhh. Seronoknya baca pengalaman awak. Saya baru shj semalam (17/9/2014) hadir temuduga DH41 bidang multimedia seni digital.bsaya pun tak tahu mcm mana boleh ke bidang tersebut sedangkan sewaktu degree course creative writing. Saya ditanya tentang GST dan Isu I.S (islamic state) 5 org calon masuk serentak dalam bilik temuduga. Dan saya seirang sahaja bukan dr course tersebut berbanding 4 yg lain. Apapun, goodluck :)