Thursday, June 03, 2010

Cikgu Dah Jadi Apa Sekarang? - Bila Terjumpa Bekas Anak Murid Pertama


Salam semua.
Oh, hari yang penat dan kacau bilau.
Pening kepala dengan telatah budak-budak.
Dengan kertas jawapan yang menimbun.
Alahai.


Alhamdulillah, hari ini aku sangat gembira.
Aku masih milik Allah, Abah dan Bonda sahaja.

Terjumpa dengan bekas anak murid pertama.
Aku menjalani Latihan Mengajar pada tahun 2007 - ketika aku melangkah ke sekolah pada 2 Julai 2007, aku masih belum berumur 20 tahun. Senyum sahaja aku mengenangkan betapa jarak usia aku dengan pelajar-pelajar itu sekurang-kurangnya 2 tahun sahaja. Dan tadi, aku ada terjumpa bekas anak murid aku sewaktu di kedai. Alahai, aku terlupa walaupun sekolah itu sekolah berasrama di bandar, tetapi anak-anak murid adalah dari pelbagai tempat juga.

Murid : Cikgu!
Aku : Eh?
Murid : Cikgu tak ingat siapa saya? 
Aku : Awak! Di mana sekarang ni?
Murid : Dah masuk universiti. Sekarang ambil kejuruteraan, diploma sahaja.
Aku : Apa salahnya?
Murid : Cikgu di mana sekarang? Dah jadi apa?
Aku : Cikgu jadi cikgu lah. Ada dekat-dekat sini juga.
Murid : Sambung belajar ke tak cikgu?
Aku : Haish, belum lagi.
Murid : Nampak sama macam dulu.
Aku : Awak dah lain sedikit.
Murid : Dulu kanak-kanak, sekarang dah jadi lelaki dewasa.
Aku : Baru 19 tahun.
Murid : Umur cikgu pun nak masuk 23 kan?
Aku : Takde lah tua sangat kan?
Murid : (Ketawa)

Murid pertama yang aku ada dari dua peringkat.
Kimia - Tingkatan 4.
Sains - Tingkatan 2.
Oh, guru praktikal memang tidak boleh mengajar kelas peperiksaan biasanya.
Maka, beza aku dengan anak murid aku ketika itu adalah 4 tahun dan 6 tahun. Eh, tidaklah besar sangat kan?
Tidak, tiada anak ikan di sini ya?
Ketawa.

Kenangan zaman remaja yang penuh warna dengan anak-anak itu. Ah, pernah bertikam lidah dengan anak murid yang enggan panggil aku cikgu disebabkan aku terlalu muda. Dia kata, cikgu sebaya kakak saya, saya tak boleh panggil cikgu. Aku ketawa bila mengenangkan betapa saat itu pernah tiba suatu ketika dahulu.

Penulis blog yang ketawa ceria.
Entah siapa yang menghantar aku surat elektronik dan memuji gambar yang menjadi kepala blog saat ini. Hidup kita kena ceria wahai sahabat sekalian. Walaupun mungkin matahari tidak muncul di saat kita memerlukan panas dan cahaya, jangan pernah berhenti mencari tahu? 


Muka lebar dan bulat.
Hidung besar dan bibir tebal.

Khabar angin rombongan meminang.
Mentang-mentang aku pernah meletakkan status bertunang di Mukabuku, ramai yang menyatakan aku akan bertunang musim cuti sekolah yang akan bermula lagi sehari. Silap ya teman-teman, aku masih sendiri tanpa teman lelaki. Maka, tiada ertinya menebak aku dengan kata-kata sebegitu. Tidak akan berbekas sedikit pun di dalam hati.

Tidak.
Aku tidak akan melatah.
Hanya disebabkan kata-kata pemusnah.
Jodoh itu telah ditulis oleh Allah.
Tidak perlu dirisaukan lebih-lebih hingga boleh menimbulkan amarah.
Aku tidak akan rasa resah.
Maka kau yang mengoceh, jangan gelisah.
Ini urusan hidup aku yang masih sendiri dan bahagia di bawah rumah.
Milik Bonda dan Abah.

