Wednesday, May 26, 2010

Titik Titis Bicara - Selingan Lantunan Runut Irama Jiwa Kita





Titik Titis Bicara

Senyum.
Ukir wajah.
Letak warna.
Ceria.

Muram.
Bibir melengkung.
Wajah suram.
Duka.

Bicara.
Manis, ayuh jamah semua.
Pahit, telan seorang, cicip bersama.
Masin, tuang laju bagi tawar.
Masam, tahan sama, mungkin nanti tukar rasa.

Ketawa.
Biar besar-besar, kuat-kuat.
Tangis.
Biar perlahan-lahan, teresak-esak.
Senyum.
Biar lebar-lebar, pastikan ikhlas.

Mendung, pinggir ke tepi.
Harapan palsu sebab diri masih rindu matahari.
Pasti.

Shafaza Zara Syed Yusof
26 Mei 2010

*******

Hadif Hafuza : Saya akan hantar rombongan meminang awak, pasti.
Afrina Afnan : Saya dan keluarga akan menanti.

Nota Kaki :
1. Situasi sukar.
2.Terasa hati.
3. Pujuk diri sendiri.

Zara : Kalaulah kamu tahu yang aku lebih memikirkan kesenangan kamu wahai teman. Kalaulah kamu mengerti apa yang aku rasa tatkala aku mendengar tutur bicara lembut yang kamu dendangkan. Kalaulah kamu tahu gelodak dan keruhnya minda aku atur bicara. Kalaulah kamu tahu itu cuma ketawa penuh berpura-pura.

5 comments:

naz said...

jangan bila panas doa minta hujan

joegrimjow said...

hujan jgn diminta panas

Eazy Izzuddin said...

awat..
hujan ka?
sedia kan payung sblm hujan
hehe
xD

fideila said...

hujan turun seperti memerli hati kita..

MuNsYi SaMa said...

terasa hati dgn siapa?