Thursday, May 06, 2010

Tidak Memerlukan Tajuk Serta Sebab Untuk Terus Melukis, Mewarna Dan Menari Bersama



Tidak memerlukan tajuk.
Tidak melakar sebab.
Tidak membutuhkan sebab.
Tidak akan penat memikirkan alasan.

http://www.deshow.net/d/file/cartoon/2009-03/sweet-couple-cartoons-468-34.jpg

Akan terus melakar.
Lukisan akan terus dipersembahkan satu persatu.
Warna bakal dipercikkan selagi bersatu.

Walaupun tanpa muzik di atas pentas dunia.
Irama dalam marga sudah cukup buat tarian indah belaka.
Kalau itu bakal buat terpahatnya makna bahagia.

Layangan sekeping demi sekeping lembaran cinta.
Senyuman terukir di wajah yang penuh suka.
Hilangkan rasa duka.
Tidak perlu erti lara.

Shafaza Zara Syed Yusof
06 Mei 2010
5.55 pagi

*******

Dua purnama menyulam kasih disaduri perlip yang bukan omongan kosong. Nyanyian dan rakaman suara dendangan empunya marga memenuhi setiap inci gegendang telinga meresapi jauh ke dasar hati yang tahu ini yang dinamakan bahagia. Walau tidak mampu saat ini menyilang jari dan ikat reben merah bersama, sentiasa percaya dan yakin pada ketentuan Pemilik Arasy Yang Maha Esa. 

Nota kaki :
1. Bakal berpergian ke sekolah.
2. Mungkin menghantar pelajar ke latihan pusat daerah.
3. Eh, bila aku mahu mulakan garapan LCA?
4. Nakama yang aku tulis semalam adalah tentang teman atau kawan di dalam bahasa Jepun.

Zara : Cinta itu ibarat cahaya dan api. Bergantung kepada kita untuk menentukan adakah ia memberikan sekadar cahaya dan menghangatkannya atau sekadar membakar diri tanpa sebab yang nyata. Dan pasti semua orang akan memilih yang pertama. Sekadar berkongsi.

6 comments:

Adziim said...

Cantik gambar

Ada orang salah faham erti nakama?

Hizami Rahim said...

semoga berbahagia.
;)

Sharinginfoz said...

memang betul lukis aja.... apa yang ada di dalam kepala terjemahkan

Pandangan Mengenai GST

kenwooi said...

nice definition to love.. light and fire! =D

azieazah said...

Memang best kalu pandai melukis... dulu2 sanggup koyak buku latihan sendiri gak.. skang anak plak dok buat lagu tu... heeee

atty's said...

awal pagi ..zara dah dpt idea...