Monday, June 14, 2010

"Anak Kau Dah Pakai Tudung Pendek Macam Tu, Tudung Dia Yang Besar Beri Pada Aku Sahaja."


Baiklah.
Masa untuk berubah dari jadi manusia yang sopan kepada jahat semula.
Sudah cukup bersabar dengan kata-kata serta komentar yang diterima di Mukabuku selama ini.
Bila kau sekeluarga sentuh bahagian diri yang paling aku agungkan di dunia ini, kalian memang menempah neraka.
Silap bila kau sentuh hati Bonda aku, silap!

Status.
Kau tulis komentar mengutuk, aku biarkan sahaja. Kawan-kawan aku yang kenal aku lebih dari kau yang jumpa aku lima enam bulan sekali terkejut hingga telefon atau menghantar pesanan ringkas bertanyakan apa yang terjadi bila kau menulis begitu. Aku geram, malu dengan sikap kau sekeluarga, tapi aku masih diam, senyap sahaja. Aku biarkan tanpa sentuh atau apa-apa. Kadangkala aku buang sahaja status aku dan ganti dengan yang lain. Tak mengapa.

Gambar.
Aku letak gambar aku. Kau datang membuat ulasan menghina tatkala aku tidak berada di atas talian. Kawan-kawan aku baca dan saling tertanya-tanya apa yang kau sekeluarga ulas satu persatu. Sekejap kau, sekejap suami kau, sekejap anak kau, datang silih berganti bagai gambar aku itu tempat rekreasi. Tidak mengapa, aku anggap kamu semua perlukan hiburan. Aku langsung tidak ulas apa yang kau tulis, aku bersabar. Hendak padam, aku takut kau kecil hati. Aku biarkan sahaja.

Kemuncak.
Aku baru balik dari latihan mendaki gunung. Terlampau penat seperti yang aku khabarkan sebelum ini. Dengan kecederaan, kepala pening akibat cuaca yang membahang di luar, aku cuma mahu sedikit rehat agar aku lebih bertenaga untuk esok dan empat hari seterusnya. Tetapi apa yang terjadi?

Baru aku mahu melelapkan mata, Bonda pulang dari hospital dan terus mencari aku di kamar. Bonda hamburkan kemarahan pada aku disebabkan apa yang kau katakan pada dia. Kau kecilkan hati Bonda dengan menyindir dia tentang aku. Apa yang aku tuliskan di Mukabuku bersama teman-teman, kau hebohkan pada Bonda. Kononnya kau lebih kenal anaknya ini berbanding dengan Bonda yang tinggal serumah dengan aku?

"Fatima selalu guna Internet pukul berapa? Ada nampak dia tulis di Mukabuku sahaja. Dia tak masuk ke dapur ke?"

Perlukah benda itu kau sengaja tanya pada Bonda? Aku yang bayar Internet di rumah ini dan Bonda tidak pernah marah atau menegur tentang itu. Bonda faham dengan ruang yang aku perlu dan aku membantu dia di dapur dan segala kerja di rumah tanpa perlu dia memaksa aku. Tidak pernah. Aku bangun awal pagi, bersiap memasak atau menyediakan sarapan serta menolong apa yang perlu dengan Bonda. Kau duduk serumah dengan kami ke? Perlukah Bonda mencanangkan pada semua orang apa yang anak dia ini buat? Tidak perlu kerana apa yang aku buat sudah cukup bagi dia. Tapi kau, orang luar, menyakitkan hati Bonda begitu?

"Eh, anak kau, si Fatima tu dah pandai pakai tudung belit-belit macam Yuna sejak kerja ni. Mana tudung dia yang besar-besar? Beri pada aku sahajalah."

Apa niat kau cakap begitu pada Bonda? Kau guris hati saudara kandung kau dengan ayat begitu. Kau buat Bonda berkecil hati dengan aku, sungguh berkecil hati hingga apa yang aku cakap sudah tidak diendahkan langsung tadi. Bonda menganggap aku anak nakal yang tidak boleh menerima teguran bila aku tertanya-tanya apa niat kau katakan begitu pada dia. Apa kau mahu kata Bonda tidak pandai mendidik anak? Apa kau mahu hina Bonda kerana dia seorang guru agama dan anaknya berperangai begini? Itu niat kau ke?!