Senyum.
Peluk diri sendiri.
Aku cinta manusia yang bernama Zara ini.
Gadis gemuk yang senyum nampak gigi.
Dia masih tegar hidup di alam realiti.
Manusia beku umpanan alam maya yang tidak pernah mati.
Insan yang sama yang menurut kata hati.
Tidak akan membenci.
Walaupun disakiti.

Nota Kaki :
1. Kemahiran Hidup Perdagangan Tingkatan 1 dah selesai.
2. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4 dah selesai.
3. Kimia Tingkatan 4 dan 5 masih dalam proses Kertas 1. Ya, aku benci borang OMR.
4. Sains Tingkatan 4 baru selesai hari ini.
5. Kertas Sejarah Tingkatan 1 belum bermula. Aku benci kertas OMR.

Zara : Mendendangkan lagu Syukur nyanyian Altimet yang sangat dekat dengan diri saat ini. Oh, selepas ini lagu Raja Drama (baca : Drama King) pula. Sudah menukar dari talian prabayar ke bil tengah hari tadi. Mudah sedikit untuk menggunakan GPS.

17 comments:

My Life said...

SALAM..

SEMOGA TERUS MENJADI SEORANG GURU YG LUHUR BUDINYA..

BE STRONG DEar (-_-)

hans said...

cikgu zara

rossoneri said...

wah, mesti rasa best kan jumpa bekas anak murid..saya tengok cikgu2 saya dulu2 tu,kalau jumpa bekas anak2 murid dia, bukan main gembira je dia..

Anonymous said...

ko suruh jer abah ko carikan laki.. senang.. tak payah pening2 kepala nak bercinta..

LORD ZARA 札拉 said...

My Life :

I'm always strong anyway~
There's nothing to ramble about in life.
Right?

=)

Hans :

Hai Hans!
Kembar tiri gua~

Ross :

amat woo~
kih3~

ANON :
aku tak kemaruk lagi~
hidup single itu happy u olls~
ha ha ha~

Hizami Rahim said...

cewahhh.
;)
ada bekas pelajar kenal lagi.
bagus.
;)

~Ann~ said...

Paling syok ada cikgu yang satu kepala satu geng.. hahaha


bila cikgu diingati, mesti ada something sooo special to extend that memory kan.. waaaaaaaa!

Jard The Great said...

single? =)

kamu masih muda... takpa..

.alie. said...

banyak giler kelas sis ambik..
wowww ni takut nak g skool ni

JohnJenin said...

pakcik agree dengan komen Ann. Mesti anak murid tu ada ape2 sebab dapat ingat muka kamu lagi Zara. peminat kot :P

Cik Lizi said...

hi cikgu zara

saya cikgu lizi

eh
ex cikgu
hehe

;)

Hazzy Ishak said...

anak murid tak ngorat ke?
he he he

roslaini saad said...

Baru mengajar .bekas anak murid tak ramai lagi.. kalau dah lama macam akak ni... anak murid dah jadi rakan sekerja..

satu lagi... Jangan ingat orang tak ada boifren tak ada yang masuk meminang.... heheh akak tak ada boifren tapi kawin...

semuanya Jodoh dan percaturan Allah....

Legasi Piston Pecah said...

bestnya bergelar cikgu..ada gak anak murid egat kan?ish..besh la tu..nasib baik takda anak murid yang gatal kan?hihi

---------

Entri baru : [REVIEW] Lagenda Budak Setan

atty's said...

salam zara ..besh dpt jadik cikgu .pada murid2 yg lebih kurang je umur..
mesti mencabar..

Anonymous said...

Muka cikgu memang macam kentang! (Jangan Marahh aa) tapi tulisan cikgu memang hebat dari kentang goreng.. !!

Mujur ada yang sudi berkarya secara percuma di blog.
Saya cadangkan cikgu kumpul tulisan ini dan dibukukan.

Pengalaman seorang Guru Muda pasti ramai yang akan membeli. Saya pasti akan beli 10.

Dari peminat Rahsia.

Anonymous said...

Muka cikgu memang macam kentang! (Jangan Marahh aa) tapi tulisan cikgu memang hebat dari kentang goreng.. !!

Mujur ada yang sudi berkarya secara percuma di blog.
Saya cadangkan cikgu kumpul tulisan ini dan dibukukan.

Pengalaman seorang Guru Muda pasti ramai yang akan membeli. Saya pasti akan beli 10.

Dari peminat Rahsia.