Sunday, June 27, 2010

Dia Ini Teman Lelaki Saya Cikgu | Kalau Betul Teman Lelaki Awak, Boleh Saya Tahu Tarikh Lahir Dia?


Salam hujung minggu.
Murid-murid aku kebanyakannya mengatakan bahawa ayat-ayat yang aku gunakan untuk membasuh mereka kembali semakin ganas. Oh, mungkin mereka tidak mengetahui betapa cikgu mereka ini seorang yang sangat sarkastik bila perlu sebenarnya. Maka, kalau menggunakan istilah kasarnya, cuba 'menghanjing' apa yang tidak sepatutnya di dalam kelas, maka sila bersedia untuk rasa sentap sampai ke ulu hati dengan ayat sarkastik aku.

Minggu ini adalah minggu perbincangan kertas soalan peperiksaan. Cuma ada kelas tertentu sahaja yang aku sudah memulakan sesi pengajaran. Yang lain kebanyakannya masih mengulangkaji dan membuat pembetulan kesalahan sewaktu peperiksaan. Ah, sudah ditunjukkan di dalam kelas, juga masih ada kesilapan yang sama sewaktu membuat pembetulan. Tetapi tidak mengapa, macam yang aku pernah nyatakan pada mereka, kalau kesilapan dilakukan di dalam kelas, aku masih boleh menerimanya kerana itu sebahagian dari proses pembelajaran. Tapi kalau diulang di dalam peperiksaan, memang aku ajar nanti. Ketawa.

Soalan Objektif.
Disebabkan sekarang ini musim Piala Dunia 2010, maka, untuk membaca jawapan haruslah menggunakan akronim pasukan di dalam Piala Dunia untuk memeriahkan suasana (dan juga untuk mereka yang sukar membezakan B dan D).

Aku : Satu A.
Murid : Argentina cikgu.
Aku : Baik. A, Argentina. B, Brazil. C, Chile. D, Denmark.
Murid : Terbaiklah cikgu!

Kadangkala aku tukar juga A jadi Afrika, Algeria dan sebagainya. Ikut suka aku sahaja kan? Senyum. Dan semalam disebabkan kebosanan aku guna nama makanan pula.

A = Ayam.
B = Bakso
C = Cincau, Cupcake.
D = Dadih

Dan di sekolah, ramai pelajar yang mejanya dipenuhi dengan gambar-gambar artis atau sesiapa sahaja yang terkenal. Kebelakangan ini dipenuhi dengan gambar pemain bola sepak pula. Aku cuma tersenyum sinis kerana sebagai seseorang yang gilakan bola, tidak perlu menyukai seseorang pemain atau pasukan itu secara bermusim. Nanti bila musim badminton, atas meja penuh dengan gambar pemain badminton pula. Bukan apa, bukanlah lebih baik atas meja letak doa, nota-nota ringkas atau gambar ibu bapa dan keluarga?

Aku : Nombor 6 jawapannya, C, Chile.
Pelajar : C untuk Cristiano Ronaldo lah cikgu. Teman lelaki saya tu.

 Aku jeling meja pelajar tersebut, bersepah dengan gambar Cristiano Ronaldo. Seingat aku sebelum ini penuh dengan gambar artis lain. Ada Akim AF juga rasanya. Akim yang makan aiskrim itu. Meja dia sudah jadi macam papan berita yang saling berganti isinya. Alangkah baiknya kalau papan kenyataan kelas begitu juga kan?

Aku : Oh, teman lelaki awak?
Pelajar : Ya cikgu. Dah lama dah.
Aku : Kalau betul dia teman lelaki awak, bila tarikh lahir dia?
Pelajar : Mana saya tahu cikgu? Bukan penting pun. Yang penting, dia kacak.
Aku : Kata teman lelaki tadi?
Pelajar : Cikgu tahu ke dia lahir bila?
Aku : Lahir pada 5 Februari 1985 di Santo Antonio, Funchal, Madeira, Portugal.
Pelajar : Cikgu hafal tu.
Aku : Sebab saya memang jaki dengan orang yang konon sangat suka pada seorang pemain bola tapi tak tahu apa pun pasal pemain yang dia suka. Setakat kacak, apalah sangat.
Pelajar : ....

http://www4.pictures.gi.zimbio.com/Portugal+v+Albania+FIFA2010+World+Cup+Qualifier+zmu6PQD5H8nl.jpg
Cristiano Ronaldo : Pusingan Kelayakan [Penghargaan gambar]

Sarkastik kan aku? Ketawa jahat.
Oh, Piala Dunia 2010 semakin menarik. Pelbagai drama sudah disajikan kepada penggemarnya, dan aku semakin teruja disamping bebanan tugas hakiki yang aku suka. Rakan sekerja aku yang lelaki tahu yang aku menonton Piala Dunia hampir setiap malam. Oh, Ustaz suka bersorak kalau berbicara tentang bola sepak. Oh, aku suka persekitaran yang begitu. Senyum.

Nota Kaki :
1. Senyum melihatkan jadual perlawanan seterusnya. Banyak seteru yang bakal dihantar pulang walaupun hakikatnya mungkin sama-sama hebat.
2. Gembira dapat berbual dengan baik di kalangan mereka-mereka yang aku sayangi di dunia maya. Ah, bukankah Twitter itu ibarat keluarga kecil aku?
3. Masih belum punya ilham untuk meneruskan garapan karya. Ah, lemahnya aku.
4. Ada sesiapa lagi yang mahu meneka warna kereta?

Zara : Aku tertawa melihatkan kegilaan aku menjawab soalan yang diajukan oleh seorang teman pagi tadi. Ya, aku menjawab mencari teman lelaki, merangkap bakal suami merangkap ayah kepada anak-anak. Ketawa. Maaf teman, itu gurauan hujung minggu buat kita.

28 comments:

Anonymous said...

perasan pandai lah depan student ko ni kan?

Dewi Batrishya said...

Hahaha.. mcm2 budak2 zmn skang ni.. =D

Azrul Hisham said...

oit anon takde telur...tak habis2 dok dengki ngan orang...go die please..

Anonymous said...

Azrul Hisham :

u go die first. ko ingat ko rupa Obama ke letak gambar camtu?

-M- said...

Gambar CR je besar~

Ape dah~

Cik Shiqa said...

sy suka lah jwapan cikgu tu.hehehe

MK Kimi said...

menusuk kalbu lh jwpn ko...haha!

mesti ternganga mulut bdk tu....

hazman aka species1980 said...

Jawapan sakastik yang amat menarik....

kisahremaja said...

Nowadays... ronaldo tue memang jadi pujaan ramai....

SYAFIQASHAFIE said...

bagus nye jawapan kak zara,.betul juga,.konon suka,.tp perkara pling kecil pun tak tahu,.

Azrul Hisham said...

oit anon takde telur..

bila masa lak muka aku serupa Obama? ko ni lawak la...ikut aku le nak letak gambar apa pun..

cakap gebang boleh ar..try letak link tengok...pundek ar anon..

Anonymous said...

Eleh, mencarut plak ko. Pundek tu apa,ko tau ke?

Anonymous said...

I like your blog !!Thank you. They are really great .
do not miss my goods , they are very beautiful !!
Fashion watches
Discount watches
Antique pocket watches
Engraved pocket watches
pocket watch
Keychain Watches

cHeRyNa PiReS said...

everytime kak sha komen kat blog zara, mesti enon nieh ada.

well, sayang...orang yang suka bola tak perlu kecoh tentang pengetahuan dia pasal bola. haaaiii...budak2...

fndrocka said...

pernah tak bergaduh dengan pelajar?hoho.nanti tolg survey budak2 kelas banyak sokong team mana

Terbaru : Si Kacak Mengintai Dari Tirai Kamar

izwan7 said...

aku pun peminat ronaldo sejak dari lisbon.
in my view ronaldo tak boleh main sehebat dia di madrid n m.u..

so dia hanya jadi dead icon kat afrika..ada tapi tak ada..
not a so-called threat..

Legasi Piston Pecah said...

minat hanya sebab rupa tapi tak taw latar belakang dia..memang nak buat apa kan?ish,dalam maksudnya tuh?tak dalam sangat lah..tapi benar lah,aku pon tak taw tarikh lahir lisa..nak gi cari jap..hihi
------------------------
Love Vs Marriage

The Poyo Me said...

Tip paling penting...

jangan bagi tau murid anda sokong team apa. hahaha...

soffya cik bulan said...

hahaks.jawapan sakarstik.
tp aku tk tahu knpa aku tk sanggup bidas murid sedap2...
walaupun mgkn aku kadangkalanya garang...:)

ibnu marzuki al firdaus said...

GADUH2 TARA GUNA KAT BLOG ZARA... BETTER P MAZIDOL THEN MASUK ARTIKEL MACAM WA, IBNU MARZUKI.

miss nana said...

hehe. sentap pelajar dengar jawapan macam tu :P

Jom tengok sini
Cerita Dari Kemboja T.T

chekgu BaniHassim said...

hahaha...
pulang paku buah keras nampak...
same2 minat ngn CR..
tpi cikgunye minat lagi dalam..
haruslah show off kan??
bagus2...

LORD ZARA 札拉 said...

Anon#1 :

Itu pengetahuan am. Kalau kau rasa benda tu ganggu kau, sila pergi mati. Terima kasih.

Dewi :
Sangat woo. =)

Azrul :
Abaikan si bangang tu.

Anon#1 :
Cukuplah mengarut.

-M- :
Oh, really?

Shiqa :
Thanks babe!

LORD ZARA 札拉 said...

Kak Sha :

abaikan anon2 ni~
wee~

fnd:
ko nak buat judi dalam kelas aku ke?
lalala~

izwan :
so sad, but I need to agree with U.

LPP:
cepat2~
tengok Lisa lahir bila.

The Poyo Me:

Tepat sekali!
itu adalah rahsia.

Cik Bulan :
hahaha.
kamu baik sangat kot dear.
tapi aku sarkastik ikut tempat.
kalau dah mengada2 sangat, ku tak menahan, bebudak tu kena terima. ngee~

LORD ZARA 札拉 said...

nana :

hahaha~
aww~

chekgu BaniHassim:
hahaha~
harus~
eh, kantoi di situ~

miss lolly a.k.a luvfareda said...

wahh mesranyaaa ngan student weeee

LORD ZARA 札拉 said...

Lolly :

ha ha ha~
sebab semua sebaya adik2 ku~

=)

the best seo company said...

You made some good points .I did a little research on the topic and found that most people agree with your blog. Thanks.