Aku masih juga pakai begini ke tempat kerja. Kau mahu tuudung aku yang murah ini? Kenapa? Mana gaji kau yang beribu itu?


Aku masih juga berpakaian dan bertudung begini untuk ke majlis-majlis atau ke mana sahaja aku pergi. Hatta ke sekolah sekalipun, masih tetap begini.


Kadangkala mengenakan begini pun menjadi masalah buat kau? Aku nampak kau pakai begini juga. Tidak pernah aku kata apa-apa. Oh, mungkinkah sebab tudung aku tudung murah?


Nampaknya pemakaian tudung begini buat kau sesak nafas ya? Gatal mulut kau mahu berceloteh dengan Bonda disebabkan anak sulungnya berpakaian begini?

Tahniah.
Tahniah.
Tahniah.

Kau mengoceh dengan begitu hebat. Apa yang aku boleh buat? Tiada apa-apa. Aku memujuk Bonda dengan bersungguh-sungguh. Aku cuba lembutkan kembali hati Bonda. Esok aku bakal berpergian, kalau Bonda tidak merestui aku, aku mati di pertengahan jalan, aku akan jadi anak derhaka. Itu yang kau mahu aku jadi di hujung nyawa dan hayat aku? Itu kah?

Aku buang kau dari senarai Mukabuku. Tunggu, bukan kau seorang. Suami kau. Anak lelaki kau dan juga tiga anak perempuan kau. Eh, aku mana kejam. Aku kan anak saudara yang baik kan? Aku buang, aku halang (baca : blocked) kau dari masuk ke Mukabuku aku (walaupun kau berusaha untuk masuk ke Mukabuku rasmi aku di sekolah) dan juga melaporkan kau (baca : report as spam). Tidak, aku bukan kejam. Aku buat ini untuk kebaikan bersama. Biar kau boleh terhalang dari melihat siapa aku dan dunia aku. Biar kau cari benda lain untuk mengata aku.

Oh ya, mungkin kau tertanya-tanya kenapa aku tidak pernah menulis atau memberikan ulasan balik bila kau mengutuk aku sesuka hati sebelum ini. Jawapan aku mudah bila adik-adik melihat aku mengamuk macam orang gila akibat tidak dapat mengawal ekmarahan tadi (sudah tentu Bonda tiada di rumah untuk melihat itu semua). Sebab aku masih punya rasa hormat yang tinggi. Tapi kalau kau hakis sedikit demi sedikit, jawapannya pasti, aku akan hilang diri. Dan kau bersedia untuk aku hindari.

Nota Kaki :
1. Masalah makin bertambah rupanya.
2. Tidak mendapat rehat dan aku rasakan degupan jantung aku semakin lemah. Rehat Zara!
3. Tidak dapat langsung melelapkan mata.
4. Sudah menggunakan kata-kata kasar pada nakama tadi, disebabkan aku dalam keadaan marah. Betapa aku rasa bersalah pada dia, walhal aku sedar, dia dapat membuatkan aku lega dengan kata-katanya.
5. Terima kasih buat doktor comel yang gilakan Faizal Tahir seperti aku yang memberikan nasihat juga di Twitter buat aku.
6. Gadis manis yang meminati Zahiril Adzim dan sekuntum ros merah, terima kasih buat aku lega dengan janji mahu meminjamkan aku bahu walaupun hanya di Twitter. 

Zara : Disebabkan kemarahan aku yang meluap gila tadi, Twitter aku mencapai tahap yang sepatutnya kurang dari setengah jam. Ya, itu satu-satunya tempat aku dapat emluahkan kemarahan dan menghamburkan tekanan yang mencengkam. Oh, aku mahu buang air besar, moga-moga kemarahan aku akan terus masuk ke dalam tandas.

23 comments:

sI tEDI said...

Manusia tidak akan senang dngan kesenangan orang lain!

Anem arnamee said...

Lihat..Kesabaran seorang zara juga ada hadnya, semoga terus diberi ketenangan untukmu, syg:)

AISHA SAAD said...

mcm2 kann??
sbr okk.
orng2 cm tuh mmg ahh.
pelik2 ayamm.
heshhh./

jgn marah2 dah pas nih, kang jadik ur bonda lagik rasa sedihh.
be patient okk?
allah wif u forever!

Yern Ain said...

Cik Zara sabar okay. Mungkin ada kelebihan pada Zara buat dorg cemburu. Lantas memporak-perandakan kehidupan Zara.

Ingat Allah sentiasa bersama golongan yang sabar.

Smile :)

koshary said...

usbuur kak zara. usbuur.
akan ada kelapangan daripada kesulitan.

Ery Farieha said...

manusia mmg ade je yang macam ni
hurmm
susah~

naz said...

pergh sayang betul orang ramai kat u zara haha tapi tak sayang mulut. bunuh dia bunuh haha

MuNsYi SaMa said...

really hope she and her family reading this. Nak nasihat ada caranya.dan merendah2kan org lain tu bkan nasihat.semoga dpt hidayah Allah.

sabar dan rehat saja.

cHeRyNa PiReS said...

kak sha ingat kak sha saje yang ada masalah macam nieh. sabarlah zara...

L said...

dah berak belum ni? =p

My lady, be patience. Allah knows better what U r facing there. take a good rest and I do want U to be happy. My children's Godmother should be a happy young lady right?

We missed U.
Yeah, we totally do.

Go to the hell those stupid fellas, even tho they might be your relatives, they shouldn't do that. Be patience darling.

With Love.
Hazami Bahrin Daniel & Family.

hans said...

kenapa semua pasal ko makcik ko amik tahu zara..
gilalah tak ada privacy...

chybee said...

sabar la. kadang2 mmg ade orang xde kerja. obviously diorg ni cemburu. mungkin gila jugak. be good. take care.

mier@merr said...

erm...aku harap takkan terjerumus dalam masalah begini..sbb aku bukan org tinggi sabarnye.. fire je karang!!

Oh Malaysia said...

sedih. sabar ye zara. Allah takkan uji kita kalau Dia tahu kita x mampu menghadapinya...

aLya said...

sshnye bile de org xleh tgk org hepy..
sbar ye!!

Emora Valeria said...

benda ni terjadi gak kat family sy kak.bila orang tak senang ngan kita,macam2 benda dia nak selongkar kat fb.sabar kak.

Dean said...

bese la.mulut tempayan leh tutp.mulut orang takleh tutp.tapi kt leh cili je.wahaha.pape pun..sabar je la okay.jangan dilayan manusia sebegitu.kerana ia hanya memmbazir masa anda..:)

Dean said...

bese la.mulut tempayan leh tutp.mulut orang takleh tutp.tapi kt leh cili je.wahaha.pape pun..sabar je la okay.jangan dilayan manusia sebegitu.kerana ia hanya memmbazir masa anda..:)

Mohd Adziim said...

Ayat yang last itu buatkan aku...ketawa.

The Poyo Me said...

"Aku jugak selalu ke FB, online sampai sepanjang masa.

tapi setiap hari dapur aku berasap juga. Dapur kamu kalau berasap, sama ada bibik kau tengah memasak, atau telur dadar yang kau masak itu hangus. hahaha!"

well, that's my word if i am asked like that. You should do the same too!

*ps. biasalah orang yang bajet dia paham kita lebih dari teman2 kita yang lima nam tahun kenal. bencii

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

sabar... roda itu bulat.. nanti sok sok dia pulak terjelepuk ke bawah.. mungkin dia tak sedar.. dia juga punyai anak perempuan... sabar ok.. :D

nurulrahayu said...

babe....tenang okay, ibu memang akan melenting dulu, kemudian walau apa pun ibu tetap ibumu yang xpernah xsayang kamu...... mereka?...jeles kot anak dier xglam cam kamu...hahahaha.. xoxo mis ya

MrSup said...

saba2..mulut org mmg mcm tu..tak leh nk tutup cam mulut tempayan..tak senang dengan ape yg org buat.. byk2 bersaba yer.