Friday, June 11, 2010

Awak, Saya Tak Suka Perempuan Yang Gila Bola. Kalau Ajak Awak Bercinta, Boleh Terbalik Dunia.


Salam semua.
Apa khabar kalian hari ini?
Maaf, pagi tadi penulisan agak emosi.
Senyum.
Sudah bertambah baik selepas meluahkan.

Laporan hospital.
Nenda masih di hospital. Dia sudah redha dan bersetuju untuk menerima rawatan di mana sahaja. Sebelum ini dia berkeras enggan pergi meneruskan rawatan disebabkan mendengar omongan kosong yang prosedur itu merbahaya. Ah, mahu sahaja aku layahkan penampar pada orang yang menyatakan, 1 daripada 1000 orang akan mati kalau melakukan prosedur masukkan kamera di dalam perut. Nenda mungkin takut menjadi peratusan yang 1 daripada 1000. Alhamdulillah, hari ini dia sudah bersetuju.

Ada doktor kacak yang serupa dengan Ashraf Muslim di hospital tadi. Eh, comel. Tidak, aku pandang hanya sekali sahaja bila dia lalu di hadapan mata. Betul, aku tidak berpaling untuk kali kedua disebabkan aku ternampak gambarnya terpampang di dinding pula. Eh, kalau renung di situ tidak mengapa kan? Ketawa. Ah, jangan jadi nakal.

Pesanan pelik di Mukabuku.
Aku ada menerima pesanan di Mukabuku. Menurut tuan punya diri, dia adalah pembaca blog aku. Ah, mari kita ikuti apa yang berlaku di dalam perbualan kami. Oh ya, aku sekarang ini menjadi manusia yang lebih sarkastik lebih daripada biasa, maka, janganlah cuba membuat onar, lebih-lebih lagi kalau kamu perempuan yang tiba-tiba menyerang aku tanpa usul periksa. Mari letak nama dia sebagai T.

T : Hai Zara. Saya pembaca blog awak. Blog awak menarik.
Z : Salam. Terima kasih membaca blog saya.
T : Awak suka bola ya?
Z : Suka, kenapa?
T : Saya tak suka perempuan yang gila bola. Saya nampak awak letak 'cursor' Manchester United.
Z : Eh, saya memang minat Manchester United.
T : Piala Dunia mula hari ni. Awak tengok juga ke?
Z : Mestilah! Sekali dalam masa 4 tahun tu.
T : Awak, saya tak suka perempuan yang gila bola.
Z : Apa motif awak cakap begini dengan saya?
T : Kalau ajak awak bercinta, boleh terbalik dunia.
Z : Kejadah nak ajak saya bercinta bagai? Dan kenapa boleh terbalik dunia?
T : Sebab kalau lelaki, dia sampai tak hirau kekasih di tepi. Kalau awak pun mesti begitu kan?
Z : Eh, awak tak tahu ke saya sebenarnya lelaki?
T : Biar betul?
Z : Betul, saya lelaki.

...dan sudah hampir satu jam (ketika aku menaip ini), T tidak membalas lagi pesanan aku. Apakah dia sudah mati atau pitam dengan penipuan aku? Ketawa.


Ya, sepak mula hari ini!

Oh, aku memang gilakan bola sepak. Terima kasih buat mereka-mereka yang mengecam aku kalau pasukan yang aku sokong kalah. Eh, kalau mahu menerima nasib yang sama dengan murid-murid atau rakan sekerja aku di sekolah disebabkan mengapi-apikan aku, ayuh, buka gelanggang, kita beradu. Senyum.

Untuk Encik T.
Maaflah kalau kekasih hati kamu perempuan yang gilakan bola macam aku. Jangan nak melampiaskan kemarahan pada aku yang tidak ada kena mengena ini ya? Oh, untuk pengetahuan kamu, bekas kekasih pertama (oh, nak juga tulis kan? - walhal itu cerita 3 tahun lepas) aku, tidak kisah dengan fakta aku sukakan bola sepak dan gila menonton setiap perlawanan.

