Tuesday, June 29, 2010

Cikgu, Kalau Asid Ni Kena Jari Ni Nanti Rosak Tak? Takut Nanti Harga Hantaran Jatuh Cikgu.


Salam semua.
Masih dalam proses menaip Legasi Cinta Alisia yang aku tulis tangan semalam sambil membuat eksperimen di dalam makmal Kimia. Oh, aku punya kegemaran dari Latihan Mengajar dahulu adalah buat eksperimen dahulu sebelum aku tunjukkan pada pelajar. Maka, tidaklah nampak, jika hasilnya tidak memberangsangkan di hadapan pelajar kerana kita telah mencuba sendiri dahulu. Oh, aku ada pesan sedemikian pada junior aku juga.


Satu-satunya gambar yang masih ada dalam simpanan. Memang sadis.
Oh, kenapa gambar besar sangat ni?

Tadi aku buat eksperimen penghabluran, penapisan dan juga penyulingan di dalam makmal. Ya, akhirnya aku dapat juga menguasai makmal kimia kembali walaupun hakikatnya hanya untuk dua bulan. Ah, asalkan dapat merasa walaupun sekejap sudah lebih dari cukup buat aku. Ketawa. Oh, hari ini eksperimen Sains Tingkatan 4. Esok boleh buat eksperimen Kimia Tingkatan 5. Gembira.

Aku : Bahan yang kita gunakan hari ini adalah asid nitrik dan kuprum oksida.
Murid : Kalau asid yang itu meletup tak?
Aku : Asid ini cuma 2M (2 molar) sahaja. Tidak meletup kalau kita buat eksperimen ni.
Murid : Ye ke cikgu?
Aku : Sebab itu bila saya pesan suruh baca buku praktikal, baca. Ini buku pun tak bawa. Kan kita nak campur asid dan kupum oksida ni, kacau dan turas selepas itu.
Murid : Kalau kena jari, nanti rosak tak? Takut nanti harga hantaran jatuh.
Aku : Harga hantaran? Banyak songel ya? Awak tengok sahaja saya buat kalau tak nak.
Murid : Alah cikgu...

Tiba-tiba aku rasa suhu darah aku meningkat secara tiba-tiba bila mendengar soalan sebegitu. Kenapa ya? Dulu di universiti, guna asid sampai 18M, semua orang hampir tiada perasaan pun. Buat eksperimen dengan gembira. Kerana apa? Sebab sudah membuat persediaan sebelum masuk ke dalam makmal. Ini bila ditanya mahu buat eksperimen apa, satu pun tidak boleh dijawab, memang boleh menimbulkan amarah.

Oh, aku kurang gemar dengan kuprum oksida. Tadi terkena jari, habis kuku aku menjadi hitam disebabkan serbuknya berwarna hitam. Haish, balik nanti ketip sahaja kuku, senang. Ketawa.

Sedang menunggu hasil penyulingan garam. Selamat hari Selasa semua!

Nota Kaki :
1. Berusaha menyiapkan legasi Cinta Alisia Bab 27 secepat mungkin.
2. Tidak menjamah sebarang makanan dari pagi tadi.
3. Gembira akan sesuatu.

Zara : Oh, buat mereka yang gemar menjemput aku bermain apa sahaja jenis permainan di Mukabuku, maaf ya? Aku memang tidak menggunakan aplikasi permainan, dan kalau aku rasa kamu sungguh dan sangat keterlaluan, jangan hairan bila kita bukan lagi kawan di dalam sana. Senyum.

13 comments:

.:: Miu Miu ::. said...

saya pun tak suka copper oxide! tapi rindu zaman sekolah, buat eksperimen dulu, lepas siap, boleh buat eksperimen sendiri. campur2 semua chemical dan tengok sendiri hasilnya :D

hudhud said...

i love chemistry ! tp I belajar dalam Malay. lagi best I rasa. hehe :P

:: Feez_Mior :: said...

Kenapa aku rindu zaman bergelar murid skrg?

heh, sabar ya cik zara. murid skrg bukan spt dizaman kita. lebih ramai terleka dan alpa.

HEMY said...

huhu..aku pun mmg minat gak wat eksperimen...hehehehe masa sekolah la..pastu malas ah

Mohamad Izwan said...

eksperimen garam ke?..lupe dah menda ni..hehe..

Ryoki said...

dulu mnt gler r ngn eksperimen bio n kimia.. tp last2 msk u, tercampak lam computer sc... frust gler... huhuh

Fiffy said...

zara, suruh dorg wat exp guna silver nitrate weh, soh dorg rendam tangan dalam tu. tau la mcm ne dorg nak cuci tangan bila balik. wakakaa

Hizami Rahim said...

haha.
tahu takpe.
sebelum masuk makmal dah kena tahu how to conduct the experiment.
:)

Hazzy Ishak said...

dulu cikgu suruh belajar tapi tak mahu. asyik main main cinta saja
haha

MK Kimi said...

Owh...suka duduk di makmal bila ada kerja. Skrg aku bkn bdk kimia lagi...
Bio plak...huhu

Nur Su'aidah said...

zara! pernah kelas ku terbakar masa form4 gara2 litium. miahahah~

Farid MOFASAD said...

pppppppppprrrrrruuuuuuuutttttttt

Syukie said...

Tak bahaye ke cikgu men dgn bahan kimia tu...:D