Thursday, June 10, 2010

Hidup Aku Tidak Memerlukan Banyak Ruang Atau Barang Untuk Luahkan Bicara | Ska Ke Indie?


Salam semua.
Entah mengapa ada manusia-manusia yang terlalu taksub dan percaya dengan apa yang disantakkan kepada mata dan telinga mereka, hingga hati menjadi buta. Gelap dan tenggelam dengan mainan dunia hingga tidak mahu melihat kepada hijab yang telah terbuka. Kebenaran yang telah terhidang, tidak mahu dijamah hatta menjeling juga tidak mahu diendah. 

Keputusan yang diambil adalah menyerang manusia lain yang ada sedikit pertalian dengan menyumpah seranah hingga lupa adab dan budaya turun temurun serta yang dituntut agama. Bukan sedikit, tapi sudah berbakul-bakul diterjah hingga aku juga enggan ambil kisah. Silakan kau muntah segala rasa, kerana aku yang menjaga bahagian aku dan pastinya itu adalah amanah. Laungkan dan hamburkan pertanyaan, jawapan aku kekal satu, selagi kau belum mahu buka mata pada kebenaran, selagi itu hidup kau akan terbelenggu.

Ah, mukadimah aku sudah terlampau panjang pagi ini.

Hidup aku kadangkala tidak memerlukan banyak ruang atau barang untuk luahkan bicara. Cukup sekadar menjadi diri sendiri tanpa perlu berpura-pura. Berlakon di atas pentas dunia itu memerlukan banyak tenaga dan lebih-lebih lagi kalau ia bukannya watak yang kita suka, lebih banyak perasaan meluat akan terkumpul, menunggu masa untuk terhambur.


Adik aku bertanya selepas dia nampak kasut yang aku pakai.
"Along, kau ni ska ke indie?"

Ruang aku mengatur bicara tidak perlukan satu dimensi yang luas atau kebajetan waktu itu tidak akan dapat dinikmati dan diselusuri dengan sebenarnya. Ruang dan barang juga adalah sesuatu yang bukan suatu kemestian kerana medium yang aku gunakan hanya cukup untuk aku bernafas. Ya, itu yang aku perlukan dan tangan-tangan yang cuba merenggut nikmat itu harus sahaja aku patahkan.

Seperti biasa, manusia yang bernama Zara hanya perlukan senyuman dalam hidupnya. Senyuman akan memberikan kekuatan yang bukan omong kosong pada diri yang menghirup nafas dunia. Ah, aku tidak layak menghukum manusia yang mahu menjatuhkan serta menabur provokasi pada diri. Tidak, aku belum cukup sempurna dalam melaungkan amarah yang disingkirkan dalam nafas yang payah.



Aku rasa aku sangat beruntung.
Aku punya tempat bergantung.
Andai kata aku terjatuh ke gaung.
Ada manusia yang akan melaung.
Walaupun mustahil ada yang akan meraung.

Setiap hari ada seorang teman yang aku rasa perlu berbicara dengan dia di Twitter. Sangat perlu, disebabkan mungkin itu satu-satunya cara aku dapat berhubung dengan dia. Yang lain, aku mungkin ada nombor telefon untuk menghubungi, tetapi bukan teman yang ini. Entah, perasaan dapat meluahkan sesuatu pada orang yang bukan berada di sisi kita sesuatu yang sangat berlainan kerana perspektif yang akan diberikan adalah berbeza, bahkan lebih meluas dalam gebang bicara.

Nah, itu apa yang aku rasa. Komunikasi amat penting dalam aku ukir senyuman sentiasa, walaupun kesakitan itu sudah jadi mainan dunia tanpa warna dan rasa. 

Nota Kaki :
1. Semakin banyak diprovok, aku semakin lebar dengan senyuman. Itu tanda kamu terlalu 'ambil berat' kan?
2. Belum berkesempatan ke Melaka untuk menonton Sukma.
3. Esok Piala Dunia bakal bermula.
4. Kertas jawapan pelajar belum siap ditanda.
5. Mahu ke hospital nanti, untuk menemani Bonda melawat nenda.

Zara : Geram bila orang menanda (baca : tag) aku dengan gambar-gambar perkahwinan. Walaupun aku sangat mengimpikan gambar-gambar perkahwinan yang menarik sebegitu, janganlah letak begitu banyak. Ia buat aku mahu paksa sesiapa ambil gambar aku di tempat kerja pula. Oh, kerana kegilaan inilah, aku ada penggambaran khas sempena konvokesyen dulu. Ketawa.

6 comments:

Qaseh said...

sebelum meluahkan apa2 jwp dulu tag qaseh :-
http://dqaseh2u.blogspot.com/2010/06/demam-bola-sudah-melanda-seluruh.html#comments

Legasi Piston Pecah said...

betullah tu...orang yang bernama zara nih memang murah dengan senyuman kan..ikhlas je senyuman mereka..ish
--------------------------
Panas Dan Sejuk Dalam Bahasa Melayu

hellioz said...

ska ke indie?

gwa SKINDIE
ska + indie
bole x?
gyahahaahahaahaha~

etomyam said...

senyum pengubat segala duka..dapat sedekah free tu..senyumlah sokmo..

atty's said...

tapi zara senyuman kan satu sedekah..senyum2lah selalu ..

Mohd Adziim said...

Apahal pula kasut itu dianggap ska mahupun indie?