Eh, sangat menarik kalau kekasih sama-sama suka menonton bola sepak. Itu satu hobi yang boleh dikongsi bersama, dan lebih menarik kalau berkongsi minat kelab atau negara yang sama. Ketawa. Eh, itu dikira satu impian ke untuk memiliki jejaka sebegitu rupa? Oh, mimpi Zara, mimpi di siang hari lagi.

Nota Kaki :
1. Bertungkus lumus menyiapkan menanda kertas jawapan pelajar.
2. Bersedia untuk Piala Dunia. Bak kata Bonda, tahajud jangan lupa. Ya, agak sentap di situ.
3. Nakama, senyum mari. Senyumlah ya? Aku tidak pandai pujuk orang agaknya. 
4. Ketawa dengan keberanian orang yang bertanya soalan-soalan panas di Borang Spring atau di Mukabuku. Aku sudah nyatakan, aku tidak akan buka siapa pun manusia disebalik itu. Sudahlah.
5. Sudah lama tidak bermain futsal. Akhir sekali bermain semasa hari guru. Alahai.

Zara : Tangan lenguh sedikit tetapi masih lagi berusaha untuk menaip dan menggarap sesuatu. Ah, kalau tidak sempat malam ini, mungkin di waktu lain. Aku semakin tumpul dalam menulis agaknya.

22 comments:

eNaSaN said...

ku juga suka ngK bola...


(^_^)

MuNsYi SaMa said...

suka bola je ke? main bola reti ke?huhu

LORD ZARA 札拉 said...

eNaSaN :

harus ok?

ha ha ha~

LORD ZARA 札拉 said...

MuNsYi SaMa :

ni mesti tak baca habis ni~

reti la hun~

haip!

makdara terdiva said...

akhirnya berjumpa jugak dgn perempuan peminat bola..hehe!

i'msosupernotcool said...

haha..
he was all into u i think..
xcept for the fussball part..

i wonder if he noe how to kick balls..
lol..

Hazzy Ishak said...

tak penah main bola, tak minat bola sepak tapi setiap kali abah ajak ke stadium tak penah cakap tak

adakah aku seorang gila bola
hahaha

noor afzan said...

wahh..kat opis sayapun ada 2,3 pompuan yang fanatik bola.

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

eh, runut kita sama! harharhar!

MU Fans >_ said...

mengapa cursor MU sudah tiada?

LORD ZARA 札拉 said...

makdara terdiva:

ha ha ha~

hoyeah sis!!

LORD ZARA 札拉 said...

i'msosupernotcool :

well, I hope so not.
LOL!

fussball huh?
aww~

LORD ZARA 札拉 said...

Hazzy Ishak:

kalau aku kata Ya?

ha ha ha~

LORD ZARA 札拉 said...

noor afzan :

woot2~

dasat ah~

LORD ZARA 札拉 said...

Blog Anuar Kamaruddin™:

aww~
geram tau~
ha ha ha~

LORD ZARA 札拉 said...

MU Fans >_ :

eh, ada je~

=)

Hizami Rahim said...

haha.
okay what perempuan minat bola.
that's fun.
;)

CIK FAYYAD said...

hehe.
i kenal lots of girl yang gila bola..
ok je..
ada juga yang anti bola..
for me..football represent the unity..

Mohd Adziim said...

1st skali jangan tampar saya ye.
:p

Merujuk kepada "1 daripada 1000 orang akan mati kalau melakukan prosedur masukkan kamera di dalam perut."

Siapa yang menyatakan risiko peratusan itu? Saudara mara nenda atau doktor sendiri ?

Apa-apapun memang benar prosedur ini ada risiko dan mati semasa prosedur adalah tidak mustahil.
Contoh paling mudah cardiac arrest/heart attack mungkin boleh berlaku semasa prosedur endoscopy itu dijalankan tapi sangat-sangat dan teramat sangat jarang berlaku.

syazrina said...

haha.
ok ape perempuan jadi peminat bola
kan kak zara :)

ecah said...

terbaik~

Shahira said...

cool je perempuan minat bola. sy pn minat bola jugak